Saturday, January 10, 2015

Forum Perdana Maulidur Rasul Taman Ixora - Meniti Sunnah Rasul S.A.W.


Surau Balai Islam Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Forum Perdana Maulidur Rasul Taman Ixora seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Januari 2015 (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Tajuk : Meniti Sunnah Rasul S.A.W.

Ahli Panel:
- Hj. Zulrushdi (Moderator)
- Imam Muda Amiril
- Pencetus Ummah Salman

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Car Boot Sales Taman Ixora


Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Car Boot Sales seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Januari 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Laluan masuk Taman Ixora

Sila klik untuk melihat gambar.

Pertandingan Azan sempena Maulidur Rasul Taman Ixora



Surau Balai Islam Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Pertandingan Azan sempena  Maulidur Rasul Taman Ixora seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Januari 2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak sempena Maulidur Rasul Taman Ixora


Surau Balai Islam Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak sempena  Maulidur Rasul Taman Ixora seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Januari 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Thursday, January 1, 2015

Ujian Silat Gayung Bagi Peserta Gayung Taman Ixora


Peserta Silat Gayung Taman Ixora telah menjalani ujian bagi melayakkan mereka melepasi satu tahap dalam persilatan gayung untuk mendapatkan tali pinggang putih. Ujian berkenaan telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 1 Januari 2015 (Selasa)
Tempat : Pentas Budaya, Bandar Baru Salak Tinggi
Masa : 8.30 Pagi
 
Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, December 31, 2014

Penyata Yuran PPTI Sehingga 31 Disember 2014

Yuran keahlian tahunan PPTI bagi tahun 2015 hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 1 Mac 2015. Sila klik di sini untuk maklumat yuran yang perlu dijelaskan oleh tuan/puan.

Thursday, December 25, 2014

Jom Like Facebook Persatuan Penduduk Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora akan mengemaskini aktiviti, maklumat dan informasi mengenai Taman Ixora di Facebook Persatuan Penduduk Taman Ixora.

1. Carian : Persatuan Penduduk Taman Ixora
2. Like page Persatuan Penduduk Taman Ixora


atau;

2. Klik URL http://www.facebook.com/TamanIxoraBBST

Walaubagaimanapun pengemaskinian di blog ini juga akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Thursday, December 11, 2014

PERTANDINGAN BOLING KELUARGA TAMAN IXORA 2014


PERTANDINGAN BOLING KELUARGA TAMAN IXORA 2014

Tarikh : 28 Disember 2014 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dream Bowl, Pusat Sukan Airport, Nilai

Bayaran penyertaan RM20 seorang
- T-shirt percuma disediakan
- Bermain 2 game, cross lane
- 4 orang pemain bagi satu pasukan (pemilihan ahli pasukan bebas)

Penyertaan telah ditutup.

Sunday, December 7, 2014

Hasil lawatan Skuad Combi Taman Ixora


Skuad Combi Taman Ixora telah mengadakan lawatan ke Jalan Ixora 1/10, 1/11 dan 1/12 pada 7 Disember 2014 dan hasil lawatan adalah seperti berikut:


1. Terdapat beberapa beberapa bekas@tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Bekas dan tempat dikenalpasti telah dimusnahkan.
2. Terdapat beberapa rumah kosong yang ditinggalkan dan tidak berpenghuni. Kawasan sekitar rumah semak dan terdapat bekas@tempat yang boleh menakung air. Bekas dan tempat dikenalpasti telah dimusnahkan.
3. Kawasan belakang rumah penduduk tidak diurus dengan baik. Terdapat semak samun, lalang dan kawasan belakang rumah turut dijadikan setor atau tempat menyimpan barang-barang lama. Dikhuatiri boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Tindakan selanjutnya yang akan diambil adalah mengeluarkan notis dan amaran kepada semua penduduk di Jalan 1/10, 1/11 dan 1/12 untuk memberi kesedaran pentingnya menjaga kawasan sekitar rumah masing-masing.

InsyaAllah aktiviti kedua skuad Combi akan diadakan pada Sabtu atau Ahad pertama bulan hadapan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Saturday, November 8, 2014

Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menganjurkan Program Gotong Royong Cegah Denggi pada butiran berikut:

Tarikh : 8 November 2014 (Sabtu)
Tempat Berkumpul : Surau Balai Islam Taman Ixora
Masa : 8.00 Pagi

Alhamdulillah program gotong royong berkenaan mendapat
sambutan yang menggalakkan dari penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.