Saturday, January 31, 2009

Majlis Penyerahan Sumbangan Derma Kilat Kematian Ahli Persatuan

Pada hari Sabtu, 31 Januari 2009 jam 10.15 pagi, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Pengerusi, Timb. Pengerusi, Setiausaha, Pen. Setiausaha dan Bendahari telah mengunjungi rumah Puan Nor Aishah Bt Abdul Rani (balu kepada arwah En. Megat Ezaramir Bin Megat Mohd Zainoddin) di No. 2, Jalan Ixora 1/9 untuk menyerahkan hasil kutipan sumbangan derma kilat daripada ahli-ahli persatuan.

Jumlah sumbangan yang dikutip daripada ahli-ahli persatuan adalah sebanyak RM1,064.00 dan sumbangan daripada tabung persatuan sebanyak RM50.00. Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan ahli keluarga beliau.

No comments:

Post a Comment