Sunday, February 22, 2009

Program Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora


Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Program Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 22 Feb 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat Berkumpul : Taman Permainan Kanak-kanak Jalan Ixora 1/9

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Bandar Baru Salak Tinggi, Puan Rohaya Binti Mohd Shahir. Tuan Haji Mohd Jamal Bin Awang turut hadir bersama-sama penduduk menyertai program gotong-royong ini. Sambutan dan penyertaan penduduk Taman Ixora amat menggalakkan. InsyaAllah program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dan menjadi aktiviti tahunan penduduk Taman Ixora.

9 comments:

  1. ada simen beku dalam longkang jalan 1/1 menyebabkan air bertakung.

    ReplyDelete
  2. longkang bwh tanah di jalan 1/12 tersumbat dgn batu2 & tanah menyebabkan sebahagian air longkang tidak dapat mengalir degan lancar..

    ReplyDelete
  3. Thanks to all. Kurang skit nyamuk semlm

    ReplyDelete
  4. tq for all the good looking jobs

    ReplyDelete
  5. akan dtg, pihak urusetia dpt sediakan alatan spt cangkul, penyodok longkang dll supaya lebih mudah utk melakukan kerja2 gotong-royong..

    ReplyDelete
  6. Sayangnyer.. program tersebut tidak disertai oleh Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sepang yang tinggal di Jalan Ixora 1/10. Kalau tidak tentunyer lebih menarik kerana beliau sendiri dapat melihat kesungguhan masyarakat penduduk Taman Ixora dalam menjayakan dan mengindahkan taman.

    ReplyDelete
  7. DIHARAP PROGRAM SEPERTI INI DAPAT DITERUSKAN
    BAGI MENGERATKAN LAGI SUASANA KEKELUARGAAN DARI
    PENDUDUK TAMAN IXORA.CUMA PENYERTAAN DARI KALANGAN PROFESIONNAL KURANG.ALMAKLUMLAH NAK JADA STANDARD KOT....

    ReplyDelete
  8. Program ini saya cadangkan diadakan setiap sekali dalam masa 3 bulan. Pihak AJK boleh keluarkan master plan untuk laksana aktiviti2 di taman ini

    ReplyDelete
  9. Ramai juga golongan profesional yang datang sebenarnya........

    ReplyDelete