Thursday, March 26, 2009

Cadangan Pelekat Kenderaan Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora akan memperkenalkan pelekat kenderaan di Taman Ixora untuk tujuan keselamatan. Sehubungan dengan itu berikut dicadangkan beberapa rekabentuk pelekat kenderaan berkenaan.


A) B)
C) D)

Bayaran bagi pelekat kenderaan dicadangkan sebanyak RM5.00 bagi sebuah kereta. Harga yang ditetapkan ini termasuklah sumbangan kepada persatuan bagi menjana kewangan persatuan. Sebarang cadangan dan pandangan daripada ahli persatuan dan penduduk amatlah dialukan.

30 comments:

  1. Salam, saya mencadangkan logo (a)

    ReplyDelete
  2. salam..semua warga ppti..saya menyokong logo 'b'..untuk pelekat motosikal ada buat tak?

    ReplyDelete
  3. Saya cadangkan logo A.Kalau boleh setiap Penduduk TI mesti pakai logo....senang nak kenal......

    ReplyDelete
  4. Kepada sahabat2 warga Ixora yg dihormati,

    Saya rasa lebih molek kalau digunakan ruangan undian disebelah kanan ini daripada kita memenuhi ruangan komen.... baru la "fair and square"..... tak perlu ada provokasi atau influence.... peace....

    ReplyDelete
  5. Boleh terangkan kelebihan setiap kereta yg memasang stiker ni???sebelum kite vote mesti la tau ape gunenyer stiker ni di buat...lain la taman ni ade security post...& saya rasa cara ni kurang praktikal pada masa ini.

    ReplyDelete
  6. Pada pendapat saya tujuannya adalah untuk mengenali kereta-kereta yang sering di"parking" di bahu-bahu jalan samaada kereta tersebut adalah milik penduduk atau sebaliknya.

    Memang kita tidak akan merasa apa-apa kelebihan kerana kita "parking" di laman rumah kita sendiri... tidak seperti di apartment.

    Tuan tidak berasa kelebihannya kerana mungkin tidak bersama-sama penduduk yang lain pada malam hari bagi mengawasi keselamatan penduduk. Kalau tuan turut serta, tuan akan dapat lihat kereta-kereta yang keluar masuk di taman kita pada tengah malam hingg ke dinihari.

    Bagi penduduk yang yang turut serta dalam program "BERJAGA MALAM" akan merasa ianya satu identiti penduduk taman apabila kita mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada kereta-kereta yang kerap keluar masuk ke Taman Ixora.

    ReplyDelete
  7. Saya amat bersetuju tentang pendapat atau komen yang diberikan oleh pembaca atau penduduk TI yang bertarikh pada 23march yang lepas.Kemungkinan pendapat yang mengatakan tidak praktikal bertarikh pada 16march menggunakan sticker atau logo itu adalah tidak pernah keluar berjaga malam dan hanya mementingkan diri sendiri saja...itu sebabnya beliau tidak tahu bagaimana keadaan diwaktu tengahmalam yang kereta keluar/masuk tanpa sempadan dan tidak tahu apa tujuan mereka sebenarnya......wallahuaallambissawab.....

    ReplyDelete
  8. Sekiranya ada kawalan keselamatan berjadual (security post) beserta logo TI lagi mendatangkan manfaat..lebih-lebih lagi sekarang ini kecurian banyak berlaku di siang hari ketika penduduk keluar bekerja..sedangkan kawalan hanya diwaktu malam..biar check and balance kerja yang dilaksanakan...diharapkan PPTI dapat memperbincangkan perkara ini..

    ReplyDelete
  9. Saya rasa biar lah komen mengenai sticker saja dan tidak menyentuh hal lain. Saya rasa niat untuk diadakan sticker adalah baik, untuk senang mengenali penduduk taman dan juga menyumbang kepada tabung persatuan.

    ReplyDelete
  10. saya cadang kan kita membuat satu mesyurat mengenai isu stiker di dan menjaga malam.

    ReplyDelete
  11. Isu BERJAGA MALAM tidak menjadi masalah kepada Penduduk Taman Ixora yang turut serta. Kita faham kerana ianya adalah atas dasar sukarela. Kami yang berJAGA MALAM tidak mempunyai apa-apa rungutan kerana NAWAITU adalah satu iaitu KERANA ALLAH TAALA.

    Sebenarnya "Sticker" tersebut adalah satu mekanisma untuk kita mengenali antara sama lain apabila terserempak dimana-mana pada waktu-waktu yang berkenaan. Selain itu, ianya dapat menambah dana PPTI apabila penduduk membelinya. Mungkin di lain waktu, jika ada kecurian atau cubaan mencuri di SIANG HARI... sesiapa yang ternampak akan perasan kenderaan yang terdapat di Taman Ixora itu milik tuan rumah atau sebaliknya.

    Mungkin ianya dapat membantu.... InsyaAllah.

    ReplyDelete
  12. SAYA PERNAH HADIRI PERBINCANGAN MENGENAI KAWALAN KESELAMATAN YANG DIADAKAN OLEH PENGASAS DAN BEKAS PENGERUSI PENAJA DULU DI RUMAH EN. ROSLI DI 1/9. HARGANYA HANYA RM25 SEBULAN UNTUK KAWALAN 24 JAM SEHARI. KENAPA KITA TIDAK MENYOKONG USAHA PENGERUSI DULU. SEKURANGNYER KITA DAPAT POS KAWALAN DAN KAWALAN DI SIANG HARI. TAK PERLU LAGI MERUNGUT TENTANG TIDAK KELUAR BERJAGA MALAM!!

    BAK KATA NABIL.... PIKIRLAH SENDIRI..

    ReplyDelete
  13. Kenapa isu tersebut tidak diusulkan dalam Mesyuarat Agong yang baru diadakan pada bulan lepas. Mungkin ianya dapat diterima semuanya jika didokong dengan fakta-fakta yang kukuh.

    Pos kawalan tersebut berapa kosnya?, siapa yang nak bina? siapa yang nak uruskannya? bagaimana dengan kelulusan pelannya? dimana tapaknya yang sesuai? tanah siapa yang nak digunakan? Sedangkan permohonan untuk surau/balairaya/dewan masih belum ada maklum balas daripada pihak berkenaan kecuali surau, inikan pula pos kawalan. Persoalan-persoalan ini perlu dirungkaikan bersama agar dapat kesejahteraan bersama dapat dinikmati.

    Lagi satu... kita boleh teruskan agenda penubuhan RT dan SRS sepertimana yang dibentangkan dan dijelaskan oleh pihak Jabatan Perpaduan dalam bulan lepas. Insya Allah usaha yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora akan terlaksana. kita sebagai ahlinya, sama-samalah berdoa agar ianya berjaya.

    Tidak ada sesuatu perkara yang dapat dilaksanakan dengan Sekelip Mata. Perjalanan yang beribu batu... bermula dengan langkah yang pertama. Kalau kita langkah pertama tetapi terus senyap tanpa langkah yang seterusnya pun masalah juga... tindakan tanpa kesudahan. Setiap perkara perlu dilakukan dengan JUJUR. Usah diungkit kisah yang lalu.....

    Kita harus maju ke hadapan.....

    Renung-renungkanlah.....

    ReplyDelete
  14. Salam...

    Panas betoi perkara-perkara yang berbangkit.....

    Sukacita dimaklumkan, ruangan ini bukannya wadah untuk saling mendebatkan pendapat sebaliknya hanya untuk komen-komen membina tentang bentuk/rekabentuk stiker tersebut.

    Samaada penggunaannya o.k. atau tidak, ianya tertakluk kepada keputusan bersama melalui mesyuarat/perbincangan.

    Jangan lari topik yer.... He... He...

    ReplyDelete
  15. Kalau kepentingan sticker yang berharga RM5 menjadi masalah kepada penduduk TI hingga sanggup rumah dan hartabenda kena curi tak apelah ......biarkanlah Siluncai dengan angan-angannya ada security yang nak jaga rumah mereka yang mengatakan sticker tak praktikal dan security lebih penting pada pendapat anda... mungkin mereka mempunyai wang yang berlebihan.....wallahuallam ....jgn mare nanti kena jual.....

    ReplyDelete
  16. Aku sokong sangat stiker & berjaga mlm ni. Apa laa sangat nilai stiker tu berbanding nyawa n harta benda kita.
    Design sticker tu aku tk kisah sgt, bukan nk masuk pertandingan stiker tercantik pun... hehehe
    Pada sapa yang tk sokong tu tk apa... rumah anda tetap dipantau... hehehe

    ReplyDelete
  17. Saya setuju dengan pendapat anda.... Kawan-kawan kita yang berjaga malam adalah dengan sukarela. Alhamdulillah... satu taman dipantaunya. Kita patut bersyukur dengan bantuan kekawan ini.

    ReplyDelete
  18. SALAM, TENTANG STICKER MEMANG SAYA BERSETUJU UNTUK MEMASTIKAN IDENTITI PENGGUNA KERETA PENDUDUK TETAP PERUMAHAN TAMAN IXORA. TENTANG RUKUN TATANGGA MEMANG BAGUS DAN IANYA SUDAH MENJADI KEMESTIAN KEPADA TAMAN-TAMAN PERUMAHAN BAGI MEMANTAU TAHAP KESELAMATAN HARTA BENDA AWAM TERUTAMANYA KAWASAN PERUMAHAN TAMAN IXORA.

    ReplyDelete
  19. apa jadi jika tak beli sticker? adakah kereta x dibenarkan masuk? saya memang x nak beli sticker, sebab taknampak kebaikannyer membanteras jenayah... jadi, adakah kereta saya x dibenarkan masuk

    ReplyDelete
  20. Bukannya tidak dibenarkan masuk menjadi isu yang besar bagi penduduk Taman Ixora. Ia adalah sebagai tanda pengenalan kita sebagai penduduk Taman Ixora. Berbanggalah jika anda meletakkan kereta di luar sana dan orang bertanya, dimanakah Taman Ixora dan sekaligus mempromosikan taman kita di mata orang ramai. Kalau dah memang dia penduduk taman dan semua penduduk mengenali dia sebagai penduduk Taman Ixora dipersilakanlah masuk. Sepatutnya beliau menyokong pembelian sticker dan mempromosikan penduduk lain untuk membeli sticker. Yang kita nak pantau ialah kenderaan yang tidak ada hala tujuan dan mempunyai niat yang tidak baik cuba masuk ke taman kita ini.

    Janganlah kita bersikap angguh dengan tidak menyokong apa saja perkara kebaikan yang dibuat untuk kebaikan bersama penduduk. Adakah wang menjadi ukuran, adakah pangkat membezakan kita sesama penduduk dan adakah darjat menjadi sempadan. Biarlah wang dan pangkat berakhir di tempat kerja sahaja. Bila balik ke rumah, kita adalah penduduk Taman Ixora yang bekerjasama, bersatu padu, saling bantu membantu, bertegur sapa sesama jiran. Wujudkanlah jalinan kemesraan antara kita, bila hati dan jiwa yang tenang beserta persekitaran yang mendamaikan InsyaAllah kehidupan kita sentiasa dirahmati Allah sepanjang masa. Wassalam.

    ReplyDelete
  21. Alhamdullilah.....ada juga penduduk TI yang membantah apa saja kebaikan dan juga memberikan sokongan moral terhadap tujuan murni PPTI...walaubagaimanapun itu mungkin pendapat individu yang mungkin tidak berpuashati terhadap AJK PPTI saja.Sebagai penduduk TI kita sepatutnya menyokong usaha murni AJK PPTI yang banyak menunjukkan usaha untuk menyatukan penduduk/penghuni TI.....Insyaallah...Sebagai penduduk TI saya amat memberi sokongan diatas pendapat dari penduduk TI yang bertarikh pada 11 Apr 09.Wasallam.

    ReplyDelete
  22. Salam....
    Apa ler sangat isu stiker yang kecoh mecoh tu.... Kalau tak nak beli stiker pun tak pa la.... Kita tahu hak milik tanah anda disempadani oleh pagar-pagar indah yang akan di Sub-Division(Rujuk Kanun Tanah Negara) oleh pemaju kelak. Penduduk Taman Ixora takkan halang dan tak ada kuasa untuk halang anda masuk ke kawasan rumah anda wahai teman yang angkuh.

    Sudah diperjelaskan oleh teman-teman terdahulu mengenai tujuan penggunaan stiker tersebut. Sekali lagi diingatkan bahawa tujuannya adalah untuk memudahkan kawan-kawan kita yang SUKARELA BERJAGA MALAM untuk memantau kereta-kereta yang "bersiar-siar" tanpa tujuan dan diparking dibahu-bahu jalan. Manakala pada SIANGNYA mungkin boleh membantu sesiapa yang ternampak kereta-kereta yang mencurigakan tanpa pelekat stiker tersebut.

    Tidak semua perkara yang dilaksanakan akan terlaksana pencapaiannya secara seratus peratus. Kalau 10% pun sudah memadai. Daripada situ kita boleh membuat penambahbaikan.

    Kita hidup perlunya semangat kejiranan. Oleh itu, marilah kita bermuafakat bagi mencapai objektif bersama. Kalau ada pendapat yang baik dan elok, silalah ketengahkan mengikut saluran yang betul. Mungkin ianya akan diterima bersama. InsyaAllah.

    Cuba bayangkan, kalau terdapat setitik hitam pada hamparan kain putih. Janganlah kita terlampau mementingkan titik hitam yag kecil itu. Ambillah pedoman bahawa terdapat warna putih yang besar atau perkara yang lebih baik daripada titik hitam tersebut yang perlu digembleng bersama. Hidup TAMAN IXORA.

    ReplyDelete
  23. Wahai warga Ixora yg dihormati,

    Pak Lang rasa sebaik mana pun niat murni yg dilakukan oleh PPTI haruslah disokong oleh kita sepenuhnya. Pada hemat Pak Lang, PPTI "new version" ini bekerja lebih tulus, ikhlas dan tidak mengenal putus asa dengan tujuan kebaikan untuk kita bersama. Dan inilah barisan AJK yang Pak Lang anggap terbaik dan boleh bekerja dgn ikhlas.

    Pak Lang jauh memantau liku-liku pembentukkan PPTI ini dari mula hingga sekarang ini dan Pak Lang memang tau ada anasir2 yg dengki dan cemburukannya.

    Mungkin umum tidak mengetahui sejarah asal dengan terbentuknya PPTI ini sekarang. Bermula dari peringkat penajaan pertama lagi, kita sudah ada "orang2" yg sebegini dan yg lebih perit lagi "orang2" itu ada bersama didalam AJK penajaan dan mempunyai niat yg tak baik utk persatuan disamping mempunyai kepentingannya yg tersendiri.

    Sebagai contoh, ada segelintir yg telah berbisik kepada Pak Lang, ketika penajaan pertama dulu, lembu untuk dikorbankan (yg didapati secara percuma atas sumbangan org) hendak dicajnya sebanyak RM200, security guard yg cuba dibawa masuk (seperti yg diceritakan terdahulu, oleh Pengasas aka bekas pengerusi penaja di rumah En. Rosli) adalah seorang AH LONG!!! adakah itu yg kita mahu!!!? Begitu juga bagi penajaan yg kedua. Bekas setiausaha dengan angkuhnya memberitahu, "SAYA TIDAK BOLEH DIARAH". Inikah yg kita cari? kita tak nak org2 yg sebegini beserta serpihannya ada dlm PPTI. Sebenarnya ada banyak lagi contoh yang Pak Lang hendak berikan, tapi biarlah kita lupakan saja "buku lama" itu. Cuba kita buka helaian yg baru pula.

    Alhamdulillah, Pak Lang dapat rasakan AJK PPTI yg baru ni bebas daripada "orang2" yg sebegini dan sekiranya ada juga, buat2lah bertaubat dan bersama2lah memupuk semangat kejiranan antara kita.

    Bagi ahli2 biasa dan penduduk2 yg lain, Pak Lang rasa moleklah kita bersama2 menyokong apa jua aktiviti yg dianjurkan. Mungkin sesetengah orang mengatakan "Money doesn't matter, I can buy everything" tapi anda kena tahu, "relationship (neighbourhood) is something precious". Renung2kan laaa...

    Berbalik kepada isu sticker ini, setakat RM5 utk tempoh 2 tahun, apa la sangat. Ni semua utk kemudahan rakan2 jiran kita utk mengenalpasti kenderaan yg keluar masuk. Kalau anda rasa, dgn peluk bini setiap malam lebih bagus daripada keluar berjaga malam bersama rakan2 jiran, itu tidak mengapa. Anda tidur laa, tapi biar laa sticker itu dilekatkan, biar kami yg sukarela berjaga ni "tolong" jagakan utk anda. Security guard yg diagung2kan sangat tu pon bukannye ada jaminan bahawa rumah anda tidak akan dipecah masuk!!! Jangan la ANGKUH sangat!!

    Ya Allah, kau bukalah hati hamba Mu itu utk bersama2 berjaga malam, bekerjasama, berkejiranan dan moga keangkuhannya itu hilang daripada hatinya yg bersih... AMIN.....

    Pak Lang

    ReplyDelete
  24. salam.
    sorry cakap lah bro beli umah sampai Ratus ribu, pasal RM5 pun kecoh nak bergaduh apa lah...Stiker x da paksaan pun kau nak beli ke tak nak,duit kau kalau x nak beli itu kau punya suka,takda org nak saman kau pun,aku penduduk baru kat sini, aku x tahu dulu punya kes,sekarang dah PPTI yg baru ditubuh kan kita sepatutnya memberi sokongan bukan nya gaduh,kalau kau x nak beli duduk diam 2 dah la

    ReplyDelete
  25. Hidaup Pak Lang.....!!!!

    Kami yang baru tinggal kat Taman Ixora ni.... Sokong apa yang dilakukan oleh AJK PPTI demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  26. Yang xnk beli tu kite x leh nk paksa..hak mereka..ape yg kite bleh buat..kita sama2 la tolong tgk2 kan kereta dieorg..kite kan de 'class' tersendiri...

    ReplyDelete
  27. Salam.......Tak sangka isu sticker TI amat panas betoi....hingga terungkai kisah-kisah lama tentang penubuhan Persatuan.....walaubagaimanapun saya sebagai penduduk TI amat menyokong penuh orang lama seperti Pak Lang yang mengikuti sejarah TI dan memberi sokongan kepada AJK PPTI yang wujud sekarang ini demi kebaikan bersama sebagai penghuni TI....Hidup Pak Lang!!!!!.Mulai sekarang kita semailah semangat kejiranan dan kekeluargaan sesama kita tanpa mengira pangkat dan darjat demi keharmonian TI.

    ReplyDelete
  28. Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

    Dari mula saya baca post sehingga sekarang, nak tergelak pon ada. Macam budak-budak la...konsep asal sticker ni adalah untuk penduduk Taman Ixora sendiri, untuk kesenangan diri kita, famili dan juga penduduk, kalau RM5 ringgit tu yang menjadi masalah, macam mana dengan rukun sepakat kita ditaman ni. kita bukan nak menjaga diri sendiri tetapi satu keluarga taman ixora.

    Hidup kena ada bantu membantu. Jangan hidup demi diri sendiri..susah la juga.

    TheObservers

    ReplyDelete
  29. Assalammualaiku,

    Wah....!Pak Long begitu teruja la nengokkan blob TI ini.Macam2 idea dan saranan yang terbit daripada wujudnya blog ini.
    Jadi di sini Pak Long ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas peranan dan kerja2 yang telah di jalankan oleh keseluruhan AJK PTI samada mengujudkan blog ini sebagai contohnya dan kegiatan2 yang lain yang dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan penduduk.
    Ah.....kita persetankan yang lain2 tu samada nak mencela ke....mengutuk ke.....dan perkara2 yang seangkatan dengannya.Yang penting kita terus bergerak ke hadapan kerana kita telah rugi
    selama 2 tahun untuk merasai saat dan ketikanya seperti sekarang.
    Pak long pon macam Pak Lang gak..... memerhatikan jer dari jauh gelagat satu lorong tu...tak mau sebut la kang di orang kembang .."tapis"...lak.dah lama dah mike melakukan gerakan kominiti lorong mike sampaikan dah buat "family day" pon dah.
    Itu yang Pak Long rasa sangat gembira duduk di TI ni.Walupun berbagai-bagai gelojak telah berlaku masih ada insan2 yang sanggup melerakan diri mereka di cerca dan nista untuk melihat penduduk TI ini bersatu dalam keadaan yang harmoni.
    Cukup la sampai di sini dulu,Pak long nak mohon undur diri dulu.

    Pak Long

    Wassalam.

    ReplyDelete