Sunday, March 15, 2009

Gotong-Royong Kenduri Kahwin Anak Perempuan Tuan Hj. Mohd Noor Bin Said (Pengerusi PPTI)

Pada 14 dan 15 Mac 2009, penduduk Taman Ixora telah mengadakan gotong-royong membantu persiapan sebelum dan semasa majlis kenduri kahwin Tuan Hj. Mohd Noor Bin Said (Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Ixora).

Semua penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Mohd Noor yang telah selamat mengadakan majlis kenduri anaknya. Tuan Haji Mohd Noor juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah ditunjukkan oleh penduduk bagi memastikan majlis beliau berjalan lancar.

Semoga semangat kerjasama yang telah ditunjukkan oleh penduduk dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.

Sila klik di sini untuk koleksi gambar majlis berkenaan.

3 comments:

  1. Tahniah kepada Tuan Hj Md Nor Sekeluarga.....

    ReplyDelete
  2. tahniah...Tuan hj Md Nor dan Family

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum,

    Tahniah kepada Tuan Haji Md.Noor sekeluarga semoga beroleh cepat cucunda hendaknya.Rasa2 tak terlambat Pak Long mengucapkannya........sbb Pak Long dah lama tak masuk blog pc rosak la.
    Amboi Pak Long nengokkan kan main posing laeii mike2 depan kancah tu.

    Syabas.......

    Pak Long

    Wassalam

    ReplyDelete