Wednesday, April 15, 2009

Keputusan Undian Pelekat Kenderaan Taman Ixora

Setelah undian ditutup sama ada penduduk Taman Ixora bersetuju atau tidak diperkenalkan pelekat kenderaan pada 12 April 2009, seramai 56 orang penduduk telah membuat undian . 94% penduduk bersetuju menyokong cadangan berkenaan.

Sejumlah 48 penduduk telah mengundi jenis pelekat yang akan diperkenalkan dan keputusan mendapati 52% penduduk mengundi untuk pelekat B. Gambar pelekat berkenaan seperti berikut.

Borang permohonan pelekat kenderaan telah diedarkan kepada semua penduduk Taman Ixora. Sehingga 15 April 2009 seramai 107 orang penduduk telah menghantar borang permohonan. Sambutan penduduk Taman Ixora terhadap perkara ini amat menggalakkan. Terima kasih di atas sokongan penduduk Taman Ixora. Kepada penduduk yang belum berbuat demikian, tuan/puan masih boleh menghantar borang permohonan dari semasa ke semasa.

Sila klik di sini untuk mendapatkan borang permohonan pelekat kereta Taman Ixora.

Pelekat kenderaan berkenaan telah ditempah pada 15 April 2009 dan dijangka siap pada 24 April 2009. Setelah siap pelekat berkenaan akan dihantar ke rumah tuan/puan.

6 comments:

  1. Selaku penduduk TI kami amat berbangga dengan kejayaan AJK PPTI yang dapat menganjurkan satu
    program bagi mencegah jenayah dan mengeratkan lagi silaturahim diantara penduduk TI dengan
    memperkenalkan sticker keselamatan yang disyorkan oleh pihak polis...kami sentiasa menyokong AJK PPTI demi kebaikan bersama...TAHNIAH PPTI.....

    ReplyDelete
  2. Untuk makluman penduduk TI, malam minggu lalu (18hb. April 2009) kawan-kawan kita yang sukarela BERJAGA MALAM bersama bantuan polis Sepang telah membuat tangkapan pasangan bukan muhrim lebih kurang pada pukul 3.45 pagi.

    Proses pengesanan dan tangkapan ini dibuat melalui kecurigaan pada sebuah kereta Proton Saga yang selalu keluar masuk dalam taman kita. Tambahan pula kereta tersebut di"parking" ditempat yang tidak sepatutnya.

    Alhamdulillah, tindakan kawan-kawan kita tu bersama-sama polis telah membantu perkara yang tidak diingini. Di sini, saya rasa kelebihan (sungguhpun sedikit) penggunaan stiker tersebut bagi membantu pengenalan penduduk TI. Mungkin lain-lain kelebihan akan diketahui pada masa-masa akan datang.

    Jadi, saya amat setuju dengan rekabentuk stiker yang cantik ini digunapakai pada penduduk TI. Jangan risau, perkara yang baik akan sentiasa disokong oleh penduduk yang baik, bermuafakat dan harmoni.

    HIDUP TAMAN IXORA..... TAHNIAH PENDUDUK TAMAN IXORA... SELAMAT MAJU JAYA!!!

    ReplyDelete
  3. aku macam kenal je Anonymous nih...salah date kejadian tuhh..19 hb daaa..mesti dah ngantuk2 tak dapat kopi Restoran Impian kat Cempaka nihh..he he he

    ReplyDelete
  4. Sorry Bang Jibeng.... Terima Kasih kerana menegur.

    Memang betoi la... mengantuk sungguh kerana tak pi minum kopi kat Restoran Impian kat Cempaka tu... sampai tersalah tarikh nak bagi tau... rupa-rupanya kejadian tu... dah beralih hari rupanyer.. ye... Syok sangat la tu... dok memantau taman kita tu...

    Apa-apa pun, sorry kepada semua kerana tersalah pernyataan maklumat.

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH........Brother Jibeng n rakan-rakan yang sanggup berjaga malam dan dapat mencegah kejadian maksiat dan perkara yang tidak diingini berlaku di TI....walaubagaimanapun jangan salah tinjau nanti ditakuti brother n rakan-rakan disalah anggap pula ketika menjalankan tugas.....Almaklumlah tak semua penduduk TI mengenali diantara satu sama lain jadi berhati-hatilah sewaktu meninjau tu....wassallam.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Tahniah la di ucapkan kepada penduduk2 yang perihatin terhadap gejala maksiat ini,lebih2 lagi kepada yang meronda pada tarikh berkenaan.
    Di sini juga saya bersetuju dengan pendapat post pada 21/4 yang mengatakan penggunaan sticker pada kenderaan dapat mengenali samada di miliki oleh penduduk TI.
    Di harap amalan ini dapat berpanjangan di masa akan datang untuk keharmonian dan kesejahteraan penduduk TI.


    Wassalam

    Pak Long

    ReplyDelete