Sunday, April 26, 2009

Kutipan Yuran Keahlian Tahun 2009

Semua ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora hendaklah menjelaskan bayaran yuran keahlian tahun 2009 sebanyak RM30.00 setahun sebelum 30 April 2009 sebagaimana surat yang telah diedarkan kepada tuan/puan. Bagi ahli yang telah menjelaskan bayaran yuran keahlian tahun 2009 sebanyak RM5.00 hendaklah menjelaskan baki bayaran sebanyak RM25.00 lagi. Kerjasama tuan/puan untuk menjelaskan yuran berkenaan amatlah dihargai.

Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari atau mana-mana ahli jawatankuasa seperti di Senarai Jawatankuasa PPTI BBST disebelah kanan laman blog ini. Sekian dimaklumkan.

8 comments:

  1. Assalamualaikum

    Wak nak nanya ckit ni,berapa ramai dah jadi ahli PPTI dan berapa keseluruhan penduduk (rumah)TI?.Kalau masih ramai yang masih tak jadi ahli tu takde ke AJK PPTI nak buka kaunter ataupun menjalankan kempen menarik ahli2 baru.
    Banyak ahli banyak la duit tabung PPTI dan senang nak menjalankan ape2 kegiatan.

    Wak Tempe

    ReplyDelete
  2. Setuju ngan cadangan wak tempe.Cadangan supaya AJK hantar surat jemputan kepada semua rumah yang belum jadi ahli, menjemput semua mereka menjadi ahli PPTI.

    Kot tak ada respon pastu..tak boleh nak cakap apa la.

    ReplyDelete
  3. apa kata penduduk taman ixora kumpul suratkhabar lama dan jual untuk menambahkan sumber tabung. takkan nak harap duit yuran je. nak mintak duit stiker $5 pun susah. takkan nak derma suratkhabar pun payah.jangan derma kertas bungkus nasi lemak dahlah..

    ReplyDelete
  4. Okey gak idea tu.... Lepat Liat setuju dan sokong cadangan anda....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Satu idea yang bernas gak tu....cuma Wak berharap dapat kiranya pihak AJK PPTI mempertimbangkan dan memikirkan bagaimana nak menggerakkan idea ini.....

    Wak Tempe

    ReplyDelete
  6. sonang je tu..kita lambakkan aje paper lama kat rumah SU tiap2 minggu..kalau dah bertimbun boleh kita panggil orang datang amik!!
    memang harga paper lama la ni murah..tapi bak kata pepatah "sikit2 lama2 jadi taman ixora!!"

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Saya amat bersetuju dgn cadangan pengumpulan surat khabar lama. Mungkin kita juga boleh panjangkan lagi dengan barang2 kitar semula yg lain seperti tin, botol2 plastik, botol2 kaca dsbnya. PPTI boleh anjurkan Kempen Kitar Semula, kita dptkan sokongan daripada pihak MPS dan pihak ALAM FLORA. Sebab PBT dan ALAM FLORA mmg ada Unit khas utk kempen kitar semula ni. .Duit jualan bolehlah masuk tabung PPTI.Lepas tu boleh diwujudkan sudut kitar semula di kawasan komuniti kita. Sebenarnya kempen kitar semula ni amat bagus untuk mendidik anak bangsa kita menghargai alam. Selain itu juga, bolehlah mengurangkan kemasukan lori apek surat khaba lama masuk taman. har har.

    ReplyDelete
  8. ...buat tempat kitar semula pun ok gakkkk...

    -x-men-

    ReplyDelete