Tuesday, April 7, 2009

Masalah Liputan Talian Telekomunikasi Selular di Perumahan Taman Ixora

Pada 5 Mac 2009, salah seorang penduduk Taman Ixora telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung permasalahan liputan talian telefon selular di kawasan perumahan Taman Ixora.

Aduan berkenaan telah mendapat maklumbalas daripada MAXIS:-
1. MAXIS telah menyemak liputan di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi dan hasil siasatan menunjukkan tahap liputan atau frekuensi yang rendah di kawasan tersebut.
2. Belum ada perancangan untuk usaha menaik taraf mahupun membina pemancar baru di kawasan tersebut buat masa ini.
3. Peningkatan mutu jaringan dan liputan adalah satu keutamaan bagi Maxis.
4. Keputusan untuk berbuat demikian akan melibatkan proses untuk mengenalpasti tapak-tapak yang sesuai, menjalankan ujian-ujian kejuruteraan, mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa, membina dan kerja-kerja optimasi yang akan mengambil masa dan memerlukan perancangan yang lebih teliti dan rapi.

Sila klik di sini untuk mendapatkan lampiran maklum balas yang diterima daripada pihak berkenaan berhubung aduan tersebut untuk makluman.

8 comments:

  1. SR MOH SUZILAN , KAMI MENYOKONG ANDA SEPENUHNYA

    ReplyDelete
  2. SAYA MENYOKONG CADANGAN SUPAYA LIPUTAN MAXIS DAPAT DIPERLUASKAN DI KAWASAN PERUMAHAN TAMAN IXORA TAMBAHAN PULA SAYA ADALAH PENGGUNA MAXIS BROADBAND.

    ReplyDelete
  3. ye..saya pun setuju..pelik..rasa duduk dalam hutan la pulak kan..line satu bar je yg muncul..kalau ade emegency..mcm mane plak kan..harap maxis dpt upgrade quality mereka

    ReplyDelete
  4. Bukan line maxis je...celcom pun problem juga..nak line clear kena duk tepi tingkap daa..

    ReplyDelete
  5. Heheh, rasanya semua line ok kot. mungkin saudara punya line broadband yang tak ok kot.
    ekekek! maxis ada budget ker nak upgrade talian mereka??

    "Now everybody cut budget"

    The observers

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Bagi saya anda agak bertuah kerana berada dalam pembangunan yang terancang bila melihat gambar-gambar aktiviti persatuan. Cuma cuba bayangkan kehidupan peribumi yang jauh dari pembangunan yang pernah anda kecapi. Cuba layari thlow.blogspot.com yang menunjukkan gambar pendudup di Post Rekom dan post Simpoh Gua Musang.

    Terima Kasih.
    drp: suzilan ms (TG8176)

    ReplyDelete
  7. dkt umh ak line maxis mmg hampeh teruk giler kjb ad kjb xda lgsung kna dok luar umh br bleh ckap,x mcm celcom line full jer memenjang,digi lg ok dr maxis..byk org area umh ak dh berubah ke celcom,cayalah celcom mmg best...

    ReplyDelete
  8. saya jiran sebelah matzen.saya yang bername syawal mnyokong sepenuhnya jrn saya tu.jgn kat iklan ckp je lebh.kata negara maju.negara asia cntohla.tp intrnt lombab macam siput.apola.

    ReplyDelete