Wednesday, April 29, 2009

Pemasangan Besi Penghadang Di Taman Permainan Kanak-Kanak, Taman Ixora

Pada 28 April 2009, kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang telah memasang besi penghadang di sekeliling Taman Permainan Kanak-Kanak di Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora. Pemasangan besi penghadang ini adalah susulan daripada keputusan yang dibuat semasa Majlis Dialog bersama Wakil Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Majlis Perbandaran Sepang pada 12 Februari 2009 dan aduan penduduk melalui sistem e-Aduan Majlis Perbandaran Sepang bertarikh 19 Februari 2009, Nombor Aduan (6442).

Pemasangan besi penghadang berkenaan amatlah diperlukan untuk keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak yang bermain di Taman Permainan berkenaan. Laluan masuk yang tidak berpagar sebelum ini amatlah berbahaya kepada kanak-kanak kerana kemungkinan terjatuh ke dalam longkang yang kedalamannya sehingga 3 meter.

Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Sepang yang amat perihatin dengan kebajikan dan kemudahan untuk penduduk Taman Ixora. Semoga kerjasama yang ditunjukkan menjadi contoh kepada pihak berkuasa tempatan yang lain dalam menjaga hal ehwal kebajikan orang ramai.

2 comments:

  1. Salam,

    Terlebih dahulu ucapan terima kasih ke atas wakil penduduk yang telah membuat aduan tersebut dan kepada pihak MPS yang telah mengambil tindakan sewajarnya. Walaubagaimanapun saya berpendapat masih ada kekurangan kepada rekabentuk pemasangan railing yg dilaksanakan. Terutamanya di gambar yg tertera spt di atas. Ruangan antara besi terlalu jauh terutama di bahagian tangga.

    Seperkara lagi sepatutnya kemudahan awam/taman yang disediakan pemaju telah lengkap dan sempurna tanpa apa-apa kecacatan terutamanya isu-isu keselamatan dan keselesaan. Akhirnya terpaksa pihak Majlis melaksanakan kerja2 pembaikan dan menjadi bebanan kewangan yang tidak dijangka dan sepatutnya peruntukan kewangan tersebut boleh disalurkan kepada pembangunan yang lain.

    Walhal, isu-isu tersebut boleh ditangani secara keras semasa pengeluaran Perakuan Kelayakan Menduduki (CF/CCC)kepada pemaju. Titik tolaknya adalah penguatkuasaan yang sempurna ke atas pemaju. Jadi takdelah kes kerajaan kena tanggung kerja-kerja tak sudah/tak cukup syarat yg disediakan pemaju.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju tu.... pendapat anda...

    Waktu pasangtu..wakil daripada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) ada ke.... macam kontraktor lepas tangan je.. kualitinya.

    Boleh dikatakan la..... orang yang cerdik pandai dalam bidang kejuruteraan di MPS macam tak ada je....

    Mana taknye, kualiti kerja mcm biasa-biasa je....

    ReplyDelete