Saturday, April 11, 2009

Sumbangan Persatuan Bagi Ahli Yang Ditimpa Musibah


Pada hari Sabtu, 11 April 2009 jam 1.00 petang, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Pengerusi, Timb. Pengerusi dan Setiausaha telah berkunjung ke rumah En. Mohd Suzilan Bin Sahak di No. 13, Jalan Ixora 1/8 untuk bertanya khabar mengenai musibah yang menimpa beliau. Anak ketiga beliau yang dilahirkan pada 26 Mac 2009 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia telah meninggal dunia kerana kelahiran tidak cukup bulan (5 bulan). Jenazah anak beliau telah diuruskan dan dikebumikan oleh pihak HUKM. Walaubagaimanapun kesihatan isteri beliau, Alhamdulillah sihat walafiat.

Semua ahli persatuan mendoakan semoga beliau bersabar dengan musibah yang menimpa sesungguhnya setiap musibah itu ada hikmah disebaliknya. Persatuan telah memberikan sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM50.00 kepada beliau dan berharap semoga kunjungan ikhlas ke rumah beliau dapat merapatkan lagi ukhuwah dikalangan ahli persatuan.

No comments:

Post a Comment