Monday, May 11, 2009

Aduan Kerosakan Jalan Di Perumahan Taman Ixora

Majlis Perbandaran Sepang sedang mengumpulkan maklumat kerosakan jalan di kawasan perumahan Majlis Perbandaran Sepang. Sehubungan dengan itu penduduk yang mempunyai maklumat mengenai kerosakan jalan disetiap lorong dan jalan di Taman Ixora bolehlah memberikan maklumat diruangan 'comments' untuk disalurkan kepada MPSp. Jalan yang rosak akan diperbaiki dengan kadar segera. Gambar lokasi kerosakan akan diambil berdasarkan maklumat daripada penduduk.

Sila berikan maklumat seperti no. lorong, no. rumah berhampiran dan jenis kerosakan sebelum atau pada 13 Mei 2009 (Rabu). Kerjasama anda memberikan maklumat amatlah dihargai.

Beberapa jalan telah dikenalpasti. Sila klik di sini untuk melihat gambar kerosakan jalan berkenaan.

4 comments:

  1. askm,

    minta tambahan untuk papan tanda, dimana kami di jalan 1/1 dan 1/2 fasa 3 yang baru lot rustika tiada tanda jalan yang menunjukkan ia jalan no berapa. satu aduan melalui e-aduan laman wen mpsepang juga telah saya kemukakan.

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. jalan 1/2 fasa 1 tidak rata/condong ke rumah teres 1 tingkat. air bertakung apabila hujan.

    ReplyDelete
  3. Maklumat lokasi adalah seperti berikut;

    1. No. Lorong : Jalan Ixora 1/10
    2. No. Rumah Berhampiran : No. 1 dan 2
    3. Jenis kerosakan adalah seperti berikut;

    1) "Road Crossing" untuk pemasangan kabel bawah tanah telah menyebabkan jalan tersebut berlekuk dan mendap. Ini kerana pembinaan semula untuk "road crossing" tersebut tidak mengikut spesifikasi piawai untuk pembinaan jalan seperti ketebalan "crusher run", "sand base", "60mm Thick bituminous premix asphalt binder course" dan "40mm Thick bituminous premix asphalt wearing course". Ini kerana saya sendiri yang melihat perlaksanaan kerja yang dilakukan oleh kontraktor elektrik tersebut.

    2) Lampu jalan tidak berfungsi : No. Tiang 1 Jln. 1/10

    Maklumat daripada CUCOQKODOK 12Mei2009

    ReplyDelete
  4. 1. No. Lorong : Lorong Belakang Rumah antara Jalan Ixora 1/10 dan Jalan Ixora 1/11

    2. No. Rumah Berhampiran : 5 & 7 (Jalan Ixora 1/10) dan 6 & 8 (Jalan Ixora 1/11)

    3. Jenis Kerosakan : BRC yang terdapat pada "Concrete Slab" telah "terkeluar". Ini berlaku kerana pemasangan yang tidak sempurna sewaktu proses "concreting" oleh pihak kontraktor. Kerosakan ini akan mengundang bahaya jika tidak dibaiki kerana BRC ini akan tercacak pada permukaan jalan tersebut. Selain itu, berkemungkinan kekuatan jalan tersebut tidak kukuh kerana pemasangan yang tidak sempurna.

    TEMPOYAK

    ReplyDelete