Thursday, July 16, 2009

Ekspedisi Mendaki Puncak Kinabalu

Pada 10 - 13 Julai 2009, seorang ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora (En. KAMARUAL RASIDI BIN ABDUL RASHID, No. 1, Jalan 1/2) telah mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu. Ekspedisi berkenaan telah disertai oleh 24 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan syarikat Air Asia Berhad.

Berikut adalah jadual ekspedisi pendakian berkenaan :
- 10 Julai (Jumaat) jam 6.50 pagi - Bertolak dari LCCT Sepang ke Kota Kinabalu
- 11 Julai (Sabtu) jam 8.00 pagi - Mula pendakian dari Mesilau ke Laban Rata. Tiba di Laban Rata jam 5.00 petang
- 12 Julai (Ahad) jam 2.45 pagi - Mula mendaki puncak Kinabalu dari Laban Rata. Tiba di puncak Kinabalu jam 5.30 pagi. Meluangkan masa selama setengah jam di puncak Kinabalu
- 12 Julai (Ahad) jam 6.00 pagi - Mula menuruni puncak Kinabalu. Tiba di Laban Rata jam 9.00 pagi. Berehat sebentar di Laban Rata.
- 12 Julai (Ahad) jam 9.00 pagi - Mula turun dari Laban Rata ke Mesilau. Tiba di Mesilau jam 5.00 petang.
- 13 Julai (Isnin) jam 12.00 tengahari - Bertolak dari Kota Kinabalu ke LCCT Sepang.

Beliau telah menceritakan sedikit pengalaman semasa mengikuti ekspedisi berkenaan.
1. Kekuatan mental dan fizikal serta keadaan cuaca dan nasib mempengaruhi kejayaan ekspedisi berkenaan.
2. Semangat setiakawan dan berpasukan merupakan pendorong yang utama untuk menghadapi cabaran mendaki puncak Kinabalu.
3. Suasana yang berangin, berkabus dan temperature 3 darjah celcius merupakan dugaan yang hebat yang harus ditempuhi.

Pengerusi persatuan penduduk dan beberapa ahli persatuan di Jalan Ixora 1/2 telah memberikan semangat kepada beliau untuk mengikuti ekspedisi berkenaan dan mendoakan supaya beliau sampai di puncak Kinabalu dengan selamat. Alhamdulillah berkat doa dan dorongan kawan-kawan beliau telah berjaya mendaki puncak Kinabalu dengan jayanya. PPTI amat berbangga dengan kejayaan beliau.

Sekiranya mendapat penyertaan daripada penduduk, PPTI akan cuba menganjurkan program seperti ini dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada beliau. PPTI berharap agar kesungguhan dan semangat yang ditujukkan oleh beliau menjadi pendorong kepada ahli PPTI yang lain untuk mencipta kejayaan yang boleh membanggakan diri, keluarga dan masyarakat amnya.

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa ekspedisi berkenaan.

6 comments:

  1. pas ni buat daki gunung tahan laaa....tak boleh tahan pakcikkkk.....

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH. BUKAN SENANG NAK DAKI GUNUNG TU. DAH LEBIH 3 TAHUN AKU KAT SABAH, TAK BOLEH NAIK SAMPAI SANA SEBAB SAKIT LUTUT! HANYA KAT KAKI GUNUNG AJE LE....

    ReplyDelete
  3. DOWN LOAD LAH GAMBAR BANYAK2. KEMPUNAN TAK MAMPU NAK DAKI, DAPAT TENGOK GAMBAR PUN JADILAH. TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA SDR RASIDI DAN KEPADA WEBMASTER.

    ReplyDelete
  4. Tahniah BRO...kwn tabik spring satu....

    ReplyDelete
  5. oobet tumpang bangga...caya la bro...

    ReplyDelete
  6. panjat gunung lepas..nak jaga malam asyik alasan sakit perut laa, sakit lutut laa, nak tidurkan anak laa..nak terberak laa

    ReplyDelete