Tuesday, September 1, 2009

Banjir Lumpur Di Taman Ixora

Pada jam 10.00 pagi, 1 September 2009, beberapa buah rumah di Taman Ixora telah dilanda banjir lumpur. Tapak pembinaan rumah di atas bukit yang masih belum mempunyai saliran yang baik menyebabkan kejadian berkenaan berlaku. Banjir lumpur daripada atas bukit berkenaan telah melimpahi Jalan 1/1 dan membanjiri beberapa buah rumah penduduk.

Kejadian berkenaan telah menyebabkan beberapa rumah penduduk dibanjiri lumpur daripada belakang rumah, dapur sehingga ke ruang tamu. Diantara rumah penduduk yang terlibat adalah No. 33, 35, 37 Jalan 1/2 dan No. 34, 36 Jalan 1/1. Pihak pemaju (Getrahome) telah memberikan bantuan untuk membersihkan banjir lumpur berkenaan dengan bantuan beberapa orang pekerja daripada tapak pembinaan.

Kejadian berkenaan berlaku disebabkan oleh kelemahan sistem perparitan yang dibina oleh pemaju yang tidak dapat menampung pengaliran air yang banyak akibat hujan lebat yang turun mulai jam 9.00 pagi hingga jam 11.30 pagi.

Disamping itu, kerja-kerja pengorekan kabel elektrik oleh sub kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyumbang kepada kejadian ini. Ini adalah kerana saliran air keluar di atas bukit ke sungai berhampiran telah ditutup untuk kerja-kerja pengorekan berkenaan. Walaubagaimanapun tindakan pantas pemaju mengorek saliran keluar tersebut telah mengurangkan pengaliran air ke kawasan perumahan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh penduduk mengenai kejadian berkenaan dan beberapa anggota polis telah membuat tinjauan mengenai kejadian berkenaan.

Penduduk yang ditemui menyatakan ini adalah kali kedua kejadian yang seumpama ini berlaku di Taman Ixora.

Diharap pihak pemaju (Getrahome) dapat mengambil inisiatif untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang pada masa akan datang. Diantara inisiatif yang dicadangkan ialah:-
1. Memperbesarkan longkang yang mengalirkan air saluran utama daripada Jalan 1/1, Jalan 1/2 dan aliran air daripada atas bukit
2. Membina tembok penghadang air di Jalan 1/1 untuk menghalang air daripada melintasi Jalan 1/1 dan seterusnya memasuki rumah penduduk

Sila klik disini untuk melihat gambar semasa kejadian berkenaan.

2 comments:

  1. Kalau boleh PPTI minta pemaju perumahan TI buat saliran longkang yang tidak menumpukan kearah jalan 1/7 sahaja kerana jika berlaku hujan yang lebat longkang tersebut tidak dapat menampung air yang terlalu banyak hingga berlaku limpahan diatas jalanraya seterusnya mencari kawasan rumah2 yang rendah dijalan 1/2 dan 1/1.

    ReplyDelete
  2. Pemaju sepatutnya kena cerdik dalam hal ini yang bgerkaitan dengan Pengurusan Projek Pembinaan. Tolonglah... buat penyiasatan tapak sebelum memulakan sesuatu kerja. Mana boleh "Temporary Earthdrain disambungkan dengan "Permanent Drain". Naya le kami... Cari le alternatif saliran air.

    Saya setuju dengan pandangan saudara. Inilah akibatnya jika kita tidak "Berfikir Di Luar Kotak Fikiran".

    Wahai pemaju.... janganlah anda menggunakan alasan seperti seseorang mantan menteri kerjaraya...... "Saya Tak Tau.. Itu Tuhan Punya Kerja..."

    Kami faham bahawa Pembangunan diperlukan tetapi sebagai pihajk yang bertanggungjawab dan diberi akal fikiran, tolonglah melaksanakan tugas dengan bijaksana selaras dengan konsep Pengurusan Pembinaan. Kami tahu anda cerdik tapi jangan memperbodohkan penduduk kerana kami pun ada kecerdikan masing-masing.

    ReplyDelete