Sunday, December 27, 2009

Taman Ixora Naib Johan Kejohanan Badminton Berpasukan Jemputan Taman Seroja Tahun 2009

Persatuan Belia Taman Seroja dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sepang telah menganjurkan Kejohanan Badminton Berpasukan Jemputan Taman Seroja 2009. Tarikh kejohanan seperti berikut:-

Tarikh : 27 Disember 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : Dewan Badminton Kuarters KLIA Sepang

Objektif kejohanan adalah untuk melibatkan golongan belia dengan aktiviti sihat disamping wadah untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat sekitar dengan misi untuk memupuk nilai-nilai hidup murni dalam masyarakat.

Taman-taman yang menyertai kejohanan:-
1. Taman Seroja
2. Taman Mawar 2
3. Taman Dahlia
4. Taman Mawar 1
5. Taman Ixora

Pasukan Taman Ixora telah berjaya menjadi Naib Johan kejohanan berkenaan. Syabas dah tahniah diucapkan kepada pemain yang telah mengharumkan nama Taman Ixora.

Senarai pemain yang mewakili Taman Ixora adalah:-

Team Ixora (A)
1. Suhaimi Abdullah
2. Ismail Ahmad
3. Fatkhul Maarif Sabari
4. Khairil Ishak
5. Shahril Azam Abd Tahar
6. Norazam Mamat

Team Ixora (B)
1. Mohd Fuad Adam
2. Faizal Omar
3. Mohd Khalish Suhaimi
4. Nazri Mohd Ghazali
5. Hj. Mohd Noor Hj Said
6. Noranizam Mohd Sahil

Pihak persatuan telah menyumbangkan bayaran penyertaan sebanyak RM180.00 bagi dua pasukan yang telah mewakili Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

4 comments:

  1. yeah....tahniah utk team ....
    tahun depan kita target johan pula...

    - no 3 , 1/4 -

    ReplyDelete
  2. SEKALUNG TAHNIAH DARI SRS POS KEJIRANAN ONE IXORA . ONE IXORA BOLEH.....

    ReplyDelete
  3. Sekalung tahniah kepada team ixora...walaupun desas-desus taman seroja/dahlia dikatakan hebat, dapat juga naib johan....ternyata pemain kita tak kurang hebatnya....semoga tahun 2010 johan pula

    ReplyDelete
  4. Tahniah dari saya penyokong kuat SPS POS KEJIRANAN ONE IXORA. Rock always!

    ReplyDelete