Wednesday, December 30, 2009

Lagi Kejadian Pecah Rumah di Taman Ixora

Pada 30 Disember 2009 (Rabu), rumah No. 51, Jalan Ixora 1/13 telah dipecah masuk. Kejadian dipercayai berlaku di antara jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Dalam kejadian berkenaan tuan rumah tiada di rumah kerana keluar bekerja. Kejadian berkenaan disedari pada jam 6.00 petang selepas tuan rumah pulang daripada bekerja.

Penyangak berkenaan telah membuat lubang di pagar belakang rumah dan mengumpil gril tingkap bilik belakang rumah. Perbuatan mengumpil gril berkenaan dipercayai dilakukan menggunakan senjata kuku kambing.

Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah tiba di rumah berkenaan pada jam 10.00 malam untuk mengambil gambar kejadian dan tuan rumah dikehendaki membuat keterangan di Balai Polis Salak Tinggi.

Sejumlah kerugian harga benda dilaporkan selepas kejadian. Beberapa keping gambar telah diambil sebagai pengajaran kepada penghuni lain bagaimanakah kejadian berkenaan berlaku dan tindakan yang sewajarnya diambil untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku.

Persatuan penduduk Taman Ixora memohon kerjasama daripada semua penduduk supaya sentiasa mengawasi rumah masing-masing dan jiran bersebelahan bagi mengelakkan kejadian seperti ini. Sikap saling tolong-menolong dalam membasmi kejadian jenayah di taman kita amatlah dihargai.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

6 comments:

  1. harap tuan rumah tersebut bersabar atas kejadian yg berlaku.Pasni lebih berhati-hati ye..

    ReplyDelete
  2. belakang jalan 13 ada banyak anjing liar....kalu anjing menyalak tentu ada sebab....sesiapa yang ada rumah tu bolehlah jenguklah ke belakang....tolong jengah jika ada aktiviti2 manusia yang aneh berlaku....

    ReplyDelete
  3. Dicadangkan agar pada waktu malam pula setiap rumah berselang seli menyalakan lampu belakang dan depan. Jika rumah dikiri nyalakan lampu depan, rumah di tengah nyalakan lampu belakang manakala rumah di kanan nyalakan lampu depan pula. Begitulah berselang seli... Selain dapat menjimatkan kos elektrik ( tak payah psg lampu depan belakang, kawasan rumah kita akan terang di waktu malam. Ini, insyaalllah boleh mengurangkan risiko pecah masuk.

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan beberapa kejadian yang berlaku, rumah yang tak bertintet sering menjadi mangsa. Penceroboh tu boleh agak keperluan dan masa yang diperlukan untuk menceroboh. Teori jer...

    ReplyDelete
  5. Kita byk berjaga pada waktu malam.. sb kebanyakan kita berkerja pada waktu siang.. Skrg nie pencuri dh th waktu siang masa sesuai dia nk mencuri.. kebanyakan saya tgk tentang kecurian pada waktu siang hari.. Malam cuma kita berjaga2 shj.. so Pada pendapat saya.. Kita guna alarm yg skrg dia market yg agak murah sikit.. Alarm sensor byk dijual di Jalan Pasar dll. So kita gunakn Motion Sensor. Motion Sensor nie,kegunaannya bagus.sebelum pencuri tu masuk motion sensor dapat kesan pencuri sebelum masuk kerumah kita.alarm terus bunyi.. Itu pendapat saya.. Walaupon motion sensor nie agak sensitive, bagi saya dapat menyalamatkn kita sendiri dan keluarga. so klu bunyi alarm jiran2 yg ada waktu dptlh kerjasama sikit.

    ReplyDelete
  6. ikot pemerhatian saya, tuan rumah tak tutup tingkap sebelum keluar kerja ke? sebab penyelak tu tak rosak pun. kene pakai grill yang solid baru ni..

    ReplyDelete