Sunday, November 21, 2010

Kejohanan Futsal Sukan Perpaduan Antara Jiran Muda Peringkat Daerah Sepang

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menghantar satu pasukan sebagai wakil Kejohanan Futsal Sukan Perpaduan Antara Jiran Muda Peringkat Daerah Sepang yang telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 21 November 2010
Masa : 9.00 Pagi hingga 3.00 Petang
Tempat : Meracipta Futsal, BBST

Pengurus Pasukan : En. Mohd Salleh Bin Sufian
Senarai Pemain :
1. Wan Kamal Asyraf Bin Che Wan Zainal
2. Muhammad Hazwan Adli Bin Zainal Abidin
3. Arid Al-Hafiz Bin Muhd Anuar
4. Mohd Nor Syafiq Bin Suhaimi
5. Muhammad Asyraf Bin Mohd Noor
6. Muhammad Fadzil Bin Ghazali
7. Harivintheran A/L Sivalingam
8. Sritharan A/L Sivalingam

Jawatankuasa KRT Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada peserta yang telah mengambil bahagian dan AJK KRT yang terlibat secara langsung semasa kejohanan berkenaan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Saturday, October 16, 2010

Pertemuan PPTI Dengan Wakil TNB Bagi Kerja-kerja Merentang Kabel Bawah Tanah di Taman Ixora

Dimaklumkan kerja-kerja merentang kabel bawah tanah oleh TNB telah dimulakan pada 14 dan 15 Oktober 2010. Walaubagaimanapun kerja-kerja berkenaan telah diberhentikan buat sementara waktu oleh TNB berikutan terdapat beberapa aduan yang telah dikemukakan oleh penduduk yang terlibat kepada Persatuan Penduduk Taman Ixora. Kerja-kerja berkenaan melibatkan Jalan Ixora 1/1 dan Jalan Ixora 1/2.

Sehubungan dengan itu Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan pertemuan dengan wakil TNB bagi kerja-kerja merentang kabel bawah tanah di Taman Ixora pada butiran berikut:-

Tarikh : 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Ixora

Beberapa keputusan telah dibuat semasa pertemuan tersebut:-
1. Wakil TNB berjanji akan membersihkan sisa-sisa tanah dan habuk yang terdapat di laluan Jalan Ixora 1/1 pada 18 Oktober 2010 (Isnin). Ini adalah kerana kerja-kerja pembersihan yang dilakukan sebelum ini tidak dilakukan dengan sempurna sehingga menyebabkan kawasan becak dan berhabuk.
2. Wakil TNB akan mempertimbangkan tuntutan daripada penduduk yang ingin supaya tanaman yang ditanam di laluan kabel berkenaan diganti atau sebagainya. Penduduk Jalan Ixora 1/1 yang ingin membuat tuntutan bolehlah berbuat demikian dengan menyatakan nombor rumah dan jenis tanaman yang terlibat kepada Ketua Lorong 1/1, En. Ahmad Kamil Bin Jelani.
3. Wakil TNB akan mempertimbangkan cadangan penduduk supaya laluan kabel berkenaan dilencongkan ke seberang longkang kerana tidak melibatkan banyak kerosakan kepada tanaman dan lanskap penduduk.

Kerja-kerja berkenaan akan disambung semula pada 18 hingga 26 Oktober 2010. Kerjasama penduduk yang terlibat supaya mengalihkan pokok-pokok bunga atau halangan di hadapan rumah di atas tanah rizab (bahu jalan) MPSp bagi memudahkan pihak TNB menjalankan kerja-kerja pengorekan dengan lancar.

Sekiranya penduduk memerlukan maklumat lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi pegawai TNB yang bertanggungjawab, Puan Farah Bt Ramlee di talian 019-3367617/ 03-3187 2020 (ext - 301) atau En. Mohd Rashidy Bin Mahamood di talian 016-2515828/ 03-3187 2020 (ext - 302).

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, October 6, 2010

Majlis Pelancaran Dataran Serbaguna Taman Ixora dan Ramah Mesra Aidilfitri Tahun 2010

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Majlis Perasmian Dataran Serbaguna Taman Ixora dan Ramah Mesra Aidilfitri pada butiran berikut:-

Tarikh : 9 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 Malam - 10.30 Malam
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora

Majlis perasmian berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Zon BBST Selatan, Tuan Titus Gladwyn A/L S.G. Gomez. Turut hadir adalah Ahli Majlis Zon BBST Utara, Puan Rohaya Bt DAto' Mohd Shahir. Dataran Serbaguna Taman Ixora telah dibina oleh Majlis Perbandaran Sepang sebagai hadiah Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009.



Majlis ini dianjurkan untuk merapatkan hubungan kejiranan sesama penduduk Taman Ixora dan juga ramah mesra bersama MPSp. Disamping itu majlis juga diserikan dengan sambutan Aidifitri.

Diantara menu yang disediakan oleh setiap lorong pada majlis berkenaan adalah:-
1. Roti Jala
2. Soto
3. Nasi Impit dan Kuah Kacang
4. Kuih Muih
5. Cendol
6. Nasi Tomato
7. Nuget Goreng
8. Bihun Goreng
9. Nasi Lemak
10. Sate

Majlis yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan majlis ini. InsyaAllah program ini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, September 19, 2010

Kerja-kerja Membina Dataran Serbaguna Taman Ixora

Majlis Perbandaran Sepang telah melantik kontraktor untuk membina Dataran Serbaguna Taman Ixora. Pihak kontraktor telah memulakan kerja pada 13 September 2010 dan projek berkenaan dijangka siap pada 2 Oktober 2010.

InsyaAllah, sekiranya projek ini dilaksanakan mengikut jadual, Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora akan diadakan di dataran ini pada 9 Oktober 2010. Ini adalah merupakan aktiviti pertama di dataran ini. Yang DiPertua MP Sepang akan dijemput untuk merasmikan dataran ini pada tarikh berkenaan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar tapak projek.

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010M/1431H

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli persatuan khususnya dan penduduk Taman Ixora umumnya.

Kepada penduduk yang memandu balik kampung untuk berhari raya dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang tersayang yang menanti kepulangan anda. Amalkan sikap sabar dalam menempuh kesesakan jalanraya.

Sehubungan dengan itu semua Ahli Jawatankuasa PPTI memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap serta kekurangan sepanjang kami mentadbir persatuan ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Saturday, August 14, 2010

Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk Anjuran PPTI dan KRT Taman Ixora

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan program gotong-royong memasak bubur lambuk pada butiran berikut:-

Tarikh : 14 dan 28 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : Taska Permata Ixora, Jalan Ixora 1/2

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk yang berkelapangan. AJK PPTI dan KRT serta penduduk telah hadir sama bergotong-royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk. Sebanyak dua(2) periuk bubur lambuk telah dimasak untuk edaran kepada penduduk Taman Ixora. Anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM1,200.00 dan dibiayai oleh PPTI serta sumbangan daripada penduduk.

Aktiviti mengedarkan bubur lambuk telah dilakukan oleh AJK lorong dan turut diedarkan di jalan masuk Taman Ixora mulai jam 5.00 petang. Alhamdulillah semua pek bubur lambuk telah habis diedarkan kepada penduduk pada jam 6.00 petang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Monday, August 9, 2010

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa 1431H/2010M

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa 1431H/2010M kepada semua penduduk Taman Ixora.

Didoakan semoga semua penduduk Taman Ixora dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh kesabaran. Perbanyakkanlah amalan di bulan ini. Semoga di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini semangat ukhuwah dan keharmonian sesama jiran tetangga sentiasa dipelihara oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Sila klik di sini untuk muat turun jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1431H/2010M bagi daerah Sepang, Selangor.

Lawatan Tapak Projek Dataran Serbaguna Taman Ixora

Pada 9 Ogos 2010 (Isnin) jam 10.30 pagi, Majlis Perbandaran Sepang diwakili oleh Tuan Titus Gladwyn A/L SG Gomez (Ahli Majlis Zon BBST Selatan) dan beberapa orang pegawai MPSp telah melakukan lawatan ke tapak cadangan projek Dataran Serbaguna Taman Ixora. Persatuan Penduduk Taman Ixora telah diwakili oleh Pengerusi, Timb. Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan dua orang ahli jawatankuasa turut hadir semasa sesi lawatan tapak berkenaan.

Projek ini adalah sebagai hadiah Pemenang Tempat Pertama Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009.

Pihak MPSp telah bersetuju dengan cadangan projek berkenaan dan akan menyediakan spesifikasi seterusnya membuat sebutharga. Tempoh pelaksanaan projek adalah sebulan. Dijangkakan Dataran Serbaguna ini dapat digunapakai pada sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora pada 2 Oktober 2010 nanti.

Beberapa cadangan gelanggang (garisan) akan dibuat diatas Dataran Serbaguna ini iaitu futsal, bola tampar dan badminton/sepak takraw.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, August 8, 2010

Program Kitar Semula di Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dan KRT Taman Ixora telah mengadakan Program Kitar Semula di Taman Ixora pada butiran berikut :-

Tarikh : 8 Ogos 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat Pengumpulan : Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Ixora

Program yang diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Penduduk telah menyumbangkan barangan yang boleh dikitar semula seperti surat khabar, kertas dan botol plastik. Barangan yang dikumpulkan telah dijual kepada Syarikat Alam Flora pada 9 Ogos 2010.

Berikut adalah senarai harga dan jumlah barangan yang berjaya dikumpul:-

1. Surat Khabar (22 sen sekilogram) - 276 kg
2. Majalah (20 sen sekilogram) - 34 kg
3. Kotak/ Kadbod (18 sen sekilogram) - 9 kg
4. Kertas campuran (16 sen sekilogram) - 23 kg
5. Aluminium (RM1.50 sekilogram) - 0.5 kg
6. Besi/Tin (20 sen sekilogram) - 19 kg
7. Plastik (20 sen sekilogram) - 49 kg

Jumlah barangan yang berjaya dijual adalah RM87.20. Wang kutipan ini telah didermakan ke dalam tabung Persatuan Penduduk Taman Ixora.

InsyaAllah Program Kitar Semula di Taman Ixora ini akan diadakan setiap 3 bulan sekali. Program ini adalah untuk mendidik penduduk Taman Ixora untuk mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian. "Fikir Dahulu Sebelum Buang".

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, August 4, 2010

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora Bil. 2/2010

Jawatankuasa KRT Taman Ixora telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa Bil. 2/2010 pada 4 Ogos 2010 (Rabu) jam 9.30 malam bertempat di Masjid Sultan Hisamudin BBST. Berikut adalah beberapa keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa:-

1. Jawatankuasa bersetuju untuk menubuhkan beberapa biro untuk menjalankan aktiviti KRT. Berikut adalah senarai penuh biro yang telah ditubuhkan:-

Biro Agama
- Ketua - En. Salihin Bin Jelani
- En. Zainal Abidin Bin Ahmad
- En. Razali Bin Dali

Biro Kebajikan dan Kesihatan
- Ketua - En. Amirudean Bin Zid
- En. Faizal Bin Omar
- En. Mohd Jamil Bin Mat Shah

Biro Sukan dan Kebudayaan
- Ketua - En. Mohd Zan Abdul RAhman
- En. Muhammad Fuad Bin Adam
- En. Norhisham Bin Wahid

Biro Ekonomi
- Ketua - En Salleh Bin Sufian
- En. Zulkefly Bin Sukor

Biro Pendidikan
- Ketua - En. Ahmad Zaha Bin Mohamad Halit
- En. Ahmad Kamil Bin Jelani
- En. Mohd Zaimi Bin Kasim

Biro Keselamatan
- Ketua - En. Zulkefli Bin Hashim
- En. Hazli Bin Mat Diah
- En. Aizam Nizam Bin Adnan
- En. Azraf Bin Azman
- En. Mohd Yusba Asmadi Bin Mat Rahim

Biro Hal Ehwal Wanita
- Ketua - Hjh. Noraini Bt Saadun
- Puan Rohaya Bt Abu Hasan

2. Semua ketua biro hendaklah membentangkan perancangan aktiviti tahun 2010 pada mesyuarat akan datang.
3. Jawatankuasa bersetuju untuk bekerjasama dengan Persatuan Penduduk Taman Ixora menjalankan program kitar semula di Taman Ixora sebagai aktiviti pertama KRT.
4. Jawatankuasa akan mengemukakan borang permohonan untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela dalam waktu terdekat kepada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang. Biro Keselamatan akan mengedarkan borang keahlian SRS kepada penduduk yang berminat.
5. Bersetuju untuk mengadakan Majlis Pelancaran KRT Taman Ixora selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
6. Bersetuju untuk menghantar surat permohonan membina dan menubuhkan Tabika Perpaduan serta Pejabat Rukun Tetangga di atas tanah tapak tadika yang telah disediakan oleh pemaju Getrahome dalam waktu terdekat kepada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang.
7. Mengajak AJK dan penduduk menyertai kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan Kemerdekaan.

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.

Tuesday, August 3, 2010

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963.

Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.

Objektif Banci diadakan antaranya ialah untuk:
a) Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara.
b) Menyediakan maklumat yang meluas tentang:
- Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi; dan
- Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.
c) Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil;
d) Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi;
e) Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan
f) Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa

Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010.

Sila hubungi pusat panggilan banci untuk pertanyaan:

Hotline : 1-800-88-7828

Telefon : 03-8885 7826

Persatuan Penduduk Taman Ixora memohon kepada semua penduduk Taman Ixora agar memberikan kerjasama kepada pegawai banci yang menjalankan tugas. Tunjukkan sifat kita yang berbudi bahasa kepada mereka. Semoga semua pendudukTaman Ixora tidak tercicir daripada senarai banci penduduk tahun 2010.

Thursday, July 29, 2010

Kejadian Samun di Taman Ixora

Pada 29 Julai 2010 (Khamis) jam 11.00 pagi, berlaku satu kejadian samun bersenjata di rumah No. 24, Jalan Ixora 1/2. Dilaporkan sejumlah barang kemas telah berjaya dilarikan oleh penyangak berkenaan. Menurut laporan pihak polis, modus operandi mereka adalah menyamar sebagai juruteknik untuk memeriksa penapis air di dalam rumah.

Apabila tuan rumah membuka pintu untuk tujuan berkenaan, mereka akan menjadi mangsa atau anak sebagai tebusan dan mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya tidak memberikan kerjasama.

Persatuan Penduduk Taman Ixora meminta penduduk supaya sentiasa berwaspada dengan individu yang tidak dikenali yang ingin memasuki rumah kita. Pihak syarikat pembekal barangan atau perkhidmatan tidak pernah menghantar wakil mereka untuk melakukan pemeriksaan atau pembaikan dari rumah ke rumah.

Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan di Taman Ixora, adalah didapati kejadian jenayah sentiasa berlaku dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Keadaan pada masa ini adalah sunyi dan lengang daripada pergerakan keluar masuk penduduk. Adalah dinasihatkan supaya penduduk tidak membiarkan kanak-kanak bermain di luar rumah pada waktu ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Sunday, July 18, 2010

Kejohanan Futsal Tertutup Kejiranan Taman Ixora Tahun 2010

Kejiranan Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan kejohanan futsal tertutup pada butiran berikut:-

Tarikh : 18 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari
Tempat : MERACIPTA Futsal (Bersebelahan Kilang WRP)

Kejohanan berkenaan adalah di atas inisiatif penduduk Jalan Ixora 1/13. Persatuan Penduduk Taman Ixora telah bekerjasama sebagai urusetia bersama sepanjang penganjuran kejohanan berkenaan. Penyertaan adalah terbuka kepada penduduk Taman Ixora.

Objektif penganjuran kejohanan adalah:
- mengeratkan tali persaudaraan dan silaturrahim dikalangan warga penduduk Taman Ixora.
- memupuk cara hidup sihat melalui aktiviti riadah dan sukan

Syarat-syarat pertandingan:
- Terbuka kepada LELAKI sahaja berumur 13 tahun ke atas dan terbuka kepada semua penduduk Taman Ixora.
- Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada seorang pengurus pasukan dan enam (6) orang pemain.
- Yuran penyertaan adalah RM80.00 untuk satu pasukan.

Seramai 10 pasukan telah menyertai kejohanan berkenaan. Berikut adalah senarai pasukan yang bertanding:

Kumpulan A
- Vuvuzelas FC
- Tip Top
- Bran Utd
- FIFA Street
- Asfaragus 12

Kumpulan B
- A Team
- Flu FC
- 1313
- B-Boy
- Jaka 11

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan:-

1. Johan - Asfaragus 12
2. Naib Johan - Jaka 11
3. Tempat Ke-3 dan Ke-4 - Bran Utd dan Flu FC

Pemain Remaja Harapan
- Mohd Azri Anuar (FIFA Street)

Penjaring Terbanyak
- Shamsul Akmar (Jaka 11) - 10 Gol

Pemain Terbaik
- Fazmen Raime (Asfaragus 12)

Hadiah kepada semua pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Pengerusi PPTI.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada pemenang kejohanan. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak urusetia yang berjaya menganjurkan program dengan jayanya dan AJK PPTI yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menganjurkan kejohanan berkenaan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Friday, July 16, 2010

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 5/2010

Jawatankuasa PPTI telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa PPTI Bil 5/2010 pada 16 Julai 2010 (Jumaat) jam 9.30 malam dan membuat beberapa keputusan berikut:-

1. Bersetuju melantik En. Mohd Yusba Asmadi (No. 51, Jalan Ixora 1/13) sebagai AJK Dalaman bagi menggantikan Ustaz Zuki yang telah meletakkan jawatan.
2. Bersetuju untuk bekerjasama dengan penduduk Jalan Ixora 1/13 bagi menganjurkan Pertandingan Futsal Kejiranan Taman Ixora pada 18 Julai 2010.
3. Bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 2 Oktober 2010 (Sabtu) jam 8.30 malam.
4. Persatuan telah membuka satu lagi akaun (Maybank) untuk urusan kewangan persatuan pada 25 Mei 2010.
5. Bersetuju untuk mengadakan program Ihya' Ramadhan dengan memasak bubur lambuk pada hari Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga puasa bertempat di Taska Permata Ixora. Bubur lambuk akan diedarkan kepada semua penduduk Taman Ixora.
6. Setiausaha memaklumkan seramai 62 orang penduduk telah melengkapkan borang penyertaan Takaful Khairat Kematian Taman Ixora.
7. Bersetuju untuk mengadakan Program Kitar Semula di Taman Ixora pada 8 Ogos 2010.
8. Perjumpaan dengan pihak Getrahome mengenai status Surau Balai Islam telah diadakan pada 30 Jun 2010. Pihak Getrahome besetuju untuk menampung 50% daripada kos projek. Anggaran RM100,000 untuk membina surau berkenaan.
9. Bersetuju dengan cadangan projek Dataran Serbaguna sebagai hadiah Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009. 62 % penduduk telah bersetuju dengan cadangan berkenaan selepas borang survey diedarkan kepada penduduk.

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.

Tuesday, July 13, 2010

Keputusan Survey Cadangan Projek Infra Taman Ixora

Sehingga 13 Julai 2010, seramai 69 orang responden/ penduduk telah mengembalikan borang survey yang telah diedarkan kepada semua penduduk Taman Ixora. Berikut adalah keputusan survey berkenaan:-

- 51% menyokong cadangan membina sebuah Dataran Serbaguna di Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Ixora
-36 % menyokong cadangan membina sebuah Gelanggang Futsal di Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Ixora
- 13 % mengemukakan cadangan lain

Berdasarkan kepada keputusan survey berkenaan, majoriti penduduk menyokong cadangan untuk membina sebuah Dataran Serbaguna di Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Ixora. Sehubungan itu Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang dalam masa yang terdekat untuk pertimbangan yang sewajarnya.

Wednesday, June 30, 2010

Sesi Perjumpaan Bersama PPTI dan Getrahome Mengenai Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan sesi pertemuan dengan Getrahome mengenai status pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 30 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Site Office Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha, seorang AJK dan seorang penduduk Taman Ixora. Pihak Getrahome telah diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Pengarah Pembangunan dan Hartanah dan 4 orang wakil daripada kontraktor.

Berikut adalah keputusan yang dibuat semasa perjumpaan berkenaan:
1. Anggaran kos pembinaan surau adalah RM100,000
2. Pihak Getrahome bersetuju untuk menyumbang RM50,000 bagi pembiayaan kos projek
3. Persatuan Penduduk Taman Ixora diminta mengumpulkan dana daripada individu, syarikat korporat dan agensi kerajaan bagi membiayai baki kos projek
4. Tempoh pelaksanaan projek adalah empat (4) bulan dan tarikh jangka siap projek adalah 1 Januari 2011
5. Pelan surau adalah berkonsep terbuka (contohnya di R&R Lebuh Raya Utara Selatan)

Pihak PPTI mengucapkan terima kasih kepada pihak Getrahome yang telah meluangkan masa untuk sesi perjumpaan berkenaan dan memberikan sumbangan untuk membiayai separuh kos projek pembinaan surau di Taman Ixora. Semoga kerjasama yang diberikan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tuesday, June 22, 2010

Borang Survey Cadangan Projek Infra di Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora sedang menjalankan survey bagi mendapatkan maklumbalas daripada penduduk Taman Ixora mengenai cadangan projek infra yang akan dibina di Taman Ixora sebagai hadiah pemenang Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Tahun 2009 anjuran Majlis Perbandaran Sepang. Borang survey berkenaan hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada Setiausaha (No. 119, Jalan Ixora 1/2) atau mana-mana Ahli Jawatankuasa PPTI sebelum atau pada 30 Jun 2010.

Sila klik di sini untuk mendapatkan borang survey berkenaan.

Bersama-sama borang survey berkenaan juga disertakan borang pembaharuan Takaful Khairat Kematian Takaful Ikhlas Taman Ixora. Dimaklumkan tarikh tamat sijil adalah pada 1 Julai 2010. Borang berkenaan juga hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada Setiausaha atau mana-mana Ahli Jawatankuasa PPTI sebelum atau pada 30 Jun 2010. Bayaran adalah RM15.00 setahun bagi sebuah keluarga.

Sila klik di sini untuk mendapatkan borang pembaharuan Takaful Khairat Kematian Takaful Ikhlas Taman Ixora.

Tuesday, June 8, 2010

Takziah Kepada Keluarga En. Abdul Halim Bin Mohd Sharif, Ahli PPTI

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan takziah kepada keluarga En. Abdul Halim Bin Mohd Sharif, No. 31, Jalan Ixora 1/10. En. Abdul Halim telah meninggal dunia di Hospital Serdang pada 7 Jun 2010 jam 3.30 petang kerana serangan angin ahmar. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di kampung kelahiran beliau di Semenyih, Selangor pada 8 Jun 2010.

Kepada ahli persatuan yang ingin memberikan sumbangan kewangan bolehlah berbuat demikian kepada Ahli Jawatankuasa PPTI atau disalurkan terus kepada keluarga beliau.

Semoga Allah S.W.T.menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah.

Tuesday, June 1, 2010

Kelulusan Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora

Jabatan Agama Islam Selangor telah meluluskan permohonan daripada Persatuan Penduduk Taman Ixora untuk membina sebuah surau di Taman Ixora melalui surat Ruj : Bil (10) dlm. JAI. SEL. BPM/01/030/5 bertarikh 3 Mei 2010.

Permohonan yang diluluskan oleh JAIS adalah:-
- Nama Surau - Surau Balai Islam Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor
- Lokasi Tapak - Lot PT 1803, Jalan 66 Mukim Dengkil, 43900 Sepang, Selangor.

Kelulusan pembinaan ini tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh JAIS dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pihak persatuan diminta berurusan dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menentukan arah Kiblat sebelum kerja-kerja pembinaan surau diluluskan.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan syukur Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada semua individu dan pihak yang terlibat sehingga kelulusan pembinaan sebuah surau di Taman Ixora diperolehi. Semoga Allah Subhanahu Wata'Ala memberikan rahmat kepada semua.

Saturday, May 29, 2010

Pembukaan Akaun Maybank Untuk Urusan Kewangan Persatuan

Pada 26 Mei 2010, Persatuan Penduduk Taman Ixora telah membuka satu lagi akaun untuk urusan kewangan persatuan. Akaun yang dibuka adalah:-

Nama Bank : Malayan Banking Berhad
Cawangan : Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
No. Akaun : 555108002197
Nama Akaun : PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA BBST (2008)

Akaun ini juga akan digunakan untuk menerima pembayaran yuran keahlian secara Maybank 2U daripada ahli.

Berikut adalah cara pembayaran secara Bank In ke dalam akaun persatuan:-
1. Menyemak jumlah yuran yang perlu dibayar melalui Penyata Yuran Keahlian yang disediakan di laman blog ini.
2. Lakukan pembayaran menggunakan nombor akaun di atas
3. Emelkan maklumat pembayaran dengan menyatakan
- Nama Penuh
- Nombor Rumah dan No. Jalan
- Tarikh, Masa, No. Rujukan dan Jumlah Bayaran Yang Dibuat
4. Emelkan kepada tamanixora@gmail.com

Resit rasmi akan dikeluarkan kepada ahli setelah persatuan menerima penyata bulanan yang dihantar oleh pihak bank.

Wednesday, May 19, 2010

Takziah Kepada Keluarga En. Abdul Jaafar Bin Abdul Ghany, Ahli PPTI

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan takziah kepada keluarga En. Abdul Jaafar Bin Abdul Ghany, No. 20 Jalan 1/2 kerana cucu beliau yang baru berusia 2 minggu telah meninggal dunia di Hospital Seremban pada 19 Mei 2010. Jenazah telah selamat di sembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Sultan Hisamudin, BB Salak Tinggi.

Terima kasih juga diucapkan semua ahli persatuan dan jiran tetangga yang membantu urusan pengebumian jenazah berkenaan. Majlis bacaan yasin dan tahlil telah diadakan pada malam berkenaan di rumah beliau. Semoga keluarga beliau bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Thursday, May 13, 2010

Majlis Kesyukuran Taman Ixora Sebagai Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan Majlis Kesyukuran sempena pengiktirafan Taman Ixora sebagai Johan Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009 pada butiran berikut:-

Tarikh : 13 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 7.30 Malam
Tempat : Masjid Sultan Hisamudin, BB Salak Tinggi

Aturcara majlis adalah seperti berikut:-
1. Solat Maghrib berjemaah
2. Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran
3. Solat Isyak berjemaah
4. Jamuan

Objektif majlis ini diadakan adalah :-
- Mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmatnya Taman Ixora telah terpilih sebagai Johan Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009.
- Mengajak penduduk Taman Ixora mengimarahkan Masjid Sultan Hisamudin dengan majlis ilmu

Diantara tetamu jemputan yang hadir ke majlis berkenaan adalah:-
1. Timbalan Yang Dipertua MPSp (En. Adailami Bin Mohamad Amin)
2. Ahli Majlis Zon BBST Selatan (En. Titus Gladwyn A/L S.G Gomez)
3. Ahli Majlis Zon BBST Utara (Puan Rohaya Bt Dato' Mohd Shahir)
4. Nazir Masjid Sultan Hisamudin (Ustaz Yusmi Haniff Bin Ariffin)

Alhamdulillah, majlis yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Semoga dengan penganjuran majlis ini penduduk dapat menambahkan lagi semangat kejiranan dan mengeratkan silaturrahim diantara satu sama lain.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Tuesday, May 4, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Pemenang Pertandingan Taman Perumahan Terbaik 2009

Majlis Perbandaran Sepang telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pemenang Pertandingan Taman Perumahan Terbaik 2009 pada butiran berikut:-

Tarikh : 4 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Tempat : Bilik Melur, Majlis Perbandaran Sepang
Pengerusi : Yang Dipertua MPSP, En. Azizan Bin Mohamad Sidin

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh Ahli Majlis BBST Selatan, Tuan Titus Gladwyn A/L Sg Gomez, beberapa orang pegawai daripada MPSp dan wakil daripada Persatuan Penduduk Taman Ixora. Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Pengerusi (Hj. Mohd Noor), Timb. Pengerusi (En. Salihin), Setiausaha (En. Mohd Hasiady), Pen. Setiausaha (En. Zainal) dan 4 orang ahli persatuan.

Diantara agenda mesyuarat adalah:-
1. Ucapan Pengerusi
2. Sesi Perbincangan Cadangan Projek Infra oleh Persatuan Penduduk Taman Ixora
3. Hal-hal Lain
4. Penyerahan "Mock-Up Cheque" Hadiah Taman Perumahan Terbaik 2009
5. Penutup dan Jamuan

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengemukakan cadangan untuk membina gelanggang futsal di Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Ixora. Cadangan ini telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 4/2010. Yang diPertua MPSp menerima cadangan daripada penduduk dan akan memberikan maklumbalas dalam waktu terdekat. Beliau turut memaklumkan kos sebenar untuk membina sebuah gelanggang futsal adalah RM50,000.00. Spesifikasi gelanggang adalah bergetah lembut dan berpagar.

Hal-hal lain turut dikemukakan oleh wakil persatuan. Di antara isu yang dikemukakan adalah:-

1. Pengerusi mengemukakan cadangan penurunan kadar cukai pintu di Taman Ixora. Yang Dipertua akan membawa memorandum cadangan penurunan kadar cukai pintu di dalam mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk dibincangkan.

2. En. Zainal mengemukakan cadangan supaya MPSp membina bonggol dan speed breaker di simpang masuk ke Taman Ixora kerana banyak kejadian kemalangan telah berlaku di simpang berkenaan. Yang diPertua akan mengkaji keperluan cadangan berkenaan dalam waktu terdekat.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sepang kerana memilih Taman Ixora sebagai pemenang Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009. Semoga pengiktirafan yang diberi ini akan menambahkan lagi semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Ixora dengan menjalankan aktiviti kemasyarakatan secara bersama demi kesejahteraan penduduk.

Mesyuarat berakhir pada jam 4.00 petang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, May 2, 2010

Pertandingan Badminton Tertutup Taman Ixora Tahun 2010

Biro Sukan dan Kebudayaan, Persatuan Penduduk Taman Ixora telah berjaya menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Taman Ixora Tahun 2010 pada butiran berikut:-

Tarikh : 2 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi - 3.00 Petang
Tempat : Dewan Serbaguna Kuarters KLIA

Objektif pertandingan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan penduduk Taman Ixora melalui sukan badminton dan meningkatkan lagi semangat kesukanan dikalangan penduduk. Penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk Taman Ixora.

Pertandingan dijalankan secara beregu dan pemilihan pasangan ditentukan sendiri oleh pemain.
Seramai 34 orang pemain (17 regu) telah menyertai pertandingan yang dianjurkan. Kategori permainan adalah Terbuka dan Remaja.

Sila klik di sini untuk melihat senarai penuh pemain.


Hadiah berbentuk Piala Pusingan bagi Johan, Piala Iringan dan Hamper kepada Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Tempat Keempat disediakan kepada pemenang pertandingan.






Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:-

1. KATEGORI TERBUKA

Johan
- Sameri Bin Abdullah dan Mohd Noor Bin Salleh

Naib Johan
- Abd Rashid Bin Abd Malek dan Azrul Bin Idris

Tempat Ketiga
- Hj. Mohd Noor Bin Hj. Said dan Matzis Bin Jusdi

Tempat Keempat
- Salleh Bin Sufian dan Muhamad Faisal Bin Omar

Penentuan Tempat Ketiga dan Tempat Keempat adalah melalui undian.

2. KATEGORI REMAJA

Johan
- Muhammad Asyraf Bin Mohd Noor dan Muhammad Ilyasa Bin Mohd Zaimi

Naib Johan
- Muhammad Hazwan Adli Bin Zainal Abidin dan Arif Al-Hafiz Bin Mohd Anuar

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan syabas dan Tahniah kepada semua pemenang pertandingan.

Hadiah cabutan bertuah turut disediakan kepada pemain.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan syabas dan tahniah kepada Urusetia pertandingan yang telah berjaya menganjurkan pertandingan dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan penganjuran pertandingan ini. InsyaAllah pertandingan ini akan dianjurkan lagi pada tahun hadapan dengan lebih banyak peryertaan daripada penduduk.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Thursday, April 29, 2010

Keputusan Mesyuarat JawatanKuasa PPTI Bil. 4/2010

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan mesyuarat pada 29 April 2010 (Khamis), jam 9.00 malam bertempat di Bilik Kuliah Masjid Sultan Hisamudin dan membuat beberapa keputusan berikut:-

1. Sehingga 28 April 2010, seramai 154 daripada 249 orang ahli (61.8%) telah membayar yuran keahlian bagi tahun 2010. Pengerusi mengingatkan Bendahari dan semua AJK Lorong supaya menggandakan usaha membuat kutipan yuran keahlian bagi tahun 2010.

2. Satu sesi pertemuan dengan Y. Bhg. Dato' Samsudin, Pengerusi Eksekutif Getrahome akan diadakan dalam waktu terdekat untuk membincangkan status pembinaan Balai Islam Taman Ixora. Surat untuk memohon pertemuan telah dihantar pada 27 April 2010.

3. Jawatankuasa bersetuju untuk menempah 20 helai 'vest' untuk dipakai oleh AJK PPTI semasa menganjurkan sebarang aktiviti. Kos akan ditanggung oleh PPTI dan 'vest' berkenaan adalah menjadi hak milik PPTI dan hendaklah dipulangkan kembali sekiranya tidak lagi menjadi AJK PPTI. Peruntukan kewangan sebanyak RM600.00 (anggaran RM30.00 sehelai) telah diluluskan untuk pembelian 'vest' berkenaan.

4. Jawatankuasa bersetuju untuk menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Taman Ixora pada 2 Mei 2010 bertempat di Dewan Badminton Kuarters KLIA.

5. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK dan penduduk Taman Ixora yang telah bekerjasama menjalankan aktiviti kemasyarakatan sehingga Taman Ixora memenangi Tempat Pertama Pertandingan Taman Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2009/2010. Satu majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 4 Mei 2010 (Selasa), jam 3.00 petang bertempat di Majlis Perbandaran Sepang.

6. Jawatankuasa bersetuju untuk mengedarkan Borang Khairat Kematian Masjid Sultan Hisamudin kepada semua penduduk Taman Ixora dan akan dikumpulkan sebelum diserahkan kepada pihak masjid. Kerjasama ketua lorong dipohon untuk mengedarkan borang berkenaan.

7. Jawatankuasa telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM300.00 setahun untuk menampung kos Kelas Pengajian Al-Quran Kaum Ibu Taman Ixora.

8. Bendahari melaporkan kedudukan kewangan persatuan sehingga 28 April 2010 adalah sebanyak RM 7,720 di dalam akaun bank persatuan.

9. Jawatankuasa telah bersetuju dengan projek menaiktaraf gelanggang badminton di Taman Ixora kepada gelanggang Futsal berpagar. Projek ini adalah hadiah bagi Pertandingan Taman Terbaik Daerah Sepang sebanyak RM20,000.

10. Mengucapkan terima kasih kepada pihak MPSp kerana telah memasang 4 bonggol tambahan di Taman Ixora.

11. Permohonan soket alur keluar di taman permainan tidak diluluskan oleh MPSp atas faktor keselamatan.

12. Jawatankuasa bersetuju menerima surat perletakan jawatan AJK Lorong 1/13 (Mohd Zuki Bin Yaakub) dan bersetuju melantik En. Mohd Yusba Asmadi Bin Mat Rahim, No. 51 Jalan 1/13 sebagai AJK Dalaman bagi menggantikan beliau.

13. Jawatankuasa bersetuju untuk menempah banner sebagai hebahan kepada penduduk Taman Ixora kerana Taman Ixora telah memenangi Pertandingan Taman Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2010/2011.

14. Satu majlis kesyukuran dan doa selamat akan diadakan di Masjid Sultan Hisamudin pada 12 Mei 2010 (Rabu), jam 9.00 malam selepas solat isyak berjemaah. Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir.

Mesyuarat berakhir jam 11.40 malam.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Kelas Pengajian Al-Quran Kaum Ibu Taman Ixora

Biro Hal Ehwal Wanita, Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Kelas Pengajian Al Quran untuk kaum ibu Taman Ixora . Sebanyak tiga(3) kelas pengajian telah diadakan iaitu pada 14, 21 dan 28 April 2010 bertempat di Taska Permata Ixora.

Kelas Pengajian Al Quran ini telah dijadikan aktiviti mingguan dan diadakan pada butiran berikut:-

Tarikh : Setiap hari Rabu
Masa : 8.00 malam hingga 10.30 malam
Tempat : Taska Permata Ixora, Jalan 1/2

Semua kaum ibu di Taman Ixora dijemput untuk menghadiri kelas pengajian ini. Kelas ini akan dibimbing oleh ustazah daripada Taman Mawar. Objektif untuk mengadakan kelas pengajian ini adalah untuk memperbetulkan bacaan Al Quran seharian.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, April 25, 2010

Majlis Ramah Mesra Penduduk Lorong 1/12

Pada 24 April 2010 (Sabtu) jam 8.00 malam, penduduk di Lorong 1/12 telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bertempat di Pos Kejiranan Lorong 1/12.

Diantara objektif majlis adalah:-
1. Berkenalan dan bertukar pandangan di antara satu sama lain.
2. Membincangkan hal kewangan untuk mengadakan aktiviti di lorong berkenaan.
3. Memperkenalkan ketua lorong (En. Ismail Bin Amat, No. 24, Jalan 1/12).

Seramai 32 keluarga telah hadir ke majlis berkenaan.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan syabas dan tahniah kepada penduduk lorong 1/12 yang telah hadir mengikuti majlis yang diadakan. Terima kasih diucapkan juga kepada penduduk di lorong 1/12 telah bekerjasama menyediakan juadah makanan dan minuman pada malam itu. Semoga kerjasama yang diberikan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk merapatkan lagi hubungan kejiranan di antara penduduk.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, April 21, 2010

Taman Ixora Memenangi Tempat Pertama Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2009/2010

Alhamdulillah dan Tahniah.

Taman Ixora telah dipilih sebagai pemenang Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2009/2010. Pertandingan ini adalah anjuran Majlis Perbandaran Sepang. Kejayaan ini adalah berkat usaha Persatuan Penduduk Taman Ixora dan semua penduduk Taman Ixora yang telah bekerjasama untuk menjaga kebersihan taman melalui gotong-royong yang telah diadakan dan penganjuran aktiviti-aktiviti untuk faedah penduduk oleh persatuan.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 4 Mei 2010 bertempat di Majlis Perbandaran Sepang. Hadiah untuk tempat pertama adalah berbentuk geran RM20,000.00 untuk membangunkan fasiliti di Taman Ixora bagi kemudahan dan kegunaan penduduk. Bentuk projek yang akan dibangunkan akan dibincangkan untuk faedah bersama.

Persatuan Penduduk Taman Ixora berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Semua ahli persatuan hendaklah memberikan sokongan sepenuhnya kepada Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan menjelaskan yuran keahlian dan mengikuti semua program atau aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. InsyaAllah semoga usaha yang kita lakukan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.

Sunday, April 18, 2010

Gangguan Bekalan Air di Taman Ixora

SYABAS sedang giat menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan kualiti air yang dibekalkan ke premis tuan/puan, salah satunya adalah kerja-kerja pencucian paip agihan. Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pencucian paip agihan tersebut akan dijalankan di Taman Ixora dan gangguan bekalan air akan berlaku. Butiran gangguan adalah seperti berikut:-

Tarikh : 21 April 2010 (Rabu)
Waktu Gangguan Terlibat : 10.00 Pagi - 7.00 Malam

Perhatian kepada penduduk:-
1. Sila tutup injap masuk (stopcock) sebelum meter, semasa gangguan tersebut untuk mengelakkan kemungkinan mendapan dalam sistem paip retikulasi masuk ke sistem paip perkhidmatan di rumah tuan/puan.
2. Sila pastikan tiada kenderaan atau objek lain diletakkan berhampiran dengan pili bomba, injap dan pepasangan milik SYABAS sebelum dan semasa kerja-kerja pencucian paip dijalankan.
3. Adalah diharap pihak tuan dapat menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan semasa gangguan bekalan air tersebut.
4. Selepas kerja-kerja pencucian paip dijalankan, pihak tuan/puan dinasihatkan membuka pili paip di sinki dapur atau pili yang disambungkan terus dari meter sejurus selepas injap masuk dibuka selama 30-60 saat untuk membuang mendapan yang mungkin berada di paip komunikasi disebabkan kerja-kerja pencucian paip tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi PUSPEL CENTER 1-800-88-5252. Segala kesulitan amatlah dikesali oleh pihak SYABAS.

Tuesday, April 13, 2010

Pembinaan Bonggol Fasa 2 di Taman Ixora

Pada 13 April 2010 (Selasa), kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang telah membina 4 buah bonggol di Taman Ixora. Lokasi pemasangan bonggol berkenaan adalah :-
- Dua(2) bonggol di Jalan Ixora 1/1
- Dua(2) bonggol di Jalan Ixora 1/2

Permohonan pembinaan bonggol Fasa 2 di Taman Ixora telah dibuat oleh Persatuan Penduduk Taman Ixora melalui surat bertarikh 23 Februari 2010 kepada MPSp. Sebanyak tujuh (7) buah bonggol telah dipohon untuk dibina. Walaubagaimanapun pihak MPSp hanya meluluskan pembinaan empat (4) bonggol sahaja.

Pihak Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada MPSp yang begitu perihatin dengan masalah penduduk dan meluluskan peruntukan untuk membina bonggol di Taman Ixora bagi memperlahankan kenderaan demi keselamatan kanak-kanak di Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat lokasi pemasangan bonggol berkenaan.

Wednesday, April 7, 2010

Kelulusan Penetapan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Daerah Sepang, Selangor menjadi Kawasan Rukun Tetangga di bawah Peraturan 5A, Peraturan-Peratuan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 bertarikh 23 Februari 2010. Surat kelulusan diperolehi daripada Pejabat Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Daerah Sepang bertarikh 30 Mac 2010 diterima pada 5 Apr 2010. Punca kelewatan adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Daerah Sepang.

Sehubungan dengan itu satu perjumpaan dan mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Penaja akan diadakan dalam waktu terdekat.

Persatuan Penduduk Taman Ixora berharap agar semua penduduk Taman Ixora menyokong penubuhan KRT ini dan memberikan kerjasama terhadap semua aktiviti yang akan dirancangkan.

Sunday, April 4, 2010

Ceramah Maulidur Rasul 1431H Anjuran PPTI

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan program Ceramah Maulidur Rasul 1431H pada butiran berikut:-

Tarikh : 4 April 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Taman Permainan Kanak-kanak Taman Ixora
Tajuk Ceramah : Rasulullah S.A.W. Pemangkin Kejiranan Ummah
Penceramah : Ustaz Ashraf Bin Hj. Ismail, Pensyarah UKM

Alhamdulillah program tersebut telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Program berkenaan turut diserikan dengan nyanyian nasyid di bawah pimpinan Ustaz Rahim.

Puan Rohaya Bt Dato' Mohd Shahir, Ahli Majlis Bandar Baru Salak Tinggi Zon Utara turut hadir ke program berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada MPSp kerana telah memberikan sumbangan penyediaan makanan, minuman dan khemah semasa program dianjurkan.

Pihak Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program yang telah dianjurkan ini.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Thursday, April 1, 2010

Lagi Insiden Kemalangan di Simpang Tiga Taman Ixora

Pada 1 April 2010 (Khamis), jam 5.30 petang berlaku satu lagi insiden kemalangan di simpang tiga Taman Ixora. Kemalangan berkenaan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Toyota Innova, Honda Prelude dan Proton Wira. Salah seorang penduduk Taman Ixora yang memandu Proton Wira terlibat dalam insiden kemalangan berkenaan. Alhamdulillah tiada kecederaan serius dilaporkan berlaku kepada semua pemandu yang terlibat.

Walaupun aduan dan laporan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Sepang, tiada sebarang tindakan susulan yang diambil untuk menangani kejadian kemalangan di simpang tiga berbahaya ini. Walaupun pihak MPSp mengambil tindakan mencantas pokok bunga hiasan dalam jarak 30 meter di kiri dan kanan pembahagi jalan di simpang tersebut pada bulan lepas, adalah didapati pokok berkenaan telah kembali tumbuh dan menghalang jarak penglihatan.

Berikut adalah maklumat aduan yang telah dibuat oleh Persatuan Penduduk Taman Ixora selepas kejadian kemalangan pada 4 Feb 2010 :-
1. Tarikh 5 Feb 2010, No. Siri Aduan 8068, aduan dibuat melalui Sistem e-Aduan MPSp.
2. Tarikh 6 Feb 2010, No. Siri Aduan 1395, aduan dibuat semasa Hari Bertemu Pelanggan MPSp di Taman Dahlia.
3. Tarikh 11 Feb 2010, Laporan satu muka surat penuh akhbar Sinar Harian mengenai halangan landskap dan insiden kemalangan di simpang berkenaan.

Berikut adalah maklumbalas yang diterima daripada MPSp;
1. Tarikh 23 Mac 2010, Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Utama BBST dan Taman Ixora masih dalam kajian. Buat masa ini, keperluan pemasangan tersebut adalah tidak perlu jika dilihat dari aspek aliran trafik. Justeru itu, pepasangan tersebut tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengarah Kejuruteraan MPSp En. Zulkefli Bin Mohamed Arif ditalian 03-83190200 Ext: 232.

Persatuan Penduduk Taman Ixora amatlah berharap agar disegerakan pembinaan lampu isyarat disimpang berkenaan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi pada masa hadapan. Pihak Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya hendaklah mengambil tindakan yang serius bagi menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk yang menggunakan simpang berkenaan setiap hari.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Tuesday, March 30, 2010

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 3/2010

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan mesyuarat pada 29 Mac 2010, jam 9.30 malam dan membuat beberapa keputusan berikut:-

1. Bersetuju untuk menganjurkan program Ceramah Maulidur Rasul 1431H pada 4 April 2010 (Ahad), jam 8.30 malam bertempat di Taman Permainan Kanak-kanak Taman Ixora.

2. Pelantikan AJK biro bagi sesi 2010/2011.

a. Biro Agama
- En. Mohd Salihin Bin Jelani (Ketua)
- En. Amirudean Bin Zid

b. Biro Kebajikan
- En. Razali Bin Dali (Ketua)
- En. Azraf Bin Azman
- En. Zulkefly Bin Sukor

c. Biro Sukan dan Kebudayaan
- En. Salleh Bin Sufian (Ketua)
- En. Muhamad Faisal Bin Omar

d. Biro Pendidikan
- En. Ismail Bin Amat (Ketua)
- Ustaz Zuki Bin Yaakub
- En. Ahmad Kamil Bin Zailani

e. Biro Hal Ehwal Wanita
- Puan Noraini Bt Saadun (Ketua)

f. Biro Keselamatan
- En. Zainal Abidin Bin Ahmad (Ketua)
- En. Abd Rashid Bin Abd Malek

g. Biro Ekonomi
- En. Kamarual Rasidi Bin Abdul Rashid (Ketua)
- En. Mohd Zaimi Bin Kasim
- En. Ismail Bin Muit

3. Jawatankuasa bersetuju untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa PPTI pada hari Ahad (9.00 malam), minggu kedua setiap bulan.
4. Jawatankuasa bersetuju untuk menempah baju korporat dan vest yang mempunyai logo PPTI dan akan dipakai oleh AJK pada setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PPTI.
5. Bersetuju untuk meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM15.00 bagi mengadakan jamuan ringan selepas setiap kali mesyuarat jawatankuasa.
6. Surat permohonan pembinaan bonggol Fasa 2 di Taman Ixora telah dihantar kepada MPSp pada 23 Feb 2010.
7. Surat rayuan permohonan kemudahan plug di Taman Permainan Kanak-kanak untuk kegunaan persatuan menganjurkan aktiviti telah dihantar kepada MPSp pada 23 Feb 2010.
8. Salinan permohonan pengurangan cukai pintu yang dihantar kepada Exco Ronnie Liu telah dihantar kepada Ahli Majlis BBST Selatan pada 23 Feb 2010 untuk follow up.
9. Satu sesi pertemuan dengan pemaju (Dato' Samsudin) akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan status pembinaan balai islam di Taman Ixora.

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.

Monday, March 8, 2010

Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) di Laman Facebook

Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) menjemput semua ahli persatuan untuk berkongsi maklumat dan informasi di Laman Facebook mulai 9 Mac 2010. Selamat Berkomuniti.

Friday, March 5, 2010

Mesyuarat Agung PPTI Kali Ketiga

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ketiga pada butiran berikut:-

Tarikh : 7 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 9.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat : Dewan Kuliah Masjid Sultan Hisamudin BBST

Seramai 59 orang ahli telah menghadiri mesyuarat ini.

Diantara agenda mesyuarat adalah:-
1. Ucapan perasmian oleh Puan Rohaya Bt Dato' Mohd Shahir, Ahli Majlis BB Salak Tinggi Zon Utara
2. Membentang dan mengesah Minit Mesyuarat Agung Kali Kedua 3. Membentang Laporan Aktiviti PPTI Tahun 2009
4. Membentang Laporan Kewangan PPTI Tahun 2009
5. Perbincangan cadangan usul daripada ahli
6. Pemilihan AJK sesi 2010/2011

Pada majlis itu juga, Puan Rohaya telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua AJK bagi sesi 2008/2009. PPTI mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan mendoakan semoga sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang menjalankan amanah dirahmati oleh Allah.

Senarai Jawatankuasa Sesi 2010/2011

Pengerusi : Hj. Mohd Noor Bin Hj. Said
Timb. Pengerusi : Mohd Salihin Bin Jelani
Setiausaha : Mohd Hasiady Bin Yasin
Pen. Setiausaha : Zainal Abidin Bin Ahmad
Bendahari : Hj. Ismail Bin Muit

AJK :
1. Ahmad Kamil Bin Zailani
2. Azraf Bin Azman
3. Zulkefly Bin Sukor
4. Abd. Rashid Bin Abd. Malek
5. Hj. Amirudean Bin Zid
6. Salleh Bin Sufian
7. Noraini Bt Saadun
8. Ismail Bin Amat
9. Mohd Zuki Bin Yaakub
10. Kamarual Rasidi Bin Abdul Rashid
11. Mohd Zaimi Bin Kasim

Pemeriksa Kira-Kira :
1. Muhamad Faisal Bin Omar
2. Razali Bin Dali

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2010/2011 dan mendoakan semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya. InsyaAllah.

Beberapa kaunter turut dibuka semasa mesyuarat diadakan:-
1. Kaunter Pendaftaran Ahli Baru
2. Kaunter Semakan dan Pembayaran Yuran Keahlian
3. Kaunter Pembukaan Akaun Tabung Haji oleh Lembaga Tabung Haji Cawangan Putrajaya
4. Kaunter Takaful Ikhlas

Cenderahati turut disediakan kepada ahli yang hadir.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Thursday, March 4, 2010

Pembelian Set PA System Untuk Kegunaan Persatuan


Pada 4 Mac 2010 (Selasa) jam 12.00 tengahari, PPTI telah diwakili oleh beberapa orang ahli telah membeli set PA System untuk kegunaan persatuan. Kos peralatan berkenaan adalah RM560.00 termasuk Mic dan Speaker Wire (20 Meter).

Pembelian peralatan berkenaan dibuat setelah membuat perbandingan di beberapa kedai audio di Bandar Baru Salak Tinggi dan Nilai. Pada pendapat PPTI, berdasarkan kepada peruntukan kewangan yang ada pada masa sekarang, set peralatan ini sudah memadai untuk digunakan semasa menjalankan aktiviti PPTI. Set ini akan dirasmikan semasa Mesyuarat Agung Kali Ke-3 PPTI pada 7 Mac 2010 bertempat di Dewan Kuliah Masjid Sultan Hisamudin.

Pembelian set peralatan ini telah dipersetujui oleh semua ahli PPTI semasa Mesyuarat Agung Kali Ke-2 PPTI pada 1 Mac 2009 yang lalu. Ianya turut dipersetujui oleh semua AJK dengan harga yang berpatutan. Memandangkan kos untuk meminjam peralatan berkenaan di antara RM100 - RM300 bagi sesuatu aktiviti, pembelian peralatan berkenaan dapat menjimatkan perbelanjaan PPTI. PPTI juga mencadangkan agar peralatan berkenaan disewakan kepada ahli yang memerlukan dengan harga yang berpatutan. Ini sekaligus dapat menjana kewangan persatuan.

PPTI Ziarah Ahli Yang Diserang Angin Ahmar

Pada 4 Mac 2010 (Khamis) jam 10.30 pagi, PPTI diwakili oleh Setiausaha, Pen. Setiausaha dan seorang ahli telah menziarahi En. Ghazali Bin Yunus (No. 6, Jalan Ixora 1/4). Beliau telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 25 Feb 2010 (Khamis) kerana diserang angin ahmar. Setelah mendapat rawatan di Hospital Putrajaya beliau telah dibenarkan keluar dan dinasihatkan oleh doktor supaya berehat di rumah.

Beliau terkenal sebagai tukang masak bubur lambuk yang paling sedap di Taman Ixora dan kawasan sekitar Bandar Baru Salak Tinggi. Berdasarkan penjelasan daripada beliau, penyakit yang telah dikenalpasti oleh doktor adalah tekanan darah tinggi dan kencing manis. Beliau turut melakukan fisioterapi di rumah dan melakukan urutan badan dengan tukang urut berpengalaman disamping ubatan yang dibekalkan oleh hospital. Alhamdulillah keadaan kesihatan beliau semakin pulih.

Semua ahli persatuan mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa. Kepada ahli yang berkelapangan bolehlah melawat beliau di rumah.

Monday, March 1, 2010

Sesi Pertemuan Dengan Orang Besar Daerah Sepang

Pada 1 Mac 2010 (Isnin) jam 4.30 petang, Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan pertemuan dengan Y.D.M. Prof. Tengku Dato' Dr. Jamaluddin Bin Tengku Mahmud Shah Al Haj, Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang bagi membincangkan permohonan untuk membina surau di Taman Ixora. Sesi pertemuan berkenaan telah diadakan di Pejabat Orang Besar Daerah Sepang, Bangunan Tun Aziz, BB Salak Tinggi dan PPTI telah diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha.

Hasil daripada pertemuan berkenaan, Pak Engku tidak menyokong cadangan untuk membina surau di Taman Ixora kerana tapak surau adalah berdekatan dengan masjid (dalam jarak 2km). Walaubagaimanapun beliau bersetuju dan menyokong penuh cadangan untuk membina sebuah Balai Islam di tapak berkenaan untuk kemudahan penduduk menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Persatuan Penduduk Taman Ixora merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Pak Engku untuk berjumpa dengan wakil PPTI dan menyokong cadangan membina Balai Islam di Taman Ixora. InsyaAllah proses untuk membina Balai Islam di tapak berkenaan akan dimulakan sedikit masa lagi.

Sesi pertemuan berakhir jam 5.30 petang.

Sunday, February 28, 2010

PPTI Ziarah Ahli Yang Menjalani Pembedahan

Pada 27 Februari 2010 (Sabtu) jam 10.30 malam, PPTI diwakili oleh Setiausaha dan beberapa orang ahli di Jalan Ixora 1/11 telah mengadakan sesi ziarah ke rumah En. Ab Halim Bin Hasan (No. 28, Jalan Ixora 1/11). Dimaklumkan beliau telah selamat menjalani satu pembedahan membuang appendiks pada 26 Februari 2010 di Hospital Columbia, Seremban. Beliau telah diberikan cuti sakit selama 3 minggu oleh doktor dan dinasihatkan supaya berehat di rumah dan tidak melakukan kerja-kerja yang berat.

Pihak persatuan mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Kepada ahli yang berkelapangan bolehlah menziarahi beliau di rumah.

Tuesday, February 23, 2010

Lawatan Panel Penilai Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2009

Pada 23 Februari 2010 (Selasa) jam 10.30 pagi, pasukan Panel Penilai Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2009 telah melakukan lawatan dan membuat penilaian di Taman Ixora. Pasukan panel berkenaan melakukan lawatan dengan menaiki sebuah bas Majlis Perbandaran Sepang.

Salah seorang daripada panel penilai pertandingan berkenaan adalah wakil daripada penduduk Taman Desa Makmur yang telah menjadi Johan Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2008.

Diantara tinjauan atau penilaian yang dibuat ialah:-
1. Melawat kawasan sekitar dan menilai kebersihan Taman Permainan Kanak-kanak di Jalan Ixora 1/9
2. Menemuramah penduduk di rumah No. 36 dan No. 38 Jalan Ixora 1/9
3. Menemuramah penduduk di rumah No. 57 Jalan Ixora 1/2
4. Menemuramah Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Ixora

Setiausaha PPTI telah memberikan sedikit penerangan mengenai PPTI, aktiviti yang telah dijalankan oleh penduduk dan laman blog persatuan. Setiausaha telah memberikan 2 naskah Buletin Ixora kepada pasukan penilai berkenaan sebagai rujukan aktiviti yang telah dijalankan oleh penduduk sepanjang tahun 2009.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang telah memberikan kerjasama semasa sesi lawatan berkenaan dijalankan. Terima kasih juga diucapkan kepada pasukan penilai daripada Majlis Perbandaran Sepang yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

Sesi lawatan berakhir jam 11.15 pagi.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, February 10, 2010

Kerja-kerja Mencantas Pokok Di Simpang Masuk Taman Ixora

Pada 9 dan 10 Februari 2010, kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang telah mencantas pokok hiasan di kiri dan kanan pembahagi jalan simpang masuk ke Taman Ixora. Ini adalah tindakan susulan daripada aduan yang dikemukakan oleh persatuan pada 6 Februari 2010 selepas terjadinya insiden kemalangan disimpang berkenaan kerana jarak penglihatan dihalang oleh pokok hiasan berkenaan.

Walaubagaimanapun pihak persatuan memohon sekali lagi supaya jarak pokok yang dicantas adalah 100 meter kiri dan kanan pembahagi jalan disimpang berkenaan. Semoga tindakan mencantas pokok ini dilakukan dari semasa ke semasa tanpa menunggu aduan daripada penduduk terlebih dahulu. Cadangan menanam rumput hiasan di pembahagi jalan simpang berkenaan adalah lebih praktikal.

Pihak Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan pihak Majlis Perbandaran Sepang menyelesaikan aduan yang dikemukakan oleh penduduk. Semoga kerjasama yang diberikan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.