Thursday, February 4, 2010

Lagi Insiden Kemalangan di Simpang Tiga Taman Ixora

Pada 4 Februari 2010 (Khamis), jam 2.40 petang satu insiden kemalangan telah berlaku di simpang tiga Taman Ixora yang melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Toyota Unser, Ford Ranger dan Myvi. Seorang penduduk Taman Ixora yang memandu Toyota Unser telah terlibat dalam insiden kemalangan berkenaan. Alhamdulillah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Adalah didapati simpang berkenaan merbahaya kepada kenderaan yang keluar masuk Taman Ixora. Pengguna terpaksa memerhatikan kiri dan kanan dengan teliti sebelum melintas. Penglihatan adalah terbatas kerana dihalang oleh landskap (pokok bunga hiasan di pembahagi kiri dan kanan jalan).

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengemukakan aduan rasmi kepada Majlis Perbandaran Sepang mengenai simpang berkenaan pada 16 September 2009. Pihak MPSp telah mengambil tindakan dengan mencatas sebahagian pokok hiasan yang dalam jarak 50 meter dari simpang berkenaan.

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengemukakan sekali lagi aduan rasmi kepada pihak MPSp semasa Program Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada 6 Februari 2010 (Sabtu), jam 11.00 pagi bertempat di Taman Dahlia. Aduan yang dikemukakan adalah untuk mempertimbangkan beberapa cadangan daripada penduduk iaitu:-
1. Membuang pokok bunga hiasan di pembahagi jalan sepanjang 100 meter di kiri dan kanan simpang jalan berkenaan.
2. Memasang lintasan belang bagi jarak 100 meter di kiri dan kanan simpang berkenaan bagi tujuan memperlahankan kenderaan yang menghampiri simpang berkenaan.
3. Membina bonggol di jalan utama berhampiran simpang berkenaan untuk memperlahankan kenderaan.
4. Memasang lampu isyarat di persimpangan jalan berkenaan.

Aduan berkenaan telah mendapat maklumbalas daripada pegawai Jabatan Lanskap dan Jabatan Kejuteraan. Berikut adalah maklumlabas berkenaan:-
1. Kerja-kerja membuang pokok akan dilakukan selewat-lewatnya 12 Februari 2010 (Jumaat) dalam jarak 100 meter kiri dan kanan jalan.
2. Cadangan bonggol tidak sesuai dibuat kerana membahayakan kenderaan yang melalui jalan utama.
3. Ketebalan Speed Breaker yang dipasang di laluan utama akan dipastikan mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya.
4. Cadangan mewujudkan lampu isyarat disimpang berkenaan sedang dikaji kesesuaiannya. Sekiranya bersesuaian, lampu isyarat akan dipasang penghujung tahun ini.

Sila klik di sini untuk melihat lampiran borang aduan berkenaan.

Simpang tiga berkenaan menjadi sibuk pada waktu puncak dari jam 7.00 - 8.00 pagi dan 5.30 - 6.30 petang terutama apabila penduduk dari Taman Seroja, Dahlia dan Mawar menggunakan simpang berkenaan untuk mengikuti jalan pintas ke KLIA/ Putrajaya. Dimaklumkan simpang tiga ke KLIA/ Putrajaya (berhampiran pejabat lama MPSp) dan laluan masuk ke Setor GIANT telah dibuka kepada lalulintas pada 10 Januari 2010.

Penduduk Taman Ixora amat berharap aduan ini mendapat tindakan yang segera daripada pihak MPSp bagi mengelakkan kejadian yang tidak dingini ini berulang lagi pada masa akan datang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

14 comments:

  1. Simpati dengan penduduk TI yang terlibat kemalangan di simpang ni. Nampaknya dah jadi main road pula laluan masuk ke taman ini yer pagi dan petang sesak kat jalan yang kecil tu.

    Kalau boleh minta sekali MP Sepang tambah bump kat simpang utama tu kiri dan kanan bagi slowkan kenderaan. Lintasan belang tu lambat laun akan hilang catnyer..

    ReplyDelete
  2. Saya menyokong mana-mana cadangan yang di utarakan... Tindakan awal amat penting untuk mengelakkan kejadian sama berulang. Terima kasih pada pihak yang berusaha.. 017

    ReplyDelete
  3. tu blom kira jln kat belakang tu yg berdekatan dgn jab haiwan kat belakang tu...
    sibuk gak jln tu sampai ke malam.
    keta yg keluar masuk ikut jln belakang tu bukan main kedekut dan malas sekali nak bagi signal lampu kiri ke kanan ker... macam tak tau jln tu boleh ke kiri ke kanan!!! keta besar akai ada ka???

    ReplyDelete
  4. jgn komplain di sini.ada e-aduan atau datang esok 6hb feb ada hari bertemu pelanggan di taman dahlia dgn MPSepang.datang beramai2

    ReplyDelete
  5. saya sokong buat bonggol kat simpang tu... kalau nak lebih adil, SU boleh laa buat vote, kaedah camner yg semua penduduk gemari... dah lama sangat dan macam2 kes kemalangan kita tgk kat simpang tu dah... takan nak tunggu sampai ada yg dah mati baru nak buat!!! dah laa awek smlm yg accident tu cun... hangin satu badan aku!!!

    ReplyDelete
  6. betul laa, cun tu awek semalam... ada no. h/p tak? nak berkenalan laaa... duduk lorong berapa die?

    ReplyDelete
  7. kenderaan yg dtg dari arah jbtn haiwan sepatutnya memberi laluan kepada kenderaan dari taman ixora kerana mereka tidak berada di jalan utama (jalan tidak di gazette)..begitu juga dari arah jalan besar menuju ke jbtn haiwan..walaupun jalan mereka ialah jalan lurus..

    ReplyDelete
  8. sama-sama kena tengok. bukan masalah beri laluan atau tidak. biar lambat asalkan selamat. tak kemana pun kalau cepat seminit dua

    ReplyDelete
  9. masalahnya mereka yg nak cepat! kita penduduk ixora plak yg beri laluan! cepat stu hal..bawak laju satu hal lagi..tapi x semua..kebanyakannya mmg jenis bwk laju..keta kecik, tapi mcm pelesit! tu yg risau..masing2 nak cepat!

    ReplyDelete
  10. Saya perhatikan kereta2 yang lalu simpang tu tak lah lagu sangat cepat jalan sempit dan tidak rata. okey la kami dari taman sekitar akan beri laluan istimewa pada saudara kami di taman ixora. terima kasih atas tumpangan jalan tersebut. yang pastinya hidupkan semangat ceria dikalangan taman ixora, dahlia mawar dan lainnya.

    ReplyDelete
  11. oppss lupa. taman seroja juga. sori tertinggal kawasan taman berdekatan. saya kat dahlia

    ReplyDelete
  12. kat ixora pun ada gak yg memandu secara x berhemah..tapi x pasti org luar atau org ixora..anak saya pun hampir kena langgar!! ada ke patut bawak keta laju2, tak nampak ke budak2 main2..

    ReplyDelete
  13. Org m'sia nie mmg mcm tu klu bawa keta.. semua nk cepat.. tgk jer kat trafik light lampu merah pon main bedal jer. klu dh xcident baru lah sedar..

    ReplyDelete
  14. sama juga kat dahlia. risau budak sekolah SMBBST bawa moto bukan main laju depan umah. Kul 6.30 ptg kami larang anak kami main kat luar umah. Takut juga beb. yang matang bapa2 dan ibu2 tengok tengok la bila memandu di kawasan perumahan . semua orang sayang anak kan.

    ReplyDelete