Tuesday, February 23, 2010

Lawatan Panel Penilai Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2009

Pada 23 Februari 2010 (Selasa) jam 10.30 pagi, pasukan Panel Penilai Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2009 telah melakukan lawatan dan membuat penilaian di Taman Ixora. Pasukan panel berkenaan melakukan lawatan dengan menaiki sebuah bas Majlis Perbandaran Sepang.

Salah seorang daripada panel penilai pertandingan berkenaan adalah wakil daripada penduduk Taman Desa Makmur yang telah menjadi Johan Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2008.

Diantara tinjauan atau penilaian yang dibuat ialah:-
1. Melawat kawasan sekitar dan menilai kebersihan Taman Permainan Kanak-kanak di Jalan Ixora 1/9
2. Menemuramah penduduk di rumah No. 36 dan No. 38 Jalan Ixora 1/9
3. Menemuramah penduduk di rumah No. 57 Jalan Ixora 1/2
4. Menemuramah Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Ixora

Setiausaha PPTI telah memberikan sedikit penerangan mengenai PPTI, aktiviti yang telah dijalankan oleh penduduk dan laman blog persatuan. Setiausaha telah memberikan 2 naskah Buletin Ixora kepada pasukan penilai berkenaan sebagai rujukan aktiviti yang telah dijalankan oleh penduduk sepanjang tahun 2009.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang telah memberikan kerjasama semasa sesi lawatan berkenaan dijalankan. Terima kasih juga diucapkan kepada pasukan penilai daripada Majlis Perbandaran Sepang yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

Sesi lawatan berakhir jam 11.15 pagi.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

5 comments:

  1. Salam warga Ixora yang dihormati,

    Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar... Minta sahabat2 jiran yang lain tolong doa2kan... moga2 tahun ni kita dapat menggondol hadiah Taman Terbaik.. Insya allah, Amin....

    Jiran Prihatin,
    Pak Lang

    ReplyDelete
  2. Salam semua,

    Saya juga berkeyakinan TI ada peluang meraih kemenangan pada tahun ini memandangkan ada usaha beberapa kerat warga TI untuk mencapai impian ini.
    Sebagai contohnya:
    Gotong royong yang berlangsung tak beberapa minggu yang lalu tapi masalah nya berapa kerat jer yang nak "aware" kegiatan ini.
    Begitu jugalah yang di alami oleh kegiatan2 lain yang dijalankan juga mengalami nasib yang serupa samada bepersatuan,kesukanan ataupun kawalan kejiranan di waktu malam.
    Bagi sayalah kalau menang pun hanya puak2 yang melibatkan diri dengan kegiatan2 yang berlaku di TI yang tak berapa kerat ni jerlah yang saya rasa berbaloi dengan kemenangan itu.
    Yang tak melibatkan diri tu seperti biasa seperti dedalu yang suka menumpang perumah yang tak memberi faedah pun pada si perumah.

    fikir-fikirkan lah,

    Wang Prachart

    ReplyDelete
  3. Salam warga Ixora yg dihormati,

    Pak Lang nak betulkan sikit apa yang telah diperkatakan oleh Wang Prachart ni... Pada Hemat Pak Lang, boleh dikatakan keseluruhan aktiviti yang dianjurkan PPTI mendapat sambutan ahli2 nya.. cuma segelintir je yang "tak berapa" nak join.. yang tu pon semua memang org yg sama, ntah2 bukan ahli persatuan pon.. kita sebagai orang yg bersikap terbuka terima je laa mereka seadanya atas sifat kejiranan.. mungkin mereka ada hal2 penting pada waktu itu.. berfikiran positif je laa dan kalau boleh cuba tarik mereka utk menyertai persatuan kita ini...

    bak kata omputih, THE MORE THE MERRIER...

    Wassalam,

    Pak Lang

    ReplyDelete
  4. Askum.....
    Wang Prachartnya komen tu pon ada botol jugak dan gitu gak kata Pak Lang tu ada betul gamaknya.tapi bagi mike yang tak mahu bercampur langsung tu tak semangat kejiranan.Sebebal2 lembu 2pon kalau ditarik talinya pon nak ikut macam peristiwa hitam semasa "Hari Raya Korban"yang lalu.betul tak Pak Lang.

    wassalam

    Pak Long

    ReplyDelete
  5. wang prachart sama paklong, kalau buat kerja amal biarlah ikhlas jgn nak mengata plak. nanti tak dapat apa apa pon, cuma pnat jer.
    cubalah berpikiran positif dan pandang ke depan.
    jiran jiran yang tak join aktiviti tu mungkin terlepas pandang atau tak di maklumkan. maklumlah ader yang kerja syif pagi petang dan malam . tak gitu
    sama pikirkan .......

    budak sekolah...

    ReplyDelete