Monday, March 1, 2010

Sesi Pertemuan Dengan Orang Besar Daerah Sepang

Pada 1 Mac 2010 (Isnin) jam 4.30 petang, Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan pertemuan dengan Y.D.M. Prof. Tengku Dato' Dr. Jamaluddin Bin Tengku Mahmud Shah Al Haj, Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang bagi membincangkan permohonan untuk membina surau di Taman Ixora. Sesi pertemuan berkenaan telah diadakan di Pejabat Orang Besar Daerah Sepang, Bangunan Tun Aziz, BB Salak Tinggi dan PPTI telah diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha.

Hasil daripada pertemuan berkenaan, Pak Engku tidak menyokong cadangan untuk membina surau di Taman Ixora kerana tapak surau adalah berdekatan dengan masjid (dalam jarak 2km). Walaubagaimanapun beliau bersetuju dan menyokong penuh cadangan untuk membina sebuah Balai Islam di tapak berkenaan untuk kemudahan penduduk menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Persatuan Penduduk Taman Ixora merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Pak Engku untuk berjumpa dengan wakil PPTI dan menyokong cadangan membina Balai Islam di Taman Ixora. InsyaAllah proses untuk membina Balai Islam di tapak berkenaan akan dimulakan sedikit masa lagi.

Sesi pertemuan berakhir jam 5.30 petang.

1 comment:

  1. Alhamdulillah, termakbul jugak...

    Tak dapat surau pon takpe, balai islam pon dah kira ok laa tu... tahniah AJK PPTI yg berusaha keras selama ini... Kami bangga menjadi sebahagian dari penduduk Ixora...

    Pak Lang

    ReplyDelete