Thursday, April 1, 2010

Lagi Insiden Kemalangan di Simpang Tiga Taman Ixora

Pada 1 April 2010 (Khamis), jam 5.30 petang berlaku satu lagi insiden kemalangan di simpang tiga Taman Ixora. Kemalangan berkenaan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Toyota Innova, Honda Prelude dan Proton Wira. Salah seorang penduduk Taman Ixora yang memandu Proton Wira terlibat dalam insiden kemalangan berkenaan. Alhamdulillah tiada kecederaan serius dilaporkan berlaku kepada semua pemandu yang terlibat.

Walaupun aduan dan laporan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Sepang, tiada sebarang tindakan susulan yang diambil untuk menangani kejadian kemalangan di simpang tiga berbahaya ini. Walaupun pihak MPSp mengambil tindakan mencantas pokok bunga hiasan dalam jarak 30 meter di kiri dan kanan pembahagi jalan di simpang tersebut pada bulan lepas, adalah didapati pokok berkenaan telah kembali tumbuh dan menghalang jarak penglihatan.

Berikut adalah maklumat aduan yang telah dibuat oleh Persatuan Penduduk Taman Ixora selepas kejadian kemalangan pada 4 Feb 2010 :-
1. Tarikh 5 Feb 2010, No. Siri Aduan 8068, aduan dibuat melalui Sistem e-Aduan MPSp.
2. Tarikh 6 Feb 2010, No. Siri Aduan 1395, aduan dibuat semasa Hari Bertemu Pelanggan MPSp di Taman Dahlia.
3. Tarikh 11 Feb 2010, Laporan satu muka surat penuh akhbar Sinar Harian mengenai halangan landskap dan insiden kemalangan di simpang berkenaan.

Berikut adalah maklumbalas yang diterima daripada MPSp;
1. Tarikh 23 Mac 2010, Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Utama BBST dan Taman Ixora masih dalam kajian. Buat masa ini, keperluan pemasangan tersebut adalah tidak perlu jika dilihat dari aspek aliran trafik. Justeru itu, pepasangan tersebut tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengarah Kejuruteraan MPSp En. Zulkefli Bin Mohamed Arif ditalian 03-83190200 Ext: 232.

Persatuan Penduduk Taman Ixora amatlah berharap agar disegerakan pembinaan lampu isyarat disimpang berkenaan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi pada masa hadapan. Pihak Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya hendaklah mengambil tindakan yang serius bagi menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk yang menggunakan simpang berkenaan setiap hari.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

16 comments:

  1. Kemalangan lagi...MPSepang perlu ambil tindakan segera!!..aliran trafik kan semakin bertambah dah jadi jalan utama ke KLIA/Putrajaya di simpang Taman Ixora ni. Jangan la dah sampai ada kehilangan nyawa baru nak ambil tindakan pasang trafik light. Entah la sekadar pandangan..wallahualam.

    ReplyDelete
  2. majlis perbandaran sepang nak tunggu ada yang mati kut?
    mungkin isteri dan anak depa tak lalu simpang tu?
    takkan benda ni nak masuk facebook PM? hantar aje link web ni kat PM. tengok apa reaksi mpsp. lepas tu cc kat mpsp. setuju?

    ReplyDelete
  3. saya rasa pemasangan bonggol adalah paling sesuai sekali samada sebelum selekoh atau selepas selekoh sebelum sampai simpang masuk tmn ixora....masalahnyer sekarang adalah berpunca dari selekoh tsbt...wallahualam.

    ReplyDelete
  4. saudara sekalian.... kalau masuk jalan tak tengok kanan kiri jalan kat mana pun boleh berlaku kemalangan. Harap selepas ini dapat berhati2 semasa memandu.

    ReplyDelete
  5. malang tidak berbau tapi keadaan jalan/simpang masuk ke Ixora memang mudah mengundang malang...

    ReplyDelete
  6. jalan ni makin lama makin bahaya....semenjak jalan short-cut dibuka berhampiran tnb traffic semakin teruk...pemandu2 yg melalui jln ini rata2 tidak bertimbang rasa...pentingkan diri sendiri...

    ReplyDelete
  7. salam semua penduduk taman ixora. apa kata kita semua sepakat mengesa MPS menutup laluan ke jabatan haiwan dengan kadar segera kerana laluan itu adalah didapati tidak sesuai kerana keadaan jalan yang sempit yang mana boleh mengundang kecelakaan kepada penggunanyaterutamanya pada watu malam. saya mencadangkan SU mengusulkan kertas cadangan kepada pihak MPS secepat mungkin. salah satu punca kemalangan yang berlaku di simpang TI adalah kerana pengguna dari taman berhampiran yang berkejar untuk melalui jalan belakang bagi mengelakkan kesesakan di traffic light menghala ke KLIA & Nilai. so kepada semua penduduk TI sila beri komen anda terhadap cadangan saya ini untuk kebaikan kita semua.
    terima kasih....

    anak sekolah..

    ReplyDelete
  8. salam. bagus lah idea dari anak sekolah. kalau camtu leh lah SU usulkan perkara ni secepat mungkin agar tiada lagi kecelakaan yang menimpa kita di TI. insyaallah. satu lagi terima kasih dan tahniah buat ahli ahli post kejiran 1/13 campur separuh 1/1 kerana bertugas pada malam hari untuk membenteras kejadian jenayah di TI. harap lorong lorong lain boleh ikut serta berjaga malam.

    tahniah.....

    ReplyDelete
  9. salam, saya sokong! walaupun saya akan kena pusing jauh utk ke tmpt keje! tetapi tntg keselamatan tak boleh tolak ansur!!
    bila agaknya projek jalan dari kota warisan akan mula???

    ReplyDelete
  10. Apa kata kita pakat-pakat tutup jalan tu..... kita guna la kaedah kita sendiri... Contohnya letak tong drum ke..., letak palang ke..., buat parit ker... Apa kita nak risau jalan 5 kaki tu bukan diwarta (gazet) untu dibuat jalan pun. Just jalan sementara untuk pemaju buat kerja jer.... Bila kita dah tutup, secara tak langsung orang lain tak kan lalu punya.

    Untuk makluman kawan-kawan semua juga.... traffik light yang dibuat kat TNB tu.. bukan bertujuan untuk masuk ke Taman Ixora tapi untuk gudang belakang tu...

    Segala kemudahan yang ada kita gunakan tetapi dah sampai menyusahkan... apa kata kita ambil tindakan drastik boom bastik!!!

    Geram Dari;
    Dari manusia yang GERAM + MELUAT dengan MPSp... Kawan Pak Lang dan Tok Aji

    ReplyDelete
  11. Setuju juga jalan ini ditutup...boleh dimajukan kepada Dato'Samsudin (Getrahome) semasa perbincangan berkenaan Balai Islam antara AJK PPTI dengan Dato'.

    ReplyDelete
  12. Buat bonggol je kalau nak cepat (tunggu lampu isyarat lambat)...boleh tengok contoh kat jalan ke Bangi Lama...ada 7 bonggol ...tu pun lepas kes kemalangan budak sekolah. Kat selekoh pun ada bonggol ma.

    Terjah

    ReplyDelete
  13. Nampak sign board semalam jalan pintas depan jabatan vet. tu nak ditutup sementara...bagus la untuk kebaikan semua.

    ReplyDelete
  14. Dari pemerhatian, kereta agak laju dari arah B Baru Salak menghala Seroja. Cadangan bonggol juga sesuai pada sebelum persimpangan supaya dapat memperlahankan kenderaan dan mengurangkan risiko kemalangan. Juga setuju jalan ditutup.

    ReplyDelete
  15. betul ke jalan hubungkan taman ixora dengan kota warisan akan dibina?
    khabar2 angin ke betul ni?

    ReplyDelete
  16. masa tu hujan kot. jalan licin. kena berhati2. pemandu kita sekarang ni ramai yang kurang berhemah di jalanraya. tak semua. Kalau ada lampu isyarat pun .. merah pun dilanggar. Pokok pangkalnya terletak pada pemandu sendiri. tak kira dimana. Bagaimana nak mengajar semua pemandu ikut peraturan dan ada perasaan malu jika langgar peraturan. Pendapat saya je. Thanks. TD BBST

    ReplyDelete