Sunday, July 18, 2010

Kejohanan Futsal Tertutup Kejiranan Taman Ixora Tahun 2010

Kejiranan Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan kejohanan futsal tertutup pada butiran berikut:-

Tarikh : 18 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari
Tempat : MERACIPTA Futsal (Bersebelahan Kilang WRP)

Kejohanan berkenaan adalah di atas inisiatif penduduk Jalan Ixora 1/13. Persatuan Penduduk Taman Ixora telah bekerjasama sebagai urusetia bersama sepanjang penganjuran kejohanan berkenaan. Penyertaan adalah terbuka kepada penduduk Taman Ixora.

Objektif penganjuran kejohanan adalah:
- mengeratkan tali persaudaraan dan silaturrahim dikalangan warga penduduk Taman Ixora.
- memupuk cara hidup sihat melalui aktiviti riadah dan sukan

Syarat-syarat pertandingan:
- Terbuka kepada LELAKI sahaja berumur 13 tahun ke atas dan terbuka kepada semua penduduk Taman Ixora.
- Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada seorang pengurus pasukan dan enam (6) orang pemain.
- Yuran penyertaan adalah RM80.00 untuk satu pasukan.

Seramai 10 pasukan telah menyertai kejohanan berkenaan. Berikut adalah senarai pasukan yang bertanding:

Kumpulan A
- Vuvuzelas FC
- Tip Top
- Bran Utd
- FIFA Street
- Asfaragus 12

Kumpulan B
- A Team
- Flu FC
- 1313
- B-Boy
- Jaka 11

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan:-

1. Johan - Asfaragus 12
2. Naib Johan - Jaka 11
3. Tempat Ke-3 dan Ke-4 - Bran Utd dan Flu FC

Pemain Remaja Harapan
- Mohd Azri Anuar (FIFA Street)

Penjaring Terbanyak
- Shamsul Akmar (Jaka 11) - 10 Gol

Pemain Terbaik
- Fazmen Raime (Asfaragus 12)

Hadiah kepada semua pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Pengerusi PPTI.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada pemenang kejohanan. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak urusetia yang berjaya menganjurkan program dengan jayanya dan AJK PPTI yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menganjurkan kejohanan berkenaan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

3 comments:

  1. tahniah asfaragus12 - u all main mmg best - team work

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada pasukan yang berjaya. Yang tak berjaya jumpa bulan Disember. Mulai sekarang dah boleh praktis kat WRP tiap-tiap minggu.

    ReplyDelete
  3. tahniah kpada smua pasukan yg meyertai pertandingan..syabas jga kpda pasukan yang menang..dan tkasih kpd smua pihak yg BERUSAHA menjayakn ptndingan ni..smoga smngat kjiranan pnddk tmn ixora akan lebih utuh lagi...so mgkin PPTI bleh anjur plk plwanan ping-pong...dart..VBall..dll asalkn kita bleh bkmpul beramai2...Tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete