Wednesday, October 6, 2010

Majlis Pelancaran Dataran Serbaguna Taman Ixora dan Ramah Mesra Aidilfitri Tahun 2010

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Majlis Perasmian Dataran Serbaguna Taman Ixora dan Ramah Mesra Aidilfitri pada butiran berikut:-

Tarikh : 9 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 Malam - 10.30 Malam
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora

Majlis perasmian berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Zon BBST Selatan, Tuan Titus Gladwyn A/L S.G. Gomez. Turut hadir adalah Ahli Majlis Zon BBST Utara, Puan Rohaya Bt DAto' Mohd Shahir. Dataran Serbaguna Taman Ixora telah dibina oleh Majlis Perbandaran Sepang sebagai hadiah Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009.



Majlis ini dianjurkan untuk merapatkan hubungan kejiranan sesama penduduk Taman Ixora dan juga ramah mesra bersama MPSp. Disamping itu majlis juga diserikan dengan sambutan Aidifitri.

Diantara menu yang disediakan oleh setiap lorong pada majlis berkenaan adalah:-
1. Roti Jala
2. Soto
3. Nasi Impit dan Kuah Kacang
4. Kuih Muih
5. Cendol
6. Nasi Tomato
7. Nuget Goreng
8. Bihun Goreng
9. Nasi Lemak
10. Sate

Majlis yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan majlis ini. InsyaAllah program ini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

2 comments:

  1. Salam.....

    Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora 2010 ini.... Saya SALLEH BIN SUFIAN, No. 7 Jalan Ixora 1/10 mewakili diri saya dan keluarga, SUHARI Jalan Ixora 1/2 dan keluarga, FAIRUL FAZIL dan keluarga serta AHMAD FAISAL dan keluarga..... menjemput tuan-tuan dan puan-puan penduduk Taman Ixora seisi keluarga ke majlis kenduri Akikah dan hari raya pada 9hb. Oktober 2010 (Sabtu), jam 1:00 petang hingga 5:00 petang di Dataran Serbaguna Taman Ixora.

    Mudah-mudahan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan memeriahkan lagi majlis ini dan diberkati Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah,

    Insyallah akan hadir...

    selamat dtg ke blog buaya jugak k....

    ReplyDelete