Monday, January 24, 2011

Cegah Denggi di Taman Ixora

Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah melakukan semburan asap di Taman Ixora pada 24 Januari 2011, jam 6.00 petang berikutan daripada laporan berlakunya dua(2) kes denggi di Jalan Ixora 1/3 dan 1/4.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengajak semua penduduk Taman Ixora supaya mengambil langkah keselamatan untuk mencegah kes demam denggi daripada berlaku. Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
- Perlindungan dari gigitan nyamuk dengan menutupi kebanyakan bahagian tubuh dan memasang jaring nyamuk dan skrin tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah
- Elakkan dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari
- Musnahkan tempat pembiakan nyamuk dengan menutup rapat semua bekas yang boleh menakung air dan bersihkan kawasan persekitaran rumah anda
- Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan penyembur serangga atau ubat nyamuk

Bersama-samalah kita menjaga kesihatan dan kebersihan sepanjang masa. Hidup yang sihat menjamin keluarga yang bahagia.

No comments:

Post a Comment