Wednesday, April 6, 2011

Kejohanan Jelajah Futsal GEN-S Selangor 2011

Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menganjurkan Kejohanan Jelajah Futsal GEN-S Selangor 2011 pada butiran berikut:

Tarikh : 17 April 2011 (Ahad)
Tempat : Meracipta Futsal, BBST
Masa : 9.00 Pagi - 3.00 Petang

Syarat-syarat penyertaan:
- Terbuka kepada belia berumur 16 hingga 35 tahun
- Menetap atau bekerja di daerah Sepang
- Terhad kepada 40 pasukan terawal mendaftar
- Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari 8(lapan) orang pemain
- Pemain yang tidak disenaraikan di dalam Borang Pendaftaran tidak dibenarkan mengambil bahagian
- Pemain boleh dibenarkan mewakili hanya satu pasukan sahaja sepanjang kejohanan
- Yuran penyertaan adalah RM120 setiap pasukan

Hadiah yang ditawarkan:
1. Tempat Pertama - RM2,000 beserta medal
2. Tempat Kedua - RM1,500beserta medal
3. Tempat Ketiga - RM750 beserta medal
4. Tempat Ke-4 - RM500 beserta medal
5. Tempat Ke-5 hingga Ke-8 - Hamper

Sijil penyertaan disediakan kepada semua peserta.


Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menghantar satu pasukan sebagai wakil di kejohanan tersebut. Penyertaan pasukan Taman Ixora di dalam kejohanan ini amat bermakna walaupun tidak berjaya ke peringkat yang seterusnya.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

4 comments:

  1. Kepada kawan-kawan sekalian....

    Sesiapa yang berminat untuk mewujudkan pasukan Ixora, sila berikan maklumat pemain dan pasukan kepada Biro Sukan atau Setiausaha agar ianya dapat diselaraskan.

    TQ

    ReplyDelete
  2. ala...tu kan mudah jika biro sukan atau ajk ppti buat kejohanan futsal.....badminton ke....bowling ke....x pn renang.

    ReplyDelete
  3. buat aaaa kejohanan dulu...baru bleh buat team utk ixora

    ReplyDelete
  4. Menyertai kejohanan dengan buat atau menganjurkan kejohanan..... merupakan benda yang berlainan bro....

    Kalau dah ada penganjurnya.... kita sertai la.... Bina team dan masuk seberapa banyak kejohanan dan tetapkan matlamat.

    Kalau ajk anjurkan.... respond nya... bila yang sesuai? Sila bantu....!!!! Nanti bila dah buat... macam2 alasan yang dengar... "Balik kampung la..", "Kucing nak beranak la...", "Nak kena minta izin bini dulu la..." macam-macam la....

    ReplyDelete