Wednesday, May 25, 2011

Kejadian Pecah Rumah Berlaku Lagi di Taman Ixora

Pada 25 Mei 2011, sebelum subuh berlaku satu kejadian pecah rumah di no. 15, Jalan Ixora 1/7. Dilaporkan kehilangan sejumlah wang dan barang kemas. Semasa kejadian tuan rumah berada di dalam rumah dan tidak menyedari rumah di pecah masuk. Kejadian hanya disedari pada sebelah pagi apabila bangkit daripada tidur dan mendapati rumah berselerak.

Pada masa yang sama berlaku juga dua cubaan pecah masuk rumah di belakang Jalan Ixora 1/2 dan 1/3. Beberapa orang penduduk yang menyedari kejadian berkenaan telah membuat rondaan di kawasan sekitar Taman Ixora.

PPTI menyeru semua penduduk Taman Ixora supaya mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya dan mengawasi keadaan sekitar rumah dan jiran bersebelahan. Kejadian sebegini berkemungkinan berlaku lagi pada masa akan datang kerana cuti sekolah yang panjang dan ramai penduduk mengambil kesempatan untuk balik kampung.

1 comment:

  1. perketatkanlah langkah2 pencegahan (individu/persatuan)......moga2 kita semua dilindungi olehNya....amin

    ReplyDelete