Thursday, June 30, 2011

Kejadian Samun Bersenjata Berlaku Lagi di Taman Ixora

Pada hari Jumaat, 1 Julai 2011, jam 3.00 pagi berlaku satu kejadian samun bersenjata di rumah no. 16, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora. Pemilik kediaman dan isteri diikat oleh tiga(3) orang lelaki warga Indonesia bersenjatakan parang. Pemilik kediaman berkenaan cedera di tangan dan kaki kerana bertindakbalas kepada penyamun berkenaan. Walaubagaimanapun isteri dan anak beliau tidak diapa-apakan.

Kejadian berkenaan dilaporkan kepada Polis dan anggota tiba 20 minit kemudian. Beberapa orang penduduk yang dimaklumkan turut hadir membantu. Pemilik kediaman melaporkan kehilangan sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan sejumlah barang kemas.

Persatuan Penduduk Taman Ixora menyeru semua penduduk Taman Ixora supaya berhati-hati dengan situasi yang berlaku. Sentiasa mengawasi kawasan sekitar perumahan dan memaklumkan kepada pihak Polis sekiranya terdapat suspek yang mencurigakan di sekitar taman perumahan kita.

3 comments:

  1. kerjasama semua penduduk pasang lampu depan belakang dan tepi(rumah semi D). Keadaan terang juga boleh membantu SRS taman Ixora menjalankan rondaan. Contoh terbaik rumah kat simpang 3 jalan keluar tu malam2 meriah dgn lampu panjang di rumahnya :)

    ReplyDelete
  2. Apa yang saya ingin cadangkan di sini.
    saya harap pihak berkuasa mengadakan operasi membentras pedatang asing bagi di kawsan salak tinggi ini.lebih-lebih lagi di kawasan setinggan mereka yang berdekatan tangki air taman ixora.
    jadi saya harap pihak polis atau pihak berkuasa yang lain dapat membantu mengatasi maslah ini..

    ReplyDelete
  3. Hopefully jangan ada lagi yang jadi mangsa. Lampu, alarm, grill tak dapat menghalang perompak indon ini untuk bertindak. Itu cuma langkah kita untuk melambatkan pergerakan mereka.
    Pesan saya;
    1. Bila menghadapi situasi itu jangan panik, cuba cam wajah mereka.
    2. Semua mereka bersenjata parang, besi cutter, skru driver dan akan bertindak ganas bila kita melawan.
    3. Selain gril rumah, alarm dan sebagainya pasangkan selak/palang besi dari dalam pintu-pintu bilik. Mereka boleh membuka tombol pintu bilik yang dikunci dari dalam tanpa bunyi dan kesan.

    Dari,
    MANGSA ROMPAK.

    ReplyDelete