Thursday, July 7, 2011

Pelan Surau Balai Islam Taman Ixora Telah Diluluskan Oleh MPSp

Alhamdulillah, permohonan kelulusan pelan Surau Balai Islam Taman Ixora telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sepang di dalam Mesyuarat Unit Pusat Setempat (OSC) bertarikh 6 Julai 2011 (Rabu).

InsyaAllah, permohonan kita untuk mendirikan sebuah surau di Taman Ixora akan tercapai sedikit masa lagi. Bersama-samalah kita berdoa semoga segala urusan berkenaan pembinaan surau ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. demi kesejahteraan penduduk Taman Ixora.

Persatuan Penduduk Taman Ixora bersama-sama dengan pemaju (Getrahome Sdn. Bhd.) akan mengadakan majlis pecah tanah dan pelancaran Tabung Surau Balai Islam Taman Ixora dalam waktu terdekat. Di dalam siri perbincangan di antara PPTI dan wakil pemaju sebelum ini, Getrahome Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk menyumbangkan RM200,000 bagi membiayai pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora. Kutipan tabung surau akan digunakan untuk menampung kos-kos sampingan dan peralatan surau.

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum, Alhamdulillah dan Tahniah. Saya cadangkan supaya dana kutipan tabung surau juga digunakan untuk membiayai kerja-kerja pembinaan dan tidak terhad untuk menampung kos sampingan dan peralatan. Contohnya, sekiranya kos pembinaan berjumlah RM200,000 (bersamaan sumbangan Getrahome Sdn. Bhd. (GSB)) dan dana tabung berjumlah RM50,000, dicadangkan supaya sumbangan GSB untuk pembinaan dikurangkan sebanyak RM50,000 dan digantikan dengan dana tabung. Sumbangan GSB untuk pembinaan yang dikurangkan ini digunakan untuk kos sampingan dan peralatan. Sekian, terima kasih. Zulkifli

    ReplyDelete