Monday, August 15, 2011

Kerja-kerja Penentuan Arah Kiblat Surau Balai Islam Taman Ixora

Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah melakukan kerja-kerja penentuan arah kiblat Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:-

Tarikh : 18 Ogos 2011 (Khamis)
Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Tapak Surau Balai Islam Taman Ixora

Penentuan arah kiblat hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora dimulakan. Wakil daripada pemaju (Getrahome), Kontraktor, Surveyor dan Jawatankuasa Surau turut hadir sama semasa kerja-kerja berkenaan dilakukan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sila klik di sini untuk mendapatkan pamplet panduan penentuan arah kiblat.

2 comments:

  1. Alhamdulillah...

    Proses pembinaan telah dijalankan. Sehingga semalam pembinaannya telah sampai ke peringkat Formwork for Ground Beam.

    Mudah-mudahan berjalan lancar....

    ReplyDelete
  2. Kenapa dah terhenti pembinaannya???? Musykil ni.... hari tu nampak laju jer... tiba-tiba slow la pula!!!! Ayuh kontraktor..... lajukan lagi kerja anda. InsyaAllah... Allah akan memberkati kerja anda.

    ReplyDelete