Sunday, October 23, 2011

Pertandingan Badminton Tertutup Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 23 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Dewan Badminton Kuarters KLIA

Dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori Dewasa dan Kategori Remaja. Kategori Dewasa disertai oleh 20 regu dan Kategori Remaja disertai oleh 6 regu.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Kategori Dewasa :
- Johan (Nizam/ Sabri) - Piala pusingan, medal dan hamper
- Naib Johan (Khalish/ Syahril) - Medal dan hamper
- Tempat Ketiga (Azri/ Shahrizan) - Medal dan hamper
- Keempat (Sameri/ Salleh) - Medal

Kategori Remaja:
- Johan (Arif/ Lokman) - Hamper
- Naib Johan (Ashraf/ Azwan) - Hamper

Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Semoga semangat kesukanan dikalangan penduduk Taman Ixora akan berterusan pada masa akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa dan Urusetia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan pertandingan ini. InsyaAllah pertandingan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih banyak penyertaan daripada penduduk.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

3 comments:

  1. Salam,

    Kepada sesiapa yang berminat sila beri nama dengan kadar segera kepada S/Usaha atau Biro Sukan PPTI atau Biro Sukan KRT Taman Ixora.

    Nombor-nombor telefon mereka seperti berikut;

    Setiausaha;
    En. Hasiady : 019-2828422

    Biro Sukan PPTI;
    En. Salleh : 012-3617705
    En. Faisal : 012-2678078

    Biro Sukan KRT Taman Ixora;
    En. Fuad : 019-2148867
    En. Mat Zan : 012-2514754

    Keprihatinan tuan/puan akan melancarkan perlaksanaan program ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,

    TAHNIAH!!!!!!! TAHNIAH!!! TAHNIAH!!!!

    Untuk.....
    1. Peserta-peserta/pemain-pemain kerana begitu bersemangat dalam permainan dan kerjasama dalam menjayakan program taman kita ini.

    2. Pemenang-pemenang di atas kehandalan anda semua mengalahkan peserta-peserta lain.

    3. Jawatankuasa PPTI dan KRT Taman Ixora serta J/Kuasa pengelola kerana dapat menjayakan program ini.

    Kita jayakan program sukan yang lain pula!!!!!

    ReplyDelete
  3. Tak lupa juga TAHNIAH kepada pasangan dan ahli keluarga masing-masing kerana tanpa kerjasama anda, program ini takkan berjalan dengan jayanya.

    Ikhlas daripada;
    BIRO SUKAN

    ReplyDelete