Monday, October 24, 2011

Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora Tahun 2011

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora Tahun 2011 pada butiran berikut:

Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat : ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya

Seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada 12 pasukan menyertai pertandingan ini. Setiap pasukan diwakili oleh 4 orang peserta. Setiap pasukan bermain 2 game. Sila klik di sini untuk melihat senarai penuh pemain.

Berikut adalah keputusan pertandingan:
Johan (Piala pusingan, medal dan hamper)
- Pasukan 9 (Mohd Hasiady, Nor Hafisah, Mohd Subhi dan Meor Mohamad Nizam) - 999 skor

Naib Johan (medal dan hamper)
- Pasukan 11 (Barkath Ali, Noruhaiza, Noraznol Adly dan Azlin) - 918 skor

Tempat Ketiga (medal dan hamper)
- Pasukan 5 (Zulkefli, Roziah, Nashrul dan Amirrul) - 899 skor

Tempat Keempat (medal dan hamper)
- Pasukan 7 (Muhamad Faisal, Noraziani, Norazam dan Norhisham) - 883 skor

Jatuhan Pin Tertinggi Lelaki (medal)
- Mohd Subhi Bin Sudin (Jln /10) - 309 skor

Jatuhan Pin Tertinggi Wanita (medal)
- Roziah Bt Sahni (Jln 1/13) - 245 skor

Bayaran penyertaan yang dikenakan adalah RM15 bagi setiap peserta dan diskaun yuran penyertaan diberikan kepada ahli PPTI yang aktif dan membayar yuran keahlian. InsyaAllah pertandingan ini akan dianjurkan lagi pada tahun hadapan dengan lebih banyak penyertaan daripada penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

2 comments:

  1. Kepada sesiapa yang berminat, sila berikan nama dan bayaran dengan kadar segera kepada S.U. atau Biro-biro Sukan PPTI dan KRT Taman Ixora.

    Keprihatinan tuan/puan akan melancarkan lagi perlaksanaan program ini.

    Terima kasih.

    S/Usaha;
    En. Hasiyadi : 019-2828422

    Biro Sukan PPTI;
    En. Salleh : 012-3617705
    En. Faisal : 012-2678078

    Biro Sukan KRT Tmn. Ixora;
    En. Fuad Adam : 019-2148867
    En. Mat Zan : 0122514754

    ReplyDelete
  2. Wanita ada handicap tak

    ReplyDelete