Thursday, November 17, 2011

Takziah Kepada Keluarga Ahli PPTI Yang Meninggal Dunia Kerana Kemalangan Jalanraya

Adalah dimaklumkan seorang ahli PPTI, En. Azizan Bin Abdul Rahim (No. 8, Jalan 1/1, Taman Ixora) telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di persimpangan keluar/ masuk Universiti Kuala Lumpur (MIAT) dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian berlaku pada 17 November 2011 (Khamis), anggaran pukul 5.50 pagi. Beliau dalam perjalanan ke tempat kerja dengan memandu motosikal dari Taman Ixora ke Universiti Putra Malaysia.

Motosikal yang ditunggang oleh beliau telah bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Pemandu kereta yang melanggar beliau telah membuat laporan Polis dan mengakui kesilapan memasuki laluan bertentangan kerana mengelak sebuah lori.

Jenazah beliau telah di bawa oleh trak Polis ke Hospital Putrajaya. Pemandu kereta berkenaan turut hadir ke Hospital Putrajaya untuk memberikan sokongan moral kepada keluarga Allahyarham. Jenazah berkenaan kemudiannya dimandikan dan dikafankan di Hospital Putrajaya oleh petugas Badan Khairat Kematian Masjid Sultan Hisamudin, Bandar Baru Salak Tinggi. Jenazah kemudiannya disembahyangkan di ruang Bilik Mayat Hospital Putrajaya sebelum bertolak balik ke Alor Setar, Kedah pada jam 1.45 petang untuk dikebumikan di kampung halaman beliau. Turut hadir ke Hospital Putrajaya adalah jiran-jiran, sanak-saudara, kawan-kawan, rakan pejabat, Pengerusi PPTI, Timb. Pengerusi PPTI, Setiausaha PPTI dan Bendahari PPTI.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mendoakan semoga roh beliau di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al- Fatihah.

3 comments:

  1. Takziah ! buat keluarga allahyarham.Saya terserempak dengan kemalangan ini sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Putrajaya.Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan org2 beriman. Amin.- Penduduk Ixora No.47, Jln Ixora 1/13

    ReplyDelete
  2. Takziah buat keluarga allahyarham.

    semoga ditempatkan di kalangan org-org yang beriman.

    buat ahli keluarga, semoga tabah dan sabar menghadapi situasi sedih ini.

    Alfatihah buat arwah....

    -jiran 1/1-

    ReplyDelete
  3. Terukkah kejadian itu? Kat mana lokasi tepatnya. Dekat area laluan di bawah highway tu kerrr

    ReplyDelete