Saturday, December 10, 2011

Pelaksanaan Pemberian Bantuan Tunai RM500 Bagi Meringankan Beban Kos Hidup Rakyat

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia

Kenyataan Akhbar YB Menteri Kewangan II
Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Pelaksanaan Pemberian Bantuan Tunai RM500 Bagi Meringankan Beban Kos Hidup Rakyat

1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
- Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
- Warga emas sebatang kara 


3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.
 
4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
 
5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM
 
6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
 
7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion 

Sila klik di sini untuk memuat turun borang (dimuatrurun dari laman web Kementerian Kewangan).

Kementerian Kewangan Malaysia
30 November 2011

1 comment:

  1. Berhati2 kerana ada pihak tak bertanggungjawab edarkan borang palsu..

    Borang Asli tidak menghendaki pemohon memasukkan maklumat akaun bank & salinan buku bank..

    Borang asli boleh download di http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf

    Contoh Borang PALSU: http://i216.photobucket.com/albums/cc146/kamilzdotcom/BR1M-Palsu.jpg

    ReplyDelete