Monday, December 24, 2012

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 4/2012

Jawatankuasa Penaja Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan mesyuarat pada 19 Disember 2012 (Rabu), jam 9.30 malam bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora. Berikut adalah beberapa keputusan mesyuarat:

1. Perancangan aktiviti tahun 2013 di surau  akan mengambilkira sambutan semua hari kebesaran islam.

2. Jawatankuasa bersetuju untuk mengadakan kutipan derma surau sebanyak RM5 setiap bulan daripada penduduk Taman Ixora. Surat edaran akan diedarkan dalam waktu terdekat.

3. Kelas pengajian al-Quran sebanyak 3 kali seminggu akan diadakan di surau iaitu hari Selasa, Khamis dan Ahad selepas solat maghrib. Borang penyertaan akan diedarkan kepada penduduk dalam waktu terdekat.

4. Kuliah bulanan akan mula diadakan pada bulan Januari 2013.

5. Jadual kuliah mingguan surau seperti berikut:
- Isnin dan Jumaat selepas solat Maghrib - Kelas Tajwid - Imam Hj. Sahid
- Setiap Rabu minggu Pertama dan Ketiga selepas Maghrib - Kuliah Tauhid - Ustaz Zulrushdi
- Setiap Rabu minggu Kedua dan Keempat selepas Maghrib - Kuliah Tafsir - Ustaz Tengku Sipulizan
- Ahad minggu Keempat selepas Maghrib - Sirah - Ustaz Nizamudin
- Setiap Ahad selepas Subuh - Kuliah Subuh

Mesyuarat berakhir jam 11.00 malam.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 3/2012

Jawatankuasa PPTI telah mengadakan mesyuarat pada 18 Disember 2012 (Selasa), jam 9.30 malam bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora. Berikut adalah beberapa keputusan mesyuarat:

1. Perancangan aktiviti PPTI tahun 2013
- Sambutan Maulidur Rasul
- Pengisian Ramadhan (berbuka puasa, tadarus, khatam al-Quran dan memasak bubur lambuk)
- Majlis Ibadah Qurban
- Gotong-royong (2 kali setahun)
- Majlis dialog bersama pemaju dan MP Sepang
- Mesyuarat Agung PPTI
- Senam robik gaya hidup sihat
- Sukaneka
- Majlis berkhatan beramai-ramai
- Pertandingan boling keluarga
- Pertandingan badminton tertutup
- Kem solat dan kelas fardhu ain semasa cuti sekolah
- Solat hajat menjelang peperiksaan
- Majlis hari raya Aidilfitri
- Memasak bubur Asyura sempena Maal Hijrah

2. Jawatankuasa bersetuju untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Taman Ixora pada 3 Februari 2013 (Ahad). Berikut adalah tentatif aturcara:
- Pertandingan mewarna kanak-kanak
- Pertandingan memasak makanan sihat oleh kaum ibu
- Pertandingan sepak raga bulatan
- Forum perdana

3. Kutipan yuran keahlian tahunan PPTI tahun 2013 akan mula dibuat mulai 1 Januari 2013 hingga 28 Februari 2013.

4. Mesyuarat Agung PPTI akan diadakan pada 3 Mac 2013.

Mesyuarat berakhir jam 11.00 malam

Saturday, November 17, 2012

Solat Jenazah Pertama di Surau Balai Islam Taman Ixora

Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan solat jenazah yang pertama pada 17 November 2012 (Sabtu), jam 10.00 pagi. Solat jenazah ini diadakan untuk seorang kanak-kanak perempuan yang telah meninggal dunia di rumah No. 23, Jalan Ixora 1/16 kerana penyakit asma. Jenazah berkenaan telah dimandi, dikafan dan di solatkan di surau. Jenazah kemudiannya di kuburkan di tanah perkuburan Masjid Sultan Hisamudin BBST.

Alhamdulillah surau telah melaksanakan salah satu tuntutan Fardhu Kifayah ini dengan sempurna. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu.

Kepada keluarga di mati, JKuasa surau mendoakan supaya bersabar dan redha dengan ketentuan Allah S.W.T. kerana Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadanya kita Kembali. Alfatihah.

Tuesday, November 13, 2012

Taman Ixora Menyertai Karnival Keluarga BBST anjuran JPP MPP Zon Bandar Baru Salak Tinggi

Pemuda Ixora (IXTEEN) telah menyertai Karnival Keluarga BBST anjuran JPP MPP Zon Bandar Baru Salak Tinggi seperti butiran berikut:

Tarikh :  13 dan 15hb November 2012
Tempat : Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi
Dirasmikan Oleh : YB Dr Halimah Ali, Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Disertai oleh semua taman-taman didalam Zon BBST. Berikut adalah keputusan yang telah diperolehi oleh Pemuda Ixora :-

a) Pertandingan Mewarna (bawah 9 tahun)
- JOHAN - Adik Azman bin Zainal Abidin

b) Sukaneka – membina menara daripada tin kosong (bawah 9 tahun)
NAIB JOHAN – Adik Azman bin Zainal Abidin dan Adik Iqmal Aidiel bin Kamarual Rasidi

c) Jogathon (Remaja – Sekolah Menengah)
- TEMPAT KE-3 – Adik Amri

d) Futsal / Street Soccer (Bawah 12 tahun)
- JOHAN – Team Ixora A (Ixteen 12A)

e) Futsal / Street Soccer (bawah 25 tahun)
- SEMI-FINALIST – Team Ixora A (Ixteen 25A)
- QUARTER-FINALIST – Team Ixora B (Ixteen 25B)

Bagi pertandingan Futsal, IXTEEN telah menghantar 4 pasukan (2 pasukan bawah 12 tahun & 2 pasukan bawah 25 tahun). Berikut adalah senarai pemain-pemain dan keputusan perlawanan :-

Bawah 12 tahun (IXTEEN 12A)
1.MOHD AKMAL IDMA BIN MULSID                                       
2.MUHD HAZIQ HAIKAL BIN MOHD NIZAM                         
3.MOHD AMIRUL HAKIIM BIN ZAINI                                       
4.MOHD TAUFIQ JOHAN BIN IDRIS                                          
5.MOHD AIZAD FAHMI BIN AZHAR                                          

Peringkat kumpulan (Johan Kumpulan) :-
Ixora A vs Seroja A          (menang 3-0)
Ixora A vs Cempaka C     (seri 2-2)
Ixora A vs Cempaka B     (seri 2-2)
Ixora A vs Mawar 2          (menang 1-0)

Separuh Akhir
Ixora A vs Mawar 1          (Menang 1-0)

Akhir
Ixora A vs Seroja B           (Menang 1-0) * Johan dan menerima Piala Pusingan
                               
Bawah 12 tahun (IXTEEN 12B)

1.IQMAL AIDIEL BIN KAMARUAL RASIDI               
2.MOHD AQIL HAKIMI BIN MOHD NIZAM
3.MOHD AMIRUL HAZIM BIN ZAINOR AKMAL
4.ADAM
5.AZMAN BIN ZAINAL ABIDIN

Peringkat kumpulan :-
Ixora B vs Seroja B           (Kalah 0-3)
Ixora B vs Mawar 1          (Kalah 0-4)
Ixora B vs Dahlia               (Menang 1-0)

Walaupun rata-rata pemain berumur 7 tahun, mereka berjaya memberikan saingan kepada pihak lawan yang mempunyai tubuh badan yang lebih besar dari mereka. Tahniah!!!

Bawah 25 tahun (IXTEEN 25A)

1.ARIF AL-HAFIZ BIN MOHD ANUAR                                       
2.MOHD HAZWAN ADLI BIN ZAINAL ABIDIN                       
3.WAN ABDUL RAHIM BIN WAN AHMAD KAMIL                               
4.MOHD ILYASA BIN MOHD ZAIMI                                                                                          
5.MOHD SYAIF IEZLAN BIN SABRI             

Peringkat kumpulan :-
Ixora A vs Mawar 2          (menang 2-0)
Ixora A vs Seroja A          (menang 2-0)

Suku akhir :-
Ixora A vs Dahlia B           (menang 5-0)

Separuh akhir :-
Ixora A vs Seroja B           (kalah 1-4)

Bawah 25 tahun (IXTEEN 25A)
                
1.MOHD FIQRI BIN MOHD NASHER                                         
2.MOHD AMIRUL ALIMI BIN ZAINOR AKMAL                      
3.AZWAN SAFUAN BIN MOHD ANUAR                                  
4.MOHD AMIRUL IZZAT BIN ZAINI
5.MOHD ASYRAFF BIN AZHAR
6.HARITH BIN FAIZAL
7.MOHD AMIRUL AIMAN                                                            

Peringkat kumpulan :-
Ixora B vs Seroja C           (menang tanpa bertanding)
Ixora B vs Cempaka         (menang 3-1)
Ixora B vs Dahlia               (kalah 0-1)

Suku akhir :-
Ixora B vs Seroja B           (kalah 0-2)

Monday, November 12, 2012

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H


Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora, KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434H yang disambut pada 15 November 2012 (Khamis). Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah S.W.T., banyakkan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.


Sehubungan dengan itu Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan majlis bacaan Yaa'sin dan doa akhir tahun serta doa awal tahun pada 14 November 2012(Rabu) mulai jam 6.30 petang bertempat di surau.

Thursday, November 1, 2012

Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora


Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan Kerjasama KRT Taman Ixora telah mengadakan Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 10 November 2012 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : ARL Bowl Taman Ixora

Seramai 48 orang peserta (12 kumpulan) telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah dimenangi oleh keluarga En. Subhi.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, October 10, 2012

Ibadah Qurban 1433H Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan majlis ibadah qurban pada butiran berikut:

Tarikh : 27 Oktober 2012 (Sabtu) Hari Raya Kedua
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora

Harga bagi satu bahagian adalah RM400. Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan dan daging korban telah diagihkan kepada penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Fadhilat Qurban dan Akikah

Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman mereka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.

Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya? Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?

Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.

PENYEMBELIHAN QURBAN

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

HUKUM BERQURBAN

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Islam
- Merdeka (Bukan hamba)
- Baligh lagi berakal
- Mampu untuk berqurban

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).

"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

PERLAKSANAAN QURBAN

Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.

Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.

Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)

Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan seperrti berikut:
i) Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
ii) Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
iii) Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."

HIKMAH DAN FADHILAT

- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
- Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
- Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

HUKUM AQIQAH

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH

Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."

Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:
1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)." (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).

2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).

Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.

Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).

Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.

Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.

Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.

QURBAN DAN AQIQAH BERAMAI-RAMAI

Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan menganjurkan majlis Qurban dan Aqiqah secara beramai-ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua-dua ibadah yang sangat dituntut dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:

- Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
- Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
- Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).

Wassalam.

Thursday, October 4, 2012

Intisari Kuliah Feqah Oleh Ustaz Zulrushdi Pada 3 Oktober 2012

Kuliah Feqah oleh Ustaz Zulrushdi telah diadakan pada 3 Oktober 2012 (Rabu) selepas solat Maghrib bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora. Berikut adalah sedikit intisari kuliah pada malam itu untuk dikongsi bersama:

- Ilmu Feqah adalah ilmu yang berkaitan dengan hukum dan hakam
- Dari segi istilah Feqah adalah mengetahui hukum-hukum syarak berdasarkan dalil terperinci (al-Quran, Hadith, ijmak ulamak dan ijtihad ulamak)
- Bagi orang yang beriman hendaklah dia mengerjakan solat dengan berwuduk
- Orang yang beriman hendaklah mengerjakan solat, mengeluarkan zakat dan percaya kepada hari Akhirat
- Berjayalah orang yang beriman kerana khusyuk di dalam solat, menjauhi perbuatan yang sia-sia, menunaikan zakat, menjaga kemaluan kecuali kepada isteri dan hamba sahaya dan tidak melampaui batas
- Janganlah terlalu membenci kepada sesuatu kerana insyAllah Allah akan berikan sesuatu yang baik untuk kita
- Menurut kajian psikologi orang perempuan bercakap lebih 8,000 patah perkataan sehari manakala orang lelaki hanya bercakap 800 patah perkataan sahaja sehari

- Cara-cara menegur isteri:
i) Nasihat
ii) Meninggalkan tempat tidur (tidak berasingan)
iii) Pukulan yang tidak menyakitkan

- Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba
- Nafkah wajib suami kepada isterinya:
i) Menyediakan tempat tinggal
ii) Menyediakan makan dan minuman (minimum 2 kali makan, 2 kali kenyang dan 2 kali hilang dahaga)
iii) Menyediakan pakaian sekurang-kurangnya 2 pasang setahun

- Hendaklah bergaul secara baik dengan isteri

InsyaAllah kuliah yang seterusnya akan diadakan dua minggu akan datang. Bersamalah mengimarahkan surau kita.

Tuesday, October 2, 2012

Lagi Kejadian Pecah Rumah Waktu Tengahari di Taman Ixora

Pada 1 Oktober 2012 (Isnin), di antara jam 12.30 tengahari hingga jam 1.30 petang berlaku satu lagi kejadian pecah rumah pada waktu tengahari  di rumah No. 4, Jalan Ixora 1/1, Taman Ixora. Pada masa kejadian penghuni tiada di rumah kerana keluar mengambil anak balik dari sekolah.

Rumah berkenaan telah dipecah masuk dan sejumlah wang serta barangan didapati hilang. Pintu bilik telah dipecahkan dan berselerakan. Modus operandi dipercayai untuk mendapatkan wang atau barang kemas dalam masa yang singkat semasa ketiadaan tuan rumah.Kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada Balai Polis BBST dan anggota tiba tidak lama kemudian.

Penduduk Taman Ixora diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kejadian yang berlaku. Sila perhatikan keadaan sekeliling rumah sekiranya terdapat motosikal, kenderaan atau orang yang tidak dikenali berlegar-legar di kawasan rumah atau jiran berdekatan. Segera laporkan kepada pihak POLIS sekiranya didapati sesuatu kejadian yang mencurigakan.

Saturday, September 15, 2012

Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora Tahun 2012

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 15 September 2012/ 28 Syawal 1433H (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Tentatif aturcara adalah seperti berikut:
- Jamuan Hari Raya Aidilfitri
- Pemberian Duit Raya Kepada Anak-anak Taman Ixora
- Bersurai

Alhamdulillah, majlis yang dianjurkan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora.InsyaAllah majlis ini akan diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahun hadapan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Majlis Perasmian Surau Balai Islam Taman Ixora

Majlis Perasmian Surau Balai Islam Taman Ixora telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 15 September 2012 (Sabtu) bersamaan 28 Syawal 1433H
Masa : 8.00 Malam
Disempurnakan Oleh : YAD Tengku Dato' Dr Jamaludin Bin Tengku Mahmud Shah Al-Haj D.S.I.S., J.P., Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang

Aturcara majlis berkenaan adalah seperti berikut:
8.00 malam - Ketibaan Orang Besar Daerah Sepang
- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Pengerusi Surau Balai Islam Taman Ixora
- Ucapan Perasmian oleh Orang Besar Daerah Sepang
- Persembahan Multimedia
- Gimik Perasmian - Tandatangan Plat Perasmian Surau
- Penyampaian Cenderahati

8.45 malam - Solat Isyak Berjemaah
- Jamuan Makan
- Bersurai

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Gotong-Royong Menyembelih Lembu Bagi Jamuan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora

Penduduk Taman Ixora telah bergotong-royong menyembelih, melapah, menyiang dan memasak seekor lembu bagi jamuan Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 15 September 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora

Alhamdulillah, berkat semangat kerjasama dan gotong royong yang ditunjukkan oleh penduduk, kerja yang berat telah menjadi ringan.Menu bagi jamuan tengahari adalah sup daging bercampur tulang yang membangkitkan selera penduduk yang telah bekerjasama daripada pagi lagi. InsyaAllah, semangat kerjasama ini akan menjadi amalan penduduk Taman Ixora pada masa akan datang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Saturday, September 8, 2012

Barbeque Sempena KRT Ixora Johan Daerah Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor

Satu program barbeque bagi meraikan kejayaan KRT Taman Ixora sebagai Johan Peringkat Daerah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Negeri Selangor Bagi Tahun 2012 telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 8 September 2012 (Sabtu)
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora

Program ini diadakan bagi menghargai AJK dan penduduk terutamanya Jiran Muda yang telah bertungkus lumus memasang bendera dan menceriakan kawasan persekitaran Surau Balai Islam Taman Ixora bagi menyertai pertandingan berkenaan. Berkat kerjasama dan komitmen AJK serta penduduk, Alhamdulillah KRT Taman Ixora telah menjadi johan peringkat Daerah Sepang. InsyaAllah pertandingan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dan KRT Taman Ixora akan pasti berjaya mendapat tempat yang lebih baik.

Program berkenaan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang (En. Musa, Puan Siti Hawa dan En. Herzie). Terima kasih diucapkan kerana sudi hadir ke majlis kami.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Thursday, September 6, 2012

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaa'sin Bagi Persediaan Menghadapi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaa'sin Bagi Persediaan Menghadapi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM pada butiran berikut:

Tarikh : 6 September 2012 (Khamis)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Majlis ini diadakan bagi persediaan rohani pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting dalam waktu terdekat ini. Semoga dengan berkat dan doa yang dipohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala akan dipermudahkan oleh Allah bagi pelajar-pelajar ini menjawab soalan peperiksaan dengan hati yang tenang.

Pelajar yang akan menduduki peperiksaan khususnya dan penduduk Taman Ixora hadir mengimarahkan majlis yang telah diadakan.

Pada majlis berkenaan juga satu ceramah motivasi mengenai teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan telah diberikan kepada pelajar oleh Ustaz Abdul Ghani Bin Hashim daripada Pejabat Pelajaran Daerah Sepang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Tuesday, September 4, 2012

Lagi Kejadian Pecah Rumah di Taman Ixora

Satu lagi kejadian pecah rumah telah berlaku di Taman Ixora pada 4 September 2012 (Selasa), diantara jam 1.30 petang hingga 2.30 petang di rumah No. 134, Jalan Ixora 1/2, Taman Ixora. Pada masa berkenaan tuan rumah keluar mengambil anak yang baru pulang dari sekolah. Dilaporkan sejumlah wang tunai dan barangan berharga hilang termasuk televisyen 42' dan komputer riba.

Penduduk Taman Ixora dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan semua pintu dan tingkap berkunci setiap masa dan sekiranya perlu adakan kunci tambahan bagi melambatkan kerja-kerja pecah berlaku daripada berlaku.

Sila klik di sini untuk melihat gambar. 

Penilaian Juri Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor

Juri peringkat negeri bagi pertandingan kibar jalur gemilang negeri Selangor telah membuat penilaian dan pemarkahan di KRT Taman Ixora pada 4 September 2012 (Selasa). Juri telah mengumumkan KRT Taman Ixora mendapat tempat ke-4 daripada sembilan(9) daerah di Negeri Selangor. Tahniah diucapkan, cuba lagi pada tahun hadapan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar semasa proses penjurian dilakukan.

Saturday, September 1, 2012

Majlis Perkahwinan Anak Kedua Pengerusi PPTI

Pengerusi PPTI (Dr. Hj. Mohd Noor Bin Hj. Said) telah mengadakan Majlis Perkahwinan Anak Kedua beliau pada butiran berikut:

Tarikh : 1 September 2012 (Sabtu)
Tempat : Dewan MIAT, Universiti Kuala Lumpur
Masa : 11.00 pagi hingga 4.00 petang

Alhamdulillah ramai tetamu jemputan beliau hadir ke majlis berkenaan. Persatuan Penduduk Taman Ixora mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan anak beliau mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan bahagia sehingga ke anak cucu.

KRT Taman Ixora Johan Peringkat Daerah Sepang Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor 2012

Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, kedatangan bulan Ramadhan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah mengadakan kempen jalur gemilang. Satu pertandingan KRT tercantik bertemakan semangat patriotik dan kibaran Jalur Gemilang telah diadakan diperingkat daerah dan negeri. KRT Taman Ixora telah menyertai pertandingan ini bagi mengukuhkan semangat patriotisme, meningkatkan kecintaan kepada Jalur Gemilang, memelihara kesejahteraan, kecantikan serta keindahan lanskap di dalam KRT Taman Ixora. KRT yang mendapat johan di dalam pertandingan ini di peringkat daerah akan ke peringkat negeri. Manakala johan KRT di peringkat negeri pula akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya dan sesi rakaman Majalah Laman Impiana, terbitan Karangkraf.

Fasa 1 - Peringkat Daerah
- 14 dan 15 Ogos 2012 - Juri peringkat daerah telah membuat penilaian dan pemarkahan di peringkat daerah Sepang
- 30 Ogos 2012 - Keputusan juri telah mengisytiharkan KRT Taman Ixora sebagai Johan bagi peringkat daerah Sepang dan akan bertanding diperingkat negeri

Fasa 2 - Peringkat Negeri
- 1 hingga 3 September 2012 - KRT Taman Ixora akan membuat persediaan bagi pertandingan di peringkat negeri.
- 4 September 2012 (Selasa) - Juri peringkat negeri akan membuat penilaian dan pemarkahan di KRT Taman Ixora

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:
1. Melibatkan semua peringkat umur, jantina, kaum, rumah persendirian dan kumpulan;
2. Hiasan perlu melibatkan semua rumah persendirian yang berada di dalam Kawasan Rukun Tetangga;
3. Mempunyai ciri-ciri Malaysia dan wajib mengibarkan Jalur Gemilang di setiap premis di dalam Kawasan Rukun Tetangga;
4. Menggunakan bahan kitar semula sebagai agen hiasan;
5. Mempunyai aspek kreativiti menghias premis dengan Jalur Gemilang;
6. Mempunyai aspek hiasan premis menggunakan cahaya pada waktu malam;
7. Mengutamakan aspek keselamatan dalam hiasan premis;
8. Penyelenggaraan kawasan dan landskap yang berterusan serta mengutamakan kebersihan;
9. Reka bentuk dan kesesuaian landskap yang bercirikan semangat patriotisme.

Berikut adalah jadual pertandingan:

Fasa 1 (Peringkat daerah)
11 Jun hingga 12 Ogos 2012 (2 bulan)
- KRT-menghias kawasan, lorong dan rumah masing-masing
- Pemilihan juri oleh JPNIN daerah

13 Ogos hingga 17 Ogos 2012 (5 hari)
- Penilaian oleh juri dan pemberitahuan pemenang
- Pemberian hadiah pemenang ke akaun KRT masing-masing

Fasa 2 (Peringkat negeri)
Saringan awal
21 Ogos hingga 1 September 2012 (2 minggu)
- Persiapan KRT-KRT yang mewakili daerah menghias kawasan
2 September 2012
- Penilaian di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang
3 September 2012
- Penilaian di daerah Gombak, Hulu Selangor, Petaling
4 September 2012
- Penilaian di daerah Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat

Saringan ke-2
5 hingga 6 September 2012
- Penilaian oleh juri profesional bagi 3 daerah terbaik
- Pengumuman pemenang

Fasa 3 (Majlis penyampaian hadiah dan Majlis Sambutan Hari Raya)
6 hingga 14 September 2012
- Persiapan Majlis Sambutan Hari Raya dan rakaman majalah

15 September 2012
- Penyampaian hadiah pertandingan di KRT yang menjadi johan peringkat negeri
- Gotong-royong (rendang, ketupat, lemang, kuah kacang, masak lodeh) bagi Sambutan Hari Raya di KRT yang menjadi johan peringkat negeri
- Rakaman kamera oleh krew majalah Laman Impiana, Karangkraf

Sila klik di sini untuk melihat gambar aktiviti pemasangan bendera.

Wednesday, August 15, 2012

Majlis Penutup Imam Tahfiz Ramadhan Surau Balai Islam Taman Ixora

Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan majlis penutup sempena hari terakhir dua (2) orang imam tahfiz bertugas di surau. Majlis berkenaan telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 15 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Jawatankuasa Surau Balai Islam mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua imam tahfiz berkenaan iaitu Mohd Afifidun dan Ibrahim. InsyaAllah sekiranya dimurahkan rezeki, pengambilan imam tahfiz sepanjang bulan Ramadhan akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Penduduk Jalan Ixora 1/2 Mengacau Dodol Aidilfitri

Penduduk Jalan Ixora 1/2 telah mengacau satu kawah dodol sempena meraikan Aildilfitri yang bakal disambut pada 19 Ogos 2012 pada butiran berikut:

Tarikh :15 Ogos 2012 (Rabu)
Tempat : No. 24, Jalan Ixora 1/2 (Rumah Zaimi)
Masa : 8.00 malam hingga 2.30 pagi

Alhamdulillah bubur yang dikacau berjaya dimasak. Berkat kerjasama dan semangat tolong menolong seperti inilah yang sepatutnya menjadi amalan kita bersama sepanjang masa. Teruskan usaha anda pada masa akan datang. Dodol berkenaan telah diagihkan kepada penduduk dan jiran berhampiran. Terima kasih diucapkan kerana SU dapat juga merasa dodol berkenaan yang masih panas-panas.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.


Sunday, August 12, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin


InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H pada 19 Ogos 2012 (Ahad). Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora, Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Jawatankuasa Penaja Surau Balai Islam Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H/ 2012M dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Ixora.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, biar lambat asalkan selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir ketiga-tiga komuniti Taman Ixora ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang dari melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

Monday, August 6, 2012

Majlis Khatam Al-Quran di Surau Balai Islam Taman Ixora

Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada butiran berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2012 (Ahad)
Masa : 6.00 petang hingga 7.15 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Berikut adalah senarai peserta tadarus al-Quran di Surau Balai Islam Taman Ixora:
1. Hj. Sahid Bin Kasran
2. Khairul Naim Bin Adham
3. Hj. Majid Bin Derin 
4. Zainal Abidin Bin Ahmad
5. Mohd Salihin Bin Jelani
6. Zaini Bin Mat Noh
7. Hj. Ismail Bin Muit
8. Dr. Hj. Mohd Noor Bin Hj. Said
9. Ustaz Zulrushdi
10. Afifudin
11. Ahmad Kamil Bin Zailani
12. Azraf Bin Azman
13. Mohd Hasiady Bin Yasin
14. Luqman Hakim Bin Mohd Salihin
15. Mohd Asyraf Bin Hj. Mohd Noor
16. Syawal Bin Hj. Sahid
17. Hj. Razali Bin Dali

Sedikit cenderahari telah disediakan kepada peserta. InsyaAllah program tadarus al-Quran ini akan diteruskan pada Ramadhan tahun hadapan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Taman Ixora dan Anak-anak Yatim

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk Taman Ixora dan Anak-anak Yatim daripada Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah, Kota Warisan pada butiran berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2012 (Ahad)
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Seramai 50 orang anak yatim telah hadir ke majlis berkenaan. Pada majlis berkenaan juga sumbangan duit raya telah diberikan kepada semua anak yatim dan sumbangan tunai RM500 kepada pengetua rumah anak yatim berkenaan. InsyaAllah program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan penglibatan lebih ramai lagi penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Monday, July 30, 2012

Program Memasak Bubur Lambuk Taman Ixora Kali Ke-2

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan program memasak bubur lambuk kali ke-2 pada butiran berikut:

Tarikh : 4 Ogos 2012 (Sabtu)
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Masa : 8.00 Pagi hingga 3.00 Petang

Penduduk Taman Ixora berkelapangan hadir bergotong-royong memasak bubur lambuk berkenaan. Terima kasih di atas kerjasama anda.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, July 29, 2012

Kerja-kerja Membina Rumah Sampah di Surau Balai Islam Taman Ixora

Kerja-kerja membina rumah sampah di Surau Balai Islam Taman Ixora telah dibuat pada 29 Julai 2012 (Ahad) dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Julai 2012 (Selasa). Rumah sampah ini perlu dibina kerana sebelum ini sampah dan sisa makanan surau setiap hari dibuang ke dalam rumah sampah penduduk berhampiran surau. Terima kasih diucapkan kepada penduduk yang membenarkan pihak surau membuang sampah ke dalam rumah sampah mereka sebelum ini.Semoga Allah membalas jasa kalian.

Rumah sampah ini turut menyediakan ruang untuk memasukkan surat dan dokumen surau.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Ahli PPTI Terlibat Dalam Kemalangan Jalanraya

Dimaklumkan seorang ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora (Abdul Rashid Bin Mohd Amin, Jalan Ixora 1/5) telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Taman Seroja pada 28 Julai 2012 (Sabtu) anggaran jam 3.30 petang. Kenderaan yang dipandu oleh beliau telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan. 

Alhamdulillah keadaan beliau dilaporkan stabil oleh doktor dengan sedikit kecederaan ringan. Persatuan Penduduk Taman Ixora berdoa semoga kecederaan yang dialami oleh beliau cepat sembuh. Persatuan Penduduk Taman Ixora turut bersimpati di atas kesusahan yang dihadapi kerana beliau menggunakan kenderaan berkenaan untuk menghantar pelajar sekolah dan berniaga di bazar Ramadhan setiap hari. Ahli persatuan yang berkelapangan boleh menziarahi di rumah sebagai tanda simpati di atas musibah yang menimpa beliau.

Tuesday, July 24, 2012

Program Memasak Bubur Lambuk Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan program memasak bubur lambuk pada butiran berikut:

Tarikh : 28 Julai 2012 (Sabtu)
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Masa : 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang

Penduduk Taman Ixora telah bergotong-royong memasak bubur lambuk bermula dari membeli barang-barang memasak, memotong daging, mengupas bawang, mengacau bubur sehinggalah mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk Taman Ixora di laluan masuk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Thursday, July 19, 2012

Gotong Royong Membersih Surau Bagi Persediaan Ramadhan 1433H

Jemaah Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan program gotong-royong membersihkan surau bagi persediaan Ramadhan pada butiran berikut:

Tarikh : 19 Julai 2012 (Khamis)
Masa : 9.30 malam (selepas solat Isyak)

Tujuan gotong-royong ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan yang dipasang tile bagi kaum muslimat menunakan solat terawih.Kawasan berkenaan perlu disamak dengan 1 kali air tanah dan 7 kali air mutlak. Alhamdulillah penduduk yang hadir pada malam itu telah bergotong-royong dengan semangat kerjasama yang tinggi. Sedikit jamuan pulut durian disediakan untuk menjamu selera selepas penat bergotong-royong.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 1/2012

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 1/2012 telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Berikut adalah keputusan mesyuarat:-
1.Jawatankuasa Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora telah dibubarkan dan Jawatankuasa Penaja Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengambil alih mulai 18 Julai 2012. Jawatankuasa Penaja mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Pembinaan yang telah melaksanakan tugas dengan jayanya sehingga sebuah surau berjaya dibina di Taman Ixora.
2. Status pembinaan pencawang telekomunikasi di tapak surau masih diperingkat kajian oleh syarikat. Sekiranya diluluskan surau akan mendapat pulangan sewa sebanyak RM2,200 sebulan bagi tempoh 15 tahun.
3. Peti besi surau telah dibeli melalui sumbangan AJK surau sebanyak RM100 seorang.
4. Solat terawih sebanyak 20 rakaat akan diadakan di surau.
5. Berbuka puasa dan moreh akan diadakan setiap hari di surau dan akan ditaja oleh setiap lorong mengikut giliran. Individu yang ingin menaja juga dialukan.
6. Surau telah melantik dua (2) orang tahfiz untuk mengimamkan solat terawih di surau. Kadar bayaran dan sumbangan kepada tahfiz berkenaan akan ditentukan kelak berdasarkan kepada sumbangan orang ramai.
7. Tadarus al-Quran akan diadakan setiap malam di surau selepas solat terawih.
8. Tazkirah selepas solat terawih akan diadakan seminggu sekali. Pada malam tazkirah solat terawih akan diadakan sebanyak lapan rakaat sahaja.
9. Qiyamulail akan diadakan di surau pada 10 malam terakhir Ramadhan. Makanan sahur akan disediakan kepada jemaah.
10. Majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan khatam al-Quran akan diadakan pada malam Nuzul al-Quran iaitu 5 Ogos 2012 (Ahad) malam.
11. Gotong royong membersihkan surau untuk persediaan Ramadhan akan diadakan pada 19 Julai 2012.
12. Program memasak bubur lambuk di surau akan diadakan tiga kali Sabtu iaitu 28 Julai, 4 dan 11 Ogos 2012. Program ini adalah anjuran bersama surau, Persatuan Penduduk Taman Ixora dan KRT Taman Ixora.

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.

Kuliah Maghrib Surau Balai Islam Taman Ixora

Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan kuliah Maghrib pada butiran berikut:

Tarikh : 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa : Selepas solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Zulrushdi (JAKIM)
Tajuk : FEQAH

Sunday, July 15, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H (2012M)

Persatuan Penduduk Taman Ixora, Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H (2012M) kepada semua penduduk Taman Ixora yang dijangka bermula pada 21 Julai 2012 (Sabtu).


Surau Balai Islam Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora juga akan menganjurkan beberapa aktiviti dan program sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Semua penduduk Taman Ixora dijemput untuk mengimarahkan surau sepanjang Ramadhan pada tahun ini. Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Wednesday, July 11, 2012

Sumbangan Derma Ikhlas Bagi Penyediaan Keperluan Asas Surau dan Penganjuran Program Ihya’ Ramadhan di Surau

Adalah dimaklumkan bahawa pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora telah siap sepenuhnya dan mula digunakan oleh penduduk Taman Ixora mulai 7 Jun 2012. Walaubagaimanapun kerja-kerja tambahan bagi membesarkan ruang solat wanita dan kanak-kanak bagi menyambut Ramadhan untuk bersolat tarawih sedang dilaksanakan. Surau memerlukan sumbangan derma daripada orang ramai untuk menampung kos kerja-kerja tambahan berkenaan. Berikut adalah butiran kerja-kerja tambahan dan jumlah kos yang masih diperlukan oleh surau:
1) Pemasangan tile di bawah awning dengan keluasan 3,000 kaki persegi. Anggaran kos RM15,000.
2) Pemasangan awning di laluan kiri dan kanan surau bagi mengelak tempias dan basah selipar kasut jika hujan. Anggaran kos RM6,000.
3) Pemasangan tiang botol di sekeliling awning. Anggaran kos RM9,000.

Sumbangan boleh dilakukan melalui Ketua Lorong, memasukkan ke dalam tabung surau atau melalui akaun bank surau iaitu:

Nama Akaun : SURAU BALAI ISLAM TAMAN IXORA
Nombor Akaun : 05-058-01-001799-3
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan BB Nilai

Sumbangan untuk mengadakan kuliah agama, berbuka puasa dan moreh dialukan daripada penduduk Taman Ixora.
Sila klik di sini untuk memuat turun surat.

Kerja-kerja Pemasangan Tiang Botol di Surau Balai Islam Taman Ixora










Kerja-kerja pemasangan tiang botol di ruangan di bawah awning Surau Balai Islam Taman Ixora telah dimulakan pada 11 Julai 2012 (Rabu) dan siap sepenuhnya pada 18 Julai 2012 (Rabu).

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Kes Denggi Berlaku Lagi di Taman Ixora

Adalah dimaklumkan satu kes denggi telah berlaku lagi di Taman Ixora. Kes terbaru adalah En. Abd Hadi Ramli (No. 107, Jalan Ixora 1/2) yang sedang dirawat di Hospital Serdang. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Serdang 3 hari lepas selepas demam berlarutan selama seminggu. Beliau ditempatkan di wad 7D. Penduduk berkelapangan bolehlah melawat beliau di hospital.

Penduduk Taman Ixora juga diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan aktiviti luar bersama keluarga pada sebelah awal pagi dan lewat petang. Penjagaan kebersihan kawasan sekitar rumah adalah penting bagi mengelakkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. 

Kuliah Maghrib Surau Balai Islam Taman Ixora

Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan kuliah Maghrib pada butiran berikut:

Tarikh : 11 Jun 2012 (Rabu)
Masa : Selepas solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Tengku Saipulizan (Pensyarah MIAT)
Tajuk : Sirah - Peperangan di Zaman Rasulullah S.A.W.

Berikut adalah sedikit intipati kuliah:
- Orang mukmin mempunyai musuh yang terdiri daripada kalangan orang mukmin sendiri, orang munafik, syaitan dan hawa nafsu
- Orang kafir akan sentiasa memusuhi dan memusnahkan orang Islam
- Orang mukmin akan merasai kesakitan yang amat menjelang kematian (Sakaratul maut) kerana jaminan kesenangan hidup di akhirat kelak manakala orang kafir akan mudah menghadapi saat kematian kerana mereka akan mendapat kesakitan/ pembalasan di hari akhirat kelak
- Peperangan Badar adalah peperangan besar yang pertama diketuai oleh Rasulullah S.A.W. berlaku pada tahun ke-2 Hijrah.Orang Islam hanya 313 orang dengan 3 ekor kuda sahaja tetapi dengan kuasa Allah S.W.T. orang kafir nampak kekuatan orang Islam 2 kali ganda kekuatan tentera kafir.   

Bagi menambah kekuatan dan keimanan orang Islam kita hendaklah mengamalkan:
- Berpuasa sehari di hari yang panas terik bagi menghadapi kepanasan di hari kebangkitan kelak
- Bangun solat tahajjud dua rakaat diwaktu malam yang gelap gelita bagi menghadapi saat kegelapan di alam kubur nanti
- Mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu
- Bersedekah dengan sedekah yang ikhlas kepada orang miskin. Utamakan keluarga terdekat terlebih dahulu, anak yatim piatu terdekat, anak, cucu dan anak yatim
- Bercakap dengan baik bagi perkara-perkara yang baik. Seteguk kesabaran akan meluaskan tempat kita di syurga kelak
- Menjauhi diri daripada bercakap mengenai perkara-perkara yang tidak baik seperti bercakap bohong, mencela, mengumpat, mengeji dan sebagainya

Monday, July 9, 2012

Kerja-kerja Pemasangan Tile di Surau Balai Islam Taman Ixora










Kerja-kerja pemasangan tile di ruangan di bawah awning Surau Balai Islam Taman Ixora telah dimulakan pada 7 Julai 2012 (Sabtu) dan siap sepenuhnya 18 Julai 2012 (Rabu).

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Kuliah Maghrib Surau Balai Islam Taman Ixora

Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan kuliah Maghrib pada butiran berikut:

Tarikh : 8 Julai 2012 (Ahad)
Masa : Selepas solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Nidzamudin (Pensyarah USIM)
Tajuk : Hadis 40

Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Daerah Sepang dan Majlis Mesra Bersama IPD Sepang 2012

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Sepang telah mengadakan Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Daerah Sepang dan Majlis Mesra Bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 8 Julai 2012 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna IPD Sepang

Sebanyak 38 KRT di dalam daerah Sepang dijemput hadir ke majlis berkenaan. KRT Taman Ixora telah diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan dua(2) orang ahli jawatankuasa. Diantara agenda pada majlis berkenaan adalah seperti berikut:
- Ceramah Keselamatan oleh PDRM
- Ucapan perasmian oleh Pegawai Daerah Sepang
- Penyampaian watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Daerah Sepang bagi tempoh 2012 hingga 2013
- Majlis mesra bersama IPD Sepang

Majlis bersurai jam 12.30 tengahari.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, July 4, 2012

Majlis Sambutan Nisfu Sya'ban 1433H

Surau Balai Islam Taman Ixora telah menganjurkan majlis sambutan Nisfu Sya'ban 1433H pada butiran berikut:

Tarikh : 4 Julai 2012 (Rabu)
Masa : Selepas Maghrib

Pada malam berkenaan, jemaah yang hadir telah membaca Yaa'sin sebanyak tiga kali diiringi dengan bacaan doa. Bacaan Yaa'sin kali pertama diniatkan dan diiringi doa memohon keampunan daripada Allah s.w.t. di atas semua dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun lalu.

Bacaan Yaa'sin kali yang kedua diniatkan dan diiringi doa supaya ditetapkan iman.

Bacaan Yaa'sin kali yang ketiga diniatkan dan diiringi doa supaya dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan tubuh badan dan dimurahkan rezeki untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Progres Kerja-kerja Tambahan Surau Balai Islam Taman Ixora

Status semasa : Pemasangan kipas dan lampu.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.





Monday, July 2, 2012

Kuliah Maghrib Surau Balai Islam Taman Ixora

Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan kuliah Maghrib pada butiran berikut:

Tarikh : 1 Julai 2012 (Ahad)
Masa : Selepas solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Nidzamudin (Pensyarah USIM)
Tajuk : Hadis 40