Thursday, April 12, 2012

Kejadian Pecah Rumah di Taman Ixora

Pada 12 April 2012 (Khamis), berlaku empat (4) kejadian pecah rumah di kejiranan Taman Ixora. Rumah penduduk yang terlibat adalah rumah No. 4, 6 dan 10 Jalan Ixora 1/17 dan rumah No. 5 Jalan Ixora 1/13. Sejumlah kerugian harta benda dilaporkan oleh pemilik rumah. Diantara barangan yang dilaporkan hilang adalah barang kemas, TV LCD 52 inci, TV LCD 42 inci dan beberapa barangan lain. Semasa kejadian berlaku, semua pemilik rumah tiada di rumah kerana keluar bekerja. Kejadian disedari oleh penduduk selepas pulang bekerja. Pihak POLIS yang melawat tempat kejadian menjangkakan kejadian berlaku di antara jam 11.00 pagi hingga jam 2.00 petang.

Persatuan Penduduk Taman Ixora menyeru supaya semua penduduk Taman Ixora mengambil langkah keselamatan dan berjaga-jaga dengan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Sentiasa berwaspada dengan kenderaan dan individu yang mencurigakan berlegar-legar di kawasan persekitaran rumah anda. Laporkan kepada pihak POLIS dan maklumkan jiran sekitar rumah anda.

4 comments:

  1. Salam,

    Apa yang boleh saya katakan BERSABAR atas ketentuan dan dugaan ini.

    Cadangan saya kepada kawan-kawan yang kerja syif malam, dapatlah membantu kita pada siang hari. Di malam hari... kami dah berjaga setakat yang termampu.

    Kita kena kuatkan lagi semangat kejiranan kita ini. InsyaAllah akan diberkati.

    Ikhlas... dari Warga Prihatin.

    ReplyDelete
  2. bila agaknya surau baru boleh diguna. pakat buat solat hajat agar kejiranan ixora dilindungi ALLAH.

    ReplyDelete
  3. saya cadangkan buat sistem sekurity berbayar...

    ReplyDelete
  4. saya cadangkan...kpd mereka yg mampu.....pasang alarm rmh....kos lbih kurang RM1800...utk rmh tres 2 tkat...ataupn klo ade rkn2 yg leh dpt harga lbih murah....utarakn pada PPTI....klo ade yg leh buat EZ pymnt...lg bgus

    ReplyDelete