Sunday, August 12, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin


InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H pada 19 Ogos 2012 (Ahad). Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora, Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Jawatankuasa Penaja Surau Balai Islam Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H/ 2012M dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Ixora.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, biar lambat asalkan selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir ketiga-tiga komuniti Taman Ixora ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang dari melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Saya SALLEH SUFIAN sekeluarga Jalan 1/10 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin seandainya terdapat sebarang kekasaran samada secara sengaja atau tidak sengaja.

    Sekian, terima kasih.

    Ikhlas dari kami sekeluarga
    **Saya bangga menjadi penduduk kampung Ixora**

    ReplyDelete