Saturday, January 12, 2013

Kemalangan Maut di Simpang Masuk Taman Ixora

Pada 11 Januari 2013 (Jumaat), anggaran jam 8.45 pagi berlaku satu kemalangan maut di simpang masuk ke Taman Ixora dan Stadium Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Kejadian berkenaan melibatkan sebuah kereta (Toyota Camry) dan sebuah motosikal berkuasa tinggi. Motosikal berkenaan adalah dari arah Masjid Sultan Hisamudin menuju ke Taman Seroja kerana menghantar anak ke sebuah  tadika di Taman Seroja. Penunggang motosikal berkenaan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak beliau cedera parah. Kereta (Toyota Camry) berkenaan dari arah Taman Seroja didapati melakukan kesalahan kerana telah membuat pusingan U di simpang masuk Taman Ixora. Simpang berkenaan tidak boleh dilakukan pusingan U kerana merbahaya kepada pengguna jalan raya dan papan tanda tidak boleh membuat pusingan U diletakkan di simpang berkenaan.

Jalan ke simpang masuk Taman Ixora berkenaan amat berbahaya kepada penduduk yang keluar masuk kerana telah berlaku beberapa kemalangan di simpang berkenaan sebelum ini. Beberapa aduan telah dikemukakan oleh Persatuan Penduduk Taman Ixora kepada Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini supaya diambil tindakan diantaranya supaya memasang lampu isyarat, membina bonggol, speed breaker dan mencantas pokok di pembahagi jalan berkenaan. Walaubagaimapun Majlis Perbandaran Sepang memberikan alasan tiada peruntukan untuk memasang lampu isyarat dan hanya mengambil tindakan mencantas pokok di tiga tiang lampu jalan di simpang berkenaan.

Persatuan Penduduk Taman Ixora akan membuat aduan secara rasmi dalam waktu terdekat kepada MPSp, JKR Sepang dan pihak berkaitan supaya mengambil tindakan yang sebaiknya bagi mengelakkan berlaku lagi kejadian kemalangan di kawasan berkenaan.

Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihati penduduk Taman Ixora supaya sentiasa berwaspada apabila menggunakan simpang berkenaan dan memastikan tiada kenderaan di kiri kanan simpang kemudian barulah melintas.  

5 comments:

  1. Maklumat yg di nyatakn adalah bercangah...kebanyakan kereta selalu buat pusingan U-turn..malah motor yg terlibat dalam kemalangan membawa terlalu laju..

    jikalu membawa dlam 30/40 Km/J..mungkin kadar kecederaan kurang or luka2 or patah mana2 angota badan..Ni menampakn motor terlalu laju menyebabkan kematian..

    Di harap pihak Majlis Perbandaran buat tindakan secepat mungkin utk meletakn papan keselamatan or apa2 tindakan keselamatan supaya tiada berlaku lagi kemalangan jiwa berlaku..

    Jangan jadikan alasan tiada peruntukan untuk membuat lampu isyarat amaran or sebagainya.. Segera la bertindak utk keselamtan org ramai akan datang..

    ReplyDelete
  2. RASANYA MOTO YG DIBAWA ARWAH .. TIDAK LAJU ,, MUNGKIN DLM 40-50KMH .. TAPI DISEBABKAN KERETA YANG MEMBUAT PUSINNGAN U-TURN ITU TERLALU PERLAHAN .. MUNGKIN DLM KELAJUAN 10-20KMH .. LAMBAT UNTUK PECUT .. BOLEH JUGA MENGAKIBATKAN KEMATIAN .. HAL INI PERNAH TERJADI KEPADAARWAH SAHABAT SAYA ... SEBENARNYA PIHAK YANG SEPATUT DITUJUKAN ADALAH KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA .. PATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA .. BERHATI2 DAN JKR & MPS SILA JALANKAN TUGAS ANDA ..

    ReplyDelete
  3. arwah adalah suami kepada kawan saya, manakala anak arwah cereda parah. nak salahkan sesiapa tiada guna, cuma kita perlu saling ingat mengingati semua pemandu dan penunggang supaya patuhi had laju dan arahan papan tanda.. peace!!

    ReplyDelete
  4. DAN MANGSA KEMALANGAN JUGA ADALAH SUAMI KEPADA KAWAN IBU SAYA .. SAYA MENDAPAT BERITA DARI IBU SYA ANAK KECIL YG DIBAWA OLEH ARWAH HAMPIR HANCUR TANGAN SEBELAH KIRI KALAU TAK SILAP SAYA .. DAN SEKARANG BERADA DI HOSPITAL PUTRAJAYA ... DOKTOR MEMBERITAHU IBU MANGSA UNTUK MENGAMBIL DAGING PEHA UNTUK MENGANTIKAN DAGING TANGAN MANGSA YANG HANCUR ITU ..

    ReplyDelete
  5. sy setuju ngan kata2 gg..salah menyalah tiada gunanya.yg pergi tetap pergi, mungkin Tuhan lebih menyayanginya. yg hidup ni sentiasa patuhi arahan sbg pengguna jln raya n berwaspada selalu.

    ReplyDelete