Sunday, April 14, 2013

Pertandingan Badminton Tertutup Taman Ixora 2013

Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Taman Ixora Bagi Tahun 2013 pada butiran berikut:

Tarikh : 20 April 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Dewan Kuarters KLIA, Nilai

Seramai 40 orang peserta telah menyertai pertandingan berkenaan. Pertandingan telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Terbuka dan Remaja.











Johan Terbuka (Abdul Rahid dan Yusuf) dan Johan Remaja (Ashraf dan Ilyasak).

Alhamdulillah pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

3 comments:

  1. Boleh turut serta. Bgm nak hantar borang? Saya penduduk baru di taman ixora. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Kepada sesiapa yang berminat sila beri nama dengan kadar segera kepada Setiausaha PPTI atau Setiausaha KRT Taman Ixora atau Biro Sukan PPTI atau Biro Sukan KRT Taman Ixora.

    Nombor-nombor telefon mereka seperti berikut;

    Setiausaha PPTI;
    En. Hasiady : 019-2828422

    Setiausaha KRT Taman Ixora;
    En. Ahmad Kamil : 019-2233706

    Biro Sukan PPTI;
    En. Faisal : 012-2678078

    Biro Sukan KRT Taman Ixora;
    En. Salleh : 012-3617705

    Keprihatinan tuan-tuan akan melancarkan perlaksanaan program ini.

    Terima kasih.

    BIRO SUKAN PPTI $ KRT TI

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Kepada rakan-rakan sekalian yang turut serta dalam pertandingan badminton tempohari.

    Kami sebagai Biro Sukan PPTI dan KRT TI mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan. Mudah-mudahan objektif program kita tercapai sepertimann yg dikehendaki. Alhamdulilah program telah berjalan dgn baik sungguhpun terdapat beberapa kekangan dari segi masa, tenaga kerja, struktur program dan sebagainya. Sebarang kecacatan, kami memohon ribuan kemaafan. In Shaa Allah akan diperbaiki pada masa akan datang.

    Sehubungan itu, kami meminta pandangan daripada rakan-rakan peserta tempohari untuk memberi/komen membina di ruangan ini dari segi perjalanan program sebagai pedoman semua pihak di masa akan datang.

    Terima kasih.

    BIRO SUKAN PPTI DAN KRT TI

    ReplyDelete