Wednesday, June 26, 2013

Kerja-kerja Pemasangan Tempat Parkir Motor Surau Balai Islam Taman Ixora

Kerja-kerja pemasangan tempat parkir motor di Surau Balai Islam Taman Ixora telah disiapkan pada 28 Jun 2013. Kerja-kerja ini dilakukan oleh beberapa orang penduduk Taman Ixora secara gotong-royong.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Monday, June 24, 2013

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 1/2013

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 1/2013 telah diadakan pada 21 Jun 2013 (Khamis), jam 9.30 malam bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora. Berikut adalah beberapa keputusan mesyuarat yang telah dibuat untuk makluman penduduk Taman Ixora:

1. Pengerusi merakamkan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa Penaja Surau Balai Islam Taman Ixora yang telah melaksanakan tugas dengan baik dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti keagamaan.

2. Melantik ketua biro seperti berikut:
a) Biro Dakwah : Mohd Salihin Bin Jelani
b) Biro Keceriaan : Salleh Bin Sufian
c) Biro Kebajikan : Sabri Bin Ibrahim
d) Biro Pendidikan : Nazzil Saifuddin Bin Abd Rahim

3. Program Ihya' Ramadhan yang akan dianjurkan oleh surau seperti berikut:
a) Solat terawih (Imam Hafiz akan dilantik) akan diadakan sebanyak 8 rakaat
b) Memasak bubur lambuk pada Sabtu pertama dan kedua
c) Tadarus Al-Quran
d) Qiyamulail 10 malam terakhir Ramadhan (Sahur akan disediakan)
e) Kuliah Subuh setiap Sabtu
f) Tazkirah Ramadhan selepas solat terawih (Jumaat malam Sabtu)
g) Majlis berbuka puasa bersama anak yatim
h) Majlis khatam Al-Quran
i) Majlis berbuka puasa setiap hari di surau

4. Moreh akan diadakan sepanjang malam Ramadhan.

5. Mesyuarat bersetuju peruntukan moreh adalah RM300 dan berbuka puasa RM100.

6. Surau akan mengadakan majlis sambutan Nisfu Sya'ban pada 23 Jun 2013 selepas solat Maghrib di surau.

7. Mesyuarat meluluskan peruntukan sebanyak RM400 (10 X RM40) untuk membeli karpet untuk kegunaan kaum muslimah mengerjakan solat terawih.

8. Mesyuarat bersetuju untuk mengupah Hjh. Noraini sebanyak RM300 sebulan untuk kerja-kerja pembersihan tandas, mengemop lantai, vacum karpet dan menyapu sampah di surau bermula 1 Julai 2013.

9. Gotong royong membersih surau bagi persediaan Ramadhan akan diadakan pada 6 Julai 2013 (Sabtu).

10. Mesyuarat bersetuju untuk menempah tabung-tabung kecil untuk diletakkan di kedai-kedai makan dan sebagainya bagi menjana pendapatan surau.

11. Mesyuarat bersetuju untuk membuat kutipan sumbangan Ramadhan daripada rumah ke rumah di Taman Ixora dengan kadar minimum RM20 bagi menampung kos penganjuran aktiviti sepanjang Ramadhan.

12. Mesyuarat bersetuju untuk menempah papan kenyataan berkunci untuk mempamerkan carta organisasi surau dan hebahan kepada jemaah surau. Papan kenyataan sekarang sering disalahgunakan dan maklumat yang ditampal dirosakkan.

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.

Sunday, June 23, 2013

Pelantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora bagi sesi Jun 2013 hingga 2016

Jabatan Agama Islam (JAIS) telah meluluskan pelantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora bagi sesi Jun 2013 hingga 2016. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik:

Pengerusi : Dr. Hj Mohd Noor Bin Hj Said
Imam : Hj. Sahid Bin Kasran
Bilal : Zaini Bin Mat Noh
Siak : Kamarzaman Bin Mohamad
Setiausaha : Mohd Hasiady Bin Yasin
Bendahari : Ahmad Kamil Bin Zailani
Wakil Pemuda : Norhasrizam Bin Hashim
Wakil Wanita : Hjh. Noraini Bt Saadun
Pengurus Jenazah Wanita : Hjh. Noraini Bt Saadun

Ahli Jawatankuasa:
1. Mohd Salihin Bin Jelani
2. Salleh Bin Sufian
3. Nazzil Saifuddin Bin Abd Rahim
4. Sabri Bin Ibrahim

Pemeriksa Kira-kira:
1. Zainal Abidin Bin Ahmad
2. Ahmad Fuad Bin Aman

Friday, June 7, 2013

7 Jun 2013 - Genap Setahun Surau Balai Islam Taman Ixora Beroperasi

Tanggal 7 Jun 2013 (Jumaat), genap setahun Surau Balai Islam Taman Ixora beroperasi dengan diadakan sembahyang berjemaah lima waktu, kuliah dan program keagamaan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk yang mengimarahkan surau. 

InsyaAllah pelbagai program keagamaan lagi akan dirancang untuk diadakan di surau oleh Jawatankuasa Surau bagi menarik minat golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak ke surau.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak termasuk syarikat dan individu perseorangan yang telah menyumbang kewangan bagi mendirikan sebuah surau di Taman Ixora. Terima juga kepada penderma yang aktif menderma ke dalam tabung surau yang digunakan untuk membiayai program kuliah dan keagamaan. Setakat ini tabung kuliah masih dapat menampung aktiviti yang diadakan oleh surau.

JAIS telah mengeluarkan surat pelantikan AJK baru Surau Balai Islam Taman Ixora bagi tempoh 2013 hingga 2016. Semoga AJK yang baru dilantik ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Senarai AJK yang baru dilantik ada ditampal di papan kenyataan surau. Silalah berkunjung ke surau untuk mendapat informasi terkini mengenai aktiviti dan program yang akan dianjurkan oleh surau.