Tuesday, July 30, 2013

Penduduk Cantas Pokok di Jalan Ixora 1/1, Taman Ixora

Pada 30 Julai 2013, beberapa orang penduduk di Jalan Ixora 1/1 telah mengambil tindakan mencantas beberapa pokok yang besar dan merbahaya di Jalan Ixora 1/1. Tindakan berkenaan diambil kerana penduduk bimbangkan keselamatan rumah dan nyawa ahli keluarga sekiranya pokok berkenaan tumbang atau dahan yang tinggi patah menghempap perumahan atau kenderaan yang di parkir di tepi jalan.

Pihak berwajib tidak mengambil tindakan mencantas pokok di jalan berkenaan sehinggakan pokok tumbuh tinggi dan merbahaya kepada keselamatan. Beberapa aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Sepang tetapi pihak MPSp menyalahkan pihak pemaju yang belum menyerahkan secara rasmi pokok-pokok di jalan berkenaan untuk diselenggara oleh pihak MPSp.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, July 28, 2013

Lagi Kejadian Pecah Rumah di Taman Ixora

Pada 28 Julai 2013 (Ahad), anggaran jam 6.30 petang hingga 10.00 malam berlaku satu lagi kejadian pecah rumah di kejiranan Anjung Ixora, Taman Ixora. Semasa kejadian pemilik rumah tiada di rumah kerana keluar berbuka puasa bersama keluarga di luar. Kejadian disedari oleh pemilik rumah yang baru sahaja pulang ke rumah.

Sejumlah wang tunai dan barangan dilaporkan hilang oleh pemilik. Dilaporkan juga pemilik rumah berkenaan baru sahaja memasang CCTV pada dua minggu lepas. Walaubagaimanapun DVR yang merekodkan CCTV berkenaan turut dicuri. Kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak Polis yang tiba tidak lama kemudian.

Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihatkan penduduk supaya sentiasa mengambil langkah keselamatan dengan mengawasi keadaan persekitaran sekiranya terdapat individu yang tidak dikenali, memastikan pintu dan tingkap sentiasa dikunci. Telefon pihak Polis sekiranya terdapat keadaan yang mencurigakan.

Monday, July 22, 2013

Program Memasak Bubur Lambuk Taman Ixora Kali Ke-2

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora
telah mengadakan program  memasak bubur lambuk kali ke-2 pada butiran berikut:

Tarikh : 22 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 9.30 Pagi hingga 3.30 Petang
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Bubur lambuk yang telah masak akan diedarkan kepada penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, July 17, 2013

Lagi Kejadian Pecah Rumah di Taman Ixora

Pada 17 Julai 2013 (Rabu), anggaran jam 7.00 petang hingga 11.00 malam berlaku satu kejadian pecah rumah di No. 31, Jalan Ixora 1/10, Taman Ixora. Kejadian berkenaan disedari oleh pemilik rumah apabila pulang dari tempat kerja jam 11.30 malam. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Salak Tinggi dan pihak Polis tiba sejurus kemudian.

Penyamun memecahkan pintu sliding door untuk memasuki rumah berkenaan. Pemilik rumah melaporkan kehilangan sejumlah wang tunai dan peralatan komputer.

Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihati semua penduduk Taman Ixora supaya sentiasa memastikan pintu dan tingkap rumah dikunci dengan sebaiknya dan sentiasa berwaspada dengan kawasan persekitaran rumah. Sekiranya terdapat kenderaan atau individu yang tidak dikenali di kawasan sekeliling rumah sila hubungi pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, July 14, 2013

Pemasangan CCTV di Taman Ixora

Kerja-kerja pemasangan CCTV di laluan masuk Taman Ixora telah siap sepenuhnya pada 13 Julai 2013. Sebanyak 8 kamera telah ditempatkan di kawasan yang strategik untuk memastikan semua kenderaan yang keluar dan masuk ke Taman Ixora dirakamkan. Rakaman berkenaan akan disalurkan kepada pihak PDRM sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti pecah rumah, samun dan sebagainya. Semoga rakaman CCTV berkenaan dapat membantu PDRM menjalankan siasatan terperinci kes yang dilaporkan.

Kos pemasangan CCTV berkenaan yang berjumlah RM7,500 dibiayai melalui peruntukan geran oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) kepada Persatuan Penduduk Taman Ixora. Terima kasih kepada Kerajaan yang perihatin kepada rakyat.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Insiden Dahan Pokok Tumbang di Taman Ixora

Pada 13 Julai 2013 (Sabtu), anggaran jam 4.30 petang berlaku insiden sebatang dahan pokok tumbang di Jalan Ixora 1/1 semasa hujan lebat dan ribut di Taman Ixora. Dahan pokok berkenaan telah menimpa pagar dan bumbung sebuah rumah yang dijadikan Tadika (Tadika Cendekiawan). Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan oleh kontraktor MP Sepang pada keesokan hari jam 8.30 pagi.

Insiden ini berlaku kerana tiada kerja-kerja mencantas pokok dijalankan oleh Majlis Perbandaran Sepang di Taman Ixora. Pokok di Jalan Ixora 1/1 didapati tinggi dan merbahaya kepada keselamatan penduduk. Beberapa aduan telah dikemukakan oleh penduduk sebelum ini kepada MP Sepang tetapi tiada tindakan yang diambil.

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengemukakan aduan rasmi kepada MP Sepang pada 17 Julai 2013 dengan nombor aduan 19517. Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengambil tindakan lanjut sekiranya masih tiada tindakan segera diambil oleh MP Sepang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Friday, July 12, 2013

Program Memasak Bubur Lambuk Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan program memasak bubur lambuk pada butiran berikut:

Tarikh : 13Julai 2013 (Sabtu)
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Masa : 9.30 Pagi hingga 4.00 Petang

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Berikut bahan-bahan untuk memasak satu periuk bubur lambuk:

1. Beras 15kg
2. Tulang 10kg
3. Daging 10 kg
4. Udang kering 1kg
5. Minyak sapi 1 tin
6. Minyak masak 5kg
7. Santan 8kg
8. Bawang merah kecil 1.5kg
9. Bawang putih 1.5kg
10. Halia 1.5kg
11. Daun sup 0.5kg
12. Daun bawang 0.5kg
13. Serai 30 batang
14. Rempah sup  0.5kg
15. Lada hitam 200 gram
16. Buah pelaga
17. Bunga lawang
18. Kulit kayu manis
19. Daun pandan
20. Garam
21. Gula 1kg
22. Halba
23. Sup bunjut


Saturday, July 6, 2013

Sukaneka Anak-anak Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan program Sukaneka Anak-anak Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Dataran Surau Balai Islam Taman Ixora

Diantara acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
- Pancing botol
- Tiup belon sampai pecah
- Basikal terlambat
- Rebut kerusi
- Isi air dalam botol gunakan span
- Rebut gula-gula
- Tiup gula-gula dalam tepung

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Taman Ixora

Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah mengadakan Pemeriksaan Kesihatan Percuma kepada penduduk Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Seramai 38 orang penduduk Taman Ixora telah melakukan pemeriksaan.

Sila kilik di sini untuk melihat gambar.

Gotong Royong Ganyang Aedes Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah menganjurkan program Gotong Royong Ganyang Aedes pada butiran berikut:

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Dataran Surau Balai Islam Taman Ixora dan Kawasan Perumahan Taman Ixora

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Senamrobik Taman Ixora


Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah menganjurkan program Senamrobik Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 9.30 Pagi
Tempat : Dataran Surau Balai Islam Taman Ixora

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Tuesday, July 2, 2013

Lagi Insiden Kemalangan di Simpang Masuk Taman Ixora


Pada 3 Julai 2013 (Rabu), anggaran jam 7.50 pagi berlaku satu lagi insiden kemalangan di simpang masuk Taman Ixora. Kejadian melibatkan sebuah Perodua Kancil dan sebuah Honda Accord. Insiden kemalangan di simpang ini telah banyak kali berlaku dan penduduk Taman Ixora khasnya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila melalui simpang berkenaan. Aduan yang dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini menyatakan tiada peruntukan untuk membina sebuah lampu isyarat di simpang berkenaan. Semua pihak yang terlibat perlu meneliti perkara ini dengan lebih halus lagi bagi keselamatan semua pihak.