Sunday, July 28, 2013

Lagi Kejadian Pecah Rumah di Taman Ixora

Pada 28 Julai 2013 (Ahad), anggaran jam 6.30 petang hingga 10.00 malam berlaku satu lagi kejadian pecah rumah di kejiranan Anjung Ixora, Taman Ixora. Semasa kejadian pemilik rumah tiada di rumah kerana keluar berbuka puasa bersama keluarga di luar. Kejadian disedari oleh pemilik rumah yang baru sahaja pulang ke rumah.

Sejumlah wang tunai dan barangan dilaporkan hilang oleh pemilik. Dilaporkan juga pemilik rumah berkenaan baru sahaja memasang CCTV pada dua minggu lepas. Walaubagaimanapun DVR yang merekodkan CCTV berkenaan turut dicuri. Kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak Polis yang tiba tidak lama kemudian.

Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihatkan penduduk supaya sentiasa mengambil langkah keselamatan dengan mengawasi keadaan persekitaran sekiranya terdapat individu yang tidak dikenali, memastikan pintu dan tingkap sentiasa dikunci. Telefon pihak Polis sekiranya terdapat keadaan yang mencurigakan.

1 comment:

  1. konsep kejiranan harus diperkukuhkan...

    jiran2 ambil tahu juga jiran sebelah menyebelah.

    takziah kepada keluarga berkenaan tapi syukur tiada yang cedera.

    ReplyDelete