Wednesday, January 15, 2014

Yuran Keahlian PPTI Tahun 2014

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengajak semua ahli PPTI untuk menjelaskan yuran keahlian tahun 2014 sebanyak RM30.00 setahun. Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari, semua AJK Lorong atau melalui bank.

Ahli boleh menyemak jumlah yuran yang perlu dibayar melalui Penyata Yuran Keahlian.

PPTI juga menggalakkan pembayaran secara bank in ke akaun persatuan.




Bayaran melalui bank in boleh dibuat kepada akaun bank PPTI melalui 2 akaun PPTI:
1. Akaun Maybank (Persatuan Penduduk Taman Ixora BBST 2008) - No. Akaun 555108002197
2. Akaun Bank Islam (Persatuan Penduduka Taman Ixora BBST, Sepang, Selangor 2008) - No. Akaun 05058010012095

Berikut adalah cara pembayaran tersebut:
1. Semak jumlah yuran yang perlu dibayar melalui Penyata Yuran Keahlian PPTI
2. Lakukan pembayaran
3. Sila nyatakan nama penuh, no. rumah, no. jalan, tarikh, masa, no. rujukan dan jumlah bayaran yang dibuat.
4. Emelkan maklumat berkenaan kepada tamanixora@gmail.com

Resit rasmi akan dikeluarkan kepada ahli setelah menerima penyata bulanan yang dihantar oleh pihak bank.

PPTI akan menguatkuasakan Fasal 6 Undang-undang Tubuh PPTI : Bayaran Masuk, Yuran dan Bayaran Lain yang menjelaskan:
1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh dua bulan dari awal tahun tiap-tiap tahun
2. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari satu tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan
3. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga(3) tahun dengan sendirinya terhenti menjadi ahli persatuan
4. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang

Sil rujuk Undang-Undang Tubuh PPTI untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tuesday, January 14, 2014

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Semasa Sambutan Maulidur Rasul 1435H Taman Ixora

Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Taman Ixora pada 14 Januari 2014 bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora. Seramai 60 orang penduduk Taman Ixor
a telah melakukan pemeriksaan kesihatan percuma. Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Sepang yang telah mengadakan program berkenaan secara percuma kepada penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Ceramah Maulidur Rasul 1435H Taman Ixora - Rasulullah S.A.W. Pemimpin Ummah

Surau Balai Islam Taman Ixora te14 Januari 2014, jam 8.00 malam bertempat di surau.
lah mengadakan Ceramah Maulidur Rasul bertajuk Rasulullah S.A.W. Pemimpin Ummah yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Rijal Bin Ghazali, Imam Masjid Tuanku Mizan Putrajaya pada

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1435H Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan pertandingan perarakan terbaik semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul Taman Ixora yang telah diadakan pada 14 Januari 2014. Perarakan bermula dari Dataran Serbagunan Taman Ixora melalui Taska Permata Ixora, Jalan 1/1 dan berakhir di Surau Balai Islam Taman Ixora. Kriteria penilaian adalah keseragaman pakaian, perarakan, sepanduk dan selawat. Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan dari Jalan Ixora 1/2.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Pertandingan Masakan Sihat Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan pertandingan memasak masakan sihat semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul Taman Ixora yang telah diadakan pada 14 Januari 2014 bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora. Kriteria penilaian adalah hidangan makan tengahari untuk satu orang makan yang bertepatan dengan piramid makanan. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Kak Azlin, dari Jalan Ixora 1/5.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Demonstrasi Silat Gayung Semasa Sambutan Maulidur Rasul 1435H Taman Ixora


Persatuan Silat Gayung Malaysia telah mengadakan demonstrasi silat semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Taman Ixora pada 14 Januari 2014 bertempat di perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora. Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora telah bersetuju untuk diadakan kelas belajar silat di Taman Ixora dengan sedikit bayaran bulanan. Pendaftaran sedang dibuka dan kelas dijangka bermula pada bulan Februari 2013.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Pertandingan Azan Sempena Maulidur Rasul 1435H Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan pertandingan azan semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul Taman Ixora pada 14 Januari 2014 bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu sekolah rendah (7 - 12 tahun ) dan sekolah menengah (13 hingga 17 tahun).

Sila klik di sini  untuk melihat gambar.

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Sempena Maulidur Rasul 1435H

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora mengadakan pertandingan mewarna kanak-kanak semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul Taman Ixora yang telah diadakan pada 14 Januari 2014 bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu (4 - 6 tahun ) dan (7 hingga 9 tahun). Seramai 60 orang kanak-kanak telah menyertai pertandingan ini.

Sila klik di sini  untuk melihat gambar.

Sunday, January 12, 2014

Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora Tahun 2014

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama KRT Taman Ixora telah mengadakan program Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora Tahun 2014 pada butiran berikut:

Tarikh : 12 Januari 2014 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat Berkumpul : Surau Balai Islam Taman Ixora

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Taman Ixora. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Sepang yang melakukan semburan asap dan pameran denggi. Majlis Perbandaran Sepang telah menyediakan tong ro-ro dan lori untuk memungut sampah yang dikumpulkan oleh penduduk.

InsyaAllah program ini akan diadakan dari semasa ke semasa bagi membendung kes demam denggi di Taman Ixora kerana Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah mengisytiharkan Taman Ixora sebagai kawasan wabak denggi.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.