Sunday, March 16, 2014

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) Kali Ke-7


Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) telah mengadakan mesyuarat agung Kali Ke-7 pada butitran berikut:

Tarikh : 16 Mac 2014 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Agenda mesyuarat agung:
- Pembentangan minit mesyuarat PPTI Kali Ke-6
- Laporan aktiviti dan kewangan tahun 2013
- Perbincangan cadangan usul
- Pembubaran AJK PPTI Sesi 2012-2013
- Pelantikan AJK Sesi 2014-2015
- Jamuan tengahari

Senarai Jawatankuasa PPTI Sesi 2014/2015

Pengerusi : Dr. Hj Mohd Noor Bin Hj Said (No. 21, Jln 1/2)
Timbalan Pengerusi : Yusoff Bin Harun (No. 29, Jln 1/16)
Setiausaha : Mohd Hasiady Bin Yasin (No. 119, Jln 1/2)
Penolong Setiausaha : Norhasrizam Bin Hashim@Hasim (No. 2, Jln 1/15)
Bendahari : Wan Azizul Hamid Bin Wan Aziz (No. 24, Jln 1/17)
Ahli Jawatankuasa:
1. Mohd Salihin Bin Jelani (No. 26, Jln 1/1)
2. Mohd Hisam Bin Yusof (No. 53, Jln 1/2)
3. Abd. Rashid Bin Hj Abd Malek (No. 5, Jln 1/5)
4. Muhamad Faisal Bin Omar (No. 2, Jln 1/8)
5. Hjh. Noraini Bt Saadun (No. 32, Jln 1/11)
6. Mohd Helmy Bin Mohd Barkawi (No. 2, Jln 1/17)
7. Jamalulaid Bin Saidin (No. 35, Jln 1/19)
8. Noor Syamsul Azam Bin Mohamad (No. 10, Jln 1/21)
9. Mohamed Iqbal Bin S.M. Ariff (Anjung Ixora)
10. Noor Ashiken Bt Abdul Hamid (No. 21, Jln 1/10)
11.Raja Saadiah Binti Raja Shariff (No. 24, Jln 1/17)
Pemeriksa Kira-Kira:
1. Ahmad Kamil Bin Zailani (No. 110, Jln 1/1)
2. Mohd Said Bin Tegoh (No. 9, Jln 1/8)

Alhamdulillah mesyuarat agung kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripad ahli PPTI. Kaunter pendaftaran ahli baru dan pembayaran yuran turut dibuka sebelum mesyuarat bermula.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sila klik di sini untuk memuat turun senarai aktiviti PPTI sepanjang tahun 2013.

Taklimat Syabas Sepang Mengenai Krisis Air Selangor

Syabas Cawangan Sepang telah mengadakan taklimat kepada penduduk Taman Ixora mengenai isu dan krisis air negeri Selangor pada 16 Mac 2014 (Ahad), jam 9.30 pagi bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora. Diantara kandungan taklimat adalah pelan catuan air negeri Selangor yang melibatkan Daerah Sepang dan khususnya Taman Ixora.

Pihak Syabas turut mengadakan demo kualiti air yang dibekalkan oleh pihak Syabas.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, March 12, 2014

Sistem Maklumat PPTI Online

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menyediakan laman web untuk semakan dan pengemaskinian maklumat keahlian PPTI secara online. Sistem ini masih diperingkat pengujian (ujilari) dan akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mac 2014 semasa Mesyuarat Agung Kali Ke-7 PPTI.

Laman web berkenaan boleh diakses melalui http://pptionline.tamanixora.com

Akses kepada sistem ini hanya dibenarkan kepada semua ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora. Sehingga 13 Mac 2014 PPTI mempunyai seramai 250 orang ahli.

Sila kemukakan sebarang maklumbalas mengenai sistem ini kepada admin tamanixora@gmail.com untuk sebarang komen dan cadangan penambahbaikan. Sekiranya tuan/puan adalah ahli tetapi gagal untuk mendaftar dan mengakses sistem berkenaan bolehlah mengemukakan aduan kepada tamanixora@gmail.com.

Sila klik di sini untuk memuat turun manual pengguna.