Wednesday, March 12, 2014

Sistem Maklumat PPTI Online

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menyediakan laman web untuk semakan dan pengemaskinian maklumat keahlian PPTI secara online. Sistem ini masih diperingkat pengujian (ujilari) dan akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mac 2014 semasa Mesyuarat Agung Kali Ke-7 PPTI.

Laman web berkenaan boleh diakses melalui http://pptionline.tamanixora.com

Akses kepada sistem ini hanya dibenarkan kepada semua ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora. Sehingga 13 Mac 2014 PPTI mempunyai seramai 250 orang ahli.

Sila kemukakan sebarang maklumbalas mengenai sistem ini kepada admin tamanixora@gmail.com untuk sebarang komen dan cadangan penambahbaikan. Sekiranya tuan/puan adalah ahli tetapi gagal untuk mendaftar dan mengakses sistem berkenaan bolehlah mengemukakan aduan kepada tamanixora@gmail.com.

Sila klik di sini untuk memuat turun manual pengguna.

No comments:

Post a Comment