Wednesday, April 30, 2014

Kunjung Hormat Ke Taman Ixora oleh Staf dan Perwakilan Pelajar UniKL MIAT


Staf dan Perwakilan Pelajar UniKL MIAT telah melakukan kunjungan hormat ke Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 30 April 2014 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa telah bermesyuarat bersama wakil staf dan perwakilan pelajar UniKL MIAT dan beberapa persetujuan telah dicapai.

Tujuan kunjungan adalah untuk memupuk ukhuwah di antara universiti dengan penduduk Taman Ixora. Disamping itu dijangka ia akan menyumbang kepada kerjasama yang erat di antara penduduk Taman Ixora dan UniKL MIAT. Berikut adalah beberapa persetujuan dan cadangan aktiviti yang akan diadakan secara bersama di antara Persatuan Penduduk Taman Ixora dan pelajar UniKL MIAT:

1. Program Gotong Royong di Taman Ixora dan Sukaneka.
2. Kem Motivasi kepada penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Wednesday, April 23, 2014

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Taman Ixora vs Taman Bunga Raya

Penduduk Taman Ixora telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan Taman Bunga Raya pada butiran berikut:

Tarikh : 23 April 2014
Tempat : Stadium Mini BBST
Masa : 9.30 malam


Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Monday, April 7, 2014

Skim Takaful Khairat Berkumpulan (Takaful Malaysia) Surau Balai Islam Taman Ixora


Pelan Takaful Khairat Berkumpulan Surau Balai Islam Taman Ixora telah diluluskan seperti berikut:

Nama : SURAU BALAI ISLAM TAMAN IXORA
No. Sijil Induk : 50022233
Tarikh kuatkuasa : 21 Mac 2014 hingga 20 Mac 2015
Jumlah peserta dilindungi 80 orang. Sila klik di sini untuk mendapatkan senarai peserta yang dilindungi.

Surau Balai Islam Taman Ixora masih lagi mempelawa penduduk Taman Ixora untuk menyertai Skim Takaful Khairat Berkumpulan (Takaful Malaysia) Surau Balai Islam Taman Ixora. Skim ini disediakan untuk kemudahan dan melindungi penduduk apabila kematian dikalangan ahli, pasangan dan ahli keluarga.

Sila klik di sini untuk muat turun pakej pelan khairat berkumpulan.

Sila klik di sini untuk muat turun borang penyertaan.