Thursday, May 1, 2014

Car Boot Sale di Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan aktiviti Car Boot Sales di Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 1 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Jalan Laluan Masuk (2) Taman Ixora

Alhamdulillah, aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Seramai 37 orang peserta@buah kereta telah menyertai aktiviti ini. Diantara barangan yang diniagakan adalah barangan terpakai, mainan, pakaian terpakai dan selainnya. Sedikit bayaran telah dikenakan kepada peserta iaitu RM10 untuk ahli PPTI dan RM15 bukan ahli PPTI.

InsyaAllah, aktiviti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan kerana berdasarkan maklumbalas daripada peserta@peniaga, mereka berpuashati dengan sambutan penduduk dan bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

1 comment:

  1. Bila akan di adakan car boot sale ni lagi? Saya berminat nak join

    ReplyDelete