Wednesday, April 30, 2014

Kunjung Hormat Ke Taman Ixora oleh Staf dan Perwakilan Pelajar UniKL MIAT


Staf dan Perwakilan Pelajar UniKL MIAT telah melakukan kunjungan hormat ke Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 30 April 2014 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa telah bermesyuarat bersama wakil staf dan perwakilan pelajar UniKL MIAT dan beberapa persetujuan telah dicapai.

Tujuan kunjungan adalah untuk memupuk ukhuwah di antara universiti dengan penduduk Taman Ixora. Disamping itu dijangka ia akan menyumbang kepada kerjasama yang erat di antara penduduk Taman Ixora dan UniKL MIAT. Berikut adalah beberapa persetujuan dan cadangan aktiviti yang akan diadakan secara bersama di antara Persatuan Penduduk Taman Ixora dan pelajar UniKL MIAT:

1. Program Gotong Royong di Taman Ixora dan Sukaneka.
2. Kem Motivasi kepada penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

No comments:

Post a Comment