Wednesday, May 28, 2014

Ceramah Perdana Surau Balai Islam Taman Ixora - Israk dan Mikraj

Surau Balai Islam Taman Ixora telah menganjurkan Ceramah Perdana bertajuk Israk dan Mikraj pada butiran berikut:

Tarikh : 30 Mei 2014 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Penceramah : Ustaz Shaharuddin Bin Pangilun (Pensyarah KUIS)




Alhamdulillah ceramah ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Taman Ixora dan penduduk sekitar Bandar Baru Salak Tinggi.

Tuesday, May 27, 2014

Car Boot Sale Taman Ixora - Kali Kedua

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan aktiviti Car Boot Sales di Taman Ixora buat kali kedua pada butiran berikut:

Tarikh : 31 Mei 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Jalan Laluan Masuk (2) Taman Ixora

Diantara barangan yang akan diniagakan adalah barangan terpakai, mainan, pakaian terpakai dan selainnya. Sedikit bayaran telah dikenakan kepada peserta iaitu RM10 untuk ahli PPTI dan RM15 bukan ahli PPTI.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Monday, May 19, 2014

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Taman Ixora vs Taman Bunga Raya




Penduduk Taman Ixora telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan Taman Bunga Raya pada butiran berikut:

Tarikh : 19 Mei 2014 (Isnin)
Tempat : Stadium Mini BBST
Masa : 9.30 malam
Keputusan : Bunga Raya 4 - Ixora 2

Sunday, May 18, 2014

Peserta Silat Gayung Taman Ixora Hebat Beruniform

Peserta Silat Gayung Taman Ixora telah siap menempah uniform silat untuk tujuan latihan. Adik-adik ini nampak segak dan bergaya berpakaian silat. Dimaklumkan jadual latihan silat gayung telah dipinda kepada Jumaat malam (selepas Isyak) dan Ahad petang (selepas Asar).

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Friday, May 16, 2014

Pembinaan Tapak Tangki Air Surau Balai Islam Taman Ixora

Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora telah bersetuju untuk membina tapak tangki air surau. Anggaran kos pembinaan tersebut adalah RM3,500. Kos pembinaan tersebut telah disumbangkan oleh individu yang bermurah hati. Semoga dimurahkan lagi rezeki oleh Allah S.W.T.

Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 16 Mei 2014 dan dijangka siap dalam tempoh seminggu. Dengan siapnya tangki air ini, InsyaAllah boleh menampung keperluan jemaah untuk mengambil wuduk sekiranya krisis air berlaku lagi pada masa hadapan. Tangki air sedia ada surau adalah terlalu kecil dan tidak dapat menampung keperluan jemaah.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Saturday, May 10, 2014

Pertandingan Badminton Persahabatan Inter Zon Ixora

Penduduk Taman Ixora telah mengadakan Pertandingan Badminton Persahabatan Inter Zon (Zon A, Zon B dan Zon C) Taman Ixora. Perlawanan berkenaan telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 10 Mei 2014 (Sabtu)
Tempat : Pusat Sukan Airport, Nilai
Masa : 8.30 Pagi

Pertandingan berkenaan  telah dimenangi oleh Zon A. Tahniah diucapkan. Pertandingan ini diadakan sebagai persiapan menghadapi Pertandingan Tertutup Badminton Taman Ixora pada bulan September tahun ini.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, May 4, 2014

Gotong Royong Membersih Surau Balai Islam Taman Ixora


Penduduk Taman Ixora telah bergotong-royong membersih ruang solat Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 4 Mei 2014 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Ruang Solat Surau Balai Islam Taman Ixora

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Thursday, May 1, 2014

Car Boot Sale di Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan aktiviti Car Boot Sales di Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 1 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Jalan Laluan Masuk (2) Taman Ixora

Alhamdulillah, aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Seramai 37 orang peserta@buah kereta telah menyertai aktiviti ini. Diantara barangan yang diniagakan adalah barangan terpakai, mainan, pakaian terpakai dan selainnya. Sedikit bayaran telah dikenakan kepada peserta iaitu RM10 untuk ahli PPTI dan RM15 bukan ahli PPTI.

InsyaAllah, aktiviti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan kerana berdasarkan maklumbalas daripada peserta@peniaga, mereka berpuashati dengan sambutan penduduk dan bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.