Friday, May 16, 2014

Pembinaan Tapak Tangki Air Surau Balai Islam Taman Ixora

Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora telah bersetuju untuk membina tapak tangki air surau. Anggaran kos pembinaan tersebut adalah RM3,500. Kos pembinaan tersebut telah disumbangkan oleh individu yang bermurah hati. Semoga dimurahkan lagi rezeki oleh Allah S.W.T.

Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 16 Mei 2014 dan dijangka siap dalam tempoh seminggu. Dengan siapnya tangki air ini, InsyaAllah boleh menampung keperluan jemaah untuk mengambil wuduk sekiranya krisis air berlaku lagi pada masa hadapan. Tangki air sedia ada surau adalah terlalu kecil dan tidak dapat menampung keperluan jemaah.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

No comments:

Post a Comment