Wednesday, June 25, 2014

Apps PPTI Online Versi 1.0

Adalah dimaklumkan PPTI sedang dalam proses membangunkan Apps PPTI Online untuk kegunaan ahli PPTI. Untuk tujuan pengujian dan maklumbalas ahli PPTI boleh memuat turun Apps PPTI OnlineVersi 1.0 yang baru siap dibangunkan.

Sila klik di sini untuk muat turun Apps PPTI Online.

Sebarang komen dan maklumbalas boleh dikemukakan kepada admin.

Monday, June 23, 2014

Ceramah Perdana Menjelang Ramadhan 1435H


Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Ceramah Perdana bagi persediaan menyambut Ramadhan 1435H seperti butiran berikut:

Tarikh : 27 Jun 2014 (Jumaat)
Tempat :Surau Balai Islam Taman Ixora
Masa : Selepas Maghrib
Tajuk Ceramah : Ramadhan Tetamu Agung
Penceramah : Ustaz Mohd Solahudin AlMubarak Bin Haji Alias (Pegawai JAWI Putrajaya)

Majlis ilmu ini sebagai ulangkaji kita menghadapi Ramadhan 1435H yang dijadualkan pada 29 Jun 2014 (Ahad).

Sunday, June 22, 2014

Gotong Royong Membersih Surau Balai Islam Taman Ixora Bagi Persediaan Ramadhan

Surau Balai Islam Taman Ixora akan mengadakan program gotong-royong membersih surau pada butiran berikut:

Tarikh :  28 Jun 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Semua penduduk Taman Ixora dijemput sama bergotong-royong membersih surau kita bagi persediaan Ramadhan 1435H.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1435H


Persatuan Penduduk Taman Ixora, KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1435H kepada semua penduduk Taman Ixora. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 29 Jun 2014(Ahad).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Ixora ini.