Sunday, December 7, 2014

Hasil lawatan Skuad Combi Taman Ixora


Skuad Combi Taman Ixora telah mengadakan lawatan ke Jalan Ixora 1/10, 1/11 dan 1/12 pada 7 Disember 2014 dan hasil lawatan adalah seperti berikut:


1. Terdapat beberapa beberapa bekas@tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Bekas dan tempat dikenalpasti telah dimusnahkan.
2. Terdapat beberapa rumah kosong yang ditinggalkan dan tidak berpenghuni. Kawasan sekitar rumah semak dan terdapat bekas@tempat yang boleh menakung air. Bekas dan tempat dikenalpasti telah dimusnahkan.
3. Kawasan belakang rumah penduduk tidak diurus dengan baik. Terdapat semak samun, lalang dan kawasan belakang rumah turut dijadikan setor atau tempat menyimpan barang-barang lama. Dikhuatiri boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Tindakan selanjutnya yang akan diambil adalah mengeluarkan notis dan amaran kepada semua penduduk di Jalan 1/10, 1/11 dan 1/12 untuk memberi kesedaran pentingnya menjaga kawasan sekitar rumah masing-masing.

InsyaAllah aktiviti kedua skuad Combi akan diadakan pada Sabtu atau Ahad pertama bulan hadapan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

No comments:

Post a Comment